Ada ada apa dengan A.S.K? Mungkin ada yang penasaran atau ingin tahu tentang perkara tersebut.
Saya mengetahui A.S.K hasil perkongsian semasa mesyuarat tahunan masjid tempat saya bermukim.
Pengerusi masjid menyentuh konsep A.S.K. ketika membentang laporan mesyuarat.
Tak sangka pulak saya cukup tertarik dengan konsep tersebut.
Jom kita lihat apa itu A.S.K ?
Pelajari A.S.K
A = Altitude
Altitude ialah sikap atau adab.
Bagi saya secara peribadi Altitude adalah DNA atau workframe seorang individu.
Jika mempunyai sikap yang bagus dan positif maka segala cabaran hidup boleh diatasi dengan baik.
Namun jika sikap yang buruk, sudah tentu cabaran hidup mereka memberi kesan negatif kepada orang sekeliling.
Semua orang ada cabaran hidup tetapi tidak semua mampu menangani dan mengatasi cabaran tersebut dengan bijak, berhemah dan berwibawa.
Ubah sikap buruk maka potensi untuk berjaya sangat tinggi.
Namun untuk berubah itu satu cabaran yang paling besar kepada diri manusia terutama melibatkan sikap waima adab.
Ada nada sinis menyatakan lebih baik orang kurang ilmu tetapi beradab berbanding orang tinggi ilmu tetapi biadap.
S = Skill
Skill atau kemahiran adalah tuntutan untuk hidup.
Ada banyak kemahiran sama ada yang diiktiraf atau bukan.
Pengerusi masjid kata, kemahiran itu survival.
Ada kemahiran berenang misalnya boleh menyelamatkan diri ketika berada dalam perahu yang sedang tenggelam.
Ada kemahiran memasak membolehkan kita selalu makan di rumah, berbisnes atau jadi chef di hotel.
K= Knowledge
Knowledge atau ilmu pengetahuan boleh dipelajari secara rasmi atau tidak.
Orang yang ada ilmu pengetahuan boleh menilai baik buruk keputusan, tindakan dan cara fikir sendiri.
Ilmu pengetahuan dalam kewangan menjadikan kita cakna dan celik wang.
Dapat elak scammer.
Ilmu pengetahuan dalam teknologi pula membolehkan kita menggunakan gajet yang ada pada hari ini hanya dengan sebelah mata.
Kesimpulan
Konsep A.S.K wajar kita terapkan dalam kehidupan ini jika mahu berjaya.
Nak berjaya atau nak gagal terpulang kepada pilihan sendiri.
Sebab asas kehidupan berpaksi kepada pilihan.
baru tau kepanjangan dari ASK,betul dalam kehidupan bermasyarakat 3 hal ini memang lah penting, ketiga nya menjadi kunci keberhasilan.
yalah kan…sangat penting untuk belajar ASK jika mahu perubahan yang drastik dalam kehidupan ini
betul tu, sangat2 penting ketiga3nya..
Alhamdulilah kalau faham
adab > ilmu
Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu bakar dan adab tanpa ilmu seperti jasad tanpa roh. (abu zakariya al-anbari)
Betul falsafah ini..
saya amat setuju sekali
Ingatkan Anugerah Skrin tadi. 😅
hahaha..
ada bayangan juga kan
Betul, tiga2 aspek ni penting
Bila bergabung akan menghasilkan individu yang berjaya dalam banyak perkara.
Orang yang positif sememangnya mampu menarik perkara yang positif ke dalam diri dan persekitaran mereka.
Cuya recently posted…Review KEVIN & COCO Palletes & Lipgloss
Persoalannya tidak ramai yang sanggup memiliki 3 aspek tersebut…sebab itulah tidak ramai yang berjaya
hmmm.. menarik ASK tok… setuju… benar seperti apa dikata… selalu dgr org madah adab dulu baru ilmu.. ASK tok ada tambahan skill agik… sesuai dgn perkembangan ilmu tvet kinek tok
benar…untuk belajar perlu ada adab..
bila ada adab ilmu jadi berkat
sik naik tocang kata orang