Semakan mrsm tingkatan 1 boleh dilakukan dalam talian bermula hari ini.
Semakan mrsm tingkatan 1
Pautannya di https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1/
Anak bongsu saya juga teruja.
Tadi ada kami semak.
Jawapan belum ada kerana seperti KIV.
Terima pun tidak.
Tolak pun tidak.
Nasib baik anak saya jenis stabil emosi.
Dia kata biasa saja.
Nanti semak lagi.
Namun saya sudah buat andaian sendiri.
Namanya tidak keluar di MRSM kerana sudah dikunci untuk masuk SBP.
Apabila menolak SBP baharulah dapat MRSM.
Ini semua andaian saya saja kerana saya mahu anak bongsu saya ini boleh masuk SBP aliran Sains.
Kakaknya dulu SBP aliran agama dan abangnya pula produk MRSM yang kini sidah berada di UTHM, Johor.
Sungguhpun demikian MRSM diperuntukkan kepada pelajar pintar dari keluarga B40.
Sedangkan anak saya berada dalam keluarga M40 kerana kemasukan kelayakannya dulu perlu maklumat pendapatan kedua ibu bapa.
Apapun…kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang terpilih ke MRSM maka tahniah saya ucapkan.
MRSM diperakui menghasilkan pelajar yang berdaya saing dan semangat juang yang tinggi.
Kemas kini
Anak bongsu saya sebagai calon simpanan untuk kemasukan MRSM tingkatan 1 pada tahun 2024
Mungkin juga tu
Dah ‘dikunci’ SBP
Tapi kalua dapat MRSM
Peluang belajar oversea lebih tinggi kan?
Perkembangan terbaharu…anak saya jadi calon simpanan
mungkin dapat masuk MRSM seteleh ada pelajar lain tolak tawaran yang awal
Alhamdulillah…
selangkah lagi
insya allah
aamiin…semoga urusan terus dipermudahkan
tengok pada taju ini sahaja..terus flashback segala kenangan sebelum masuk mrsp kota putra dahulu…dengan cari seluar warna khakinya..naik moto kapcai dengan arwah abah..kenangan
Snapbackpacker recently posted…Dua Hari Satu Malam Menginap Di Ombak Kapas Island Resort Pulau Kapas
wah…bro merupakan pelajar MRSM…orang hebat nie
Semoga ada rezeki anak² kita ke sekolah impian 🤲
aamiin…terima atas doanya