Koleksi imej janaan AI

Sekarang ini kalau tidak guna AI maka tidak sah hari kita.  Sebut apa sahaja, pasti sentuhan AI sudah mendominasi kreativiti manusia. Saya pun terjebak sama. Ada beberapa gambar yang berjaya saya cipta menggunakan ChatGPT dan Gemini. Yang penting, prompt menarik maka hasilnya sangat menarik. Jom kita lihat hasilnya. Insha Allah pada masa yang akan datang … Read more

Berjaya pasang aplikasi Setel

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga pasang aplikasi Setel dalam telefon. Sebelum ni asyik tidak kisah saja sebab rasa macam leceh, tapi sebenarnya mudah sangat prosesnya. Muat turun dari App Store atau Google Play, daftar, lepas tu siap terus boleh guna. Bila dah ada aplikasi ni, urusan isi minyak jadi lebih senang. Tak payah nak keluarkan … Read more

Kenangan jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo

0.00 KM Pan Borneo

Saya bersyukur kerana berkesempatan untuk jejak kaki di 0.00 KM Pan Borneo, Telok Melano di Sematan beberapa hari yang lepas. Bukan mudah untuk saya keluar kerana saya lebih suka duduk dan terperap di rumah. Tempat tersebut dibuka secara rasmi pada 19 Januari 2019. Jaraknya 33 kilometer dari Pekan Sematan dan 140 kilometer dari Bandaraya Kuching. … Read more

Kelahiran satu kejutan, kematian satu kepastian

Beberapa hari yang lalu saya menyambut hari jadi. Majlis diraihkan bersama ahli keluarga dengan ‘makan besar’ di sebuah restoran yang popular tidak jauh dari tempat kediaman. Dengan usia sebegini saya amat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki berupa kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan. Moga saya dan keluarga serta pembaca semua terus menikmati rezeki sedemikian hingga … Read more

Ucapan misteri yang mengejutkan…!

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu. Saya dan bos tengah menjamu selera di sebuah restoran yang cukup popular, berada tidak jauh dari pejabat kami bertugas. Tengah saya sibuk membelek telefon pintar manakala bos pula bersedia untuk menjamu selera, tiba-tiba kami didatangi dua lelaki. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah berusia. Mereka menghulur tangan … Read more

Menulis Jurnal Kesyukuran: Terapi jiwa, emosi dan minda

Menulis jurnal kesyukuran merupakan perkara asas dan mudah untuk dilakukan oleh semua orang. Syarat pertama, boleh menulis baik pada helaian kertas atau buku ataupun menaip pada paparan elekronik seperti di telefon atau laptop. Saya secara peribadi memilih kaedah konvensional iaitu mencoret dalam buku khas. Kaedah ini ada baiknya kerana betul-betul mengimbau nostalgia seperti berada pada … Read more