Menanti Bulan Ramadan Penuh Debaran

Tak lama lagi bulan Ramadan. Satu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan berbanding bulan-bulan yang lain.

In shaa Allah pada tahun ini, mrhanafi telah merancang beberapa segmen hebat. Inti pati segmen ini akan lebih baik jika dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

Bulan Ramadan

bulan Ramadan

Pada asasnya sebagai blogger,kemungkinan besar kadar kekerapan kemas kini blog dalam bulan Ramadan agak perlahan.

Sebab yang pasti untuk memberi ruang dan peluang masa yang lebih untuk mrhanafi menambah ilmu dan amal.

Seandainya plan berubah maka menjadi sebaliknya. Namun dua-duanya boleh memberi manfaat.

Baik untuk mrhanafi maupun untuk pembaca. Kita dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

WAJIB BACA :   5 impian ahli kubur jika mereka boleh kembali ke dunia

Mrhanafi seorang pekerja makan gaji. Boleh dikatakan sibuk dengan rutin harian serta penumpuan masa bersama keluarga. Lagipun kerjaya blogger  seperti bisnes sendiri.

Bulan Ramadan

Kitalah tauke dan kitalah kuli. Ada masa yang santai dan idea yang bernas serta mood menulis maka semuanya berjalan dengan lancar.

Satu kelebihan menulis blog dalam bulan Ramadhan ialah mendapat ketenangan fikiran.

Ketika berpuasa minda akan berasa  lebih tenang dan kadang-kadang lebih aktif. Tulah yang bagusnya. Jika tak percaya boleh cuba.

Sekilas pandang.

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Sesungguhnya dalam bulan ini kita semua dituntut memperbanyakkan amal ibadat yang khusus dan umum.

Terima kasih kerana sudi membaca.

  • Kemas kini 24/11/24
WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

24 thoughts on “Menanti Bulan Ramadan Penuh Debaran”

  1. Alhamdulillah dah bermula Ramadhan. Harap saya dapat tambah amal ibadah walaupun terpaksa bersengkang mata melayan customer. Rugi juga kalau tak tambah income masa ni sebab rezeki bulan Ramadhan sangat banyak.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge