Video klip Mimpi Ke Marikh ini saya hasilkan sepenuhnya dengan bantuan teknologi AI. Bunyi macam mudah dan futuristik, tetapi realitinya penuh cabaran. Saya ceritakan semula kisah di belakang tabir.
Segalanya bermula dengan lirik. Saya bina rangka awal menggunakan ChatGPT, kemudian diperhalusi pula di Copilot. Tidak sampai dua minit, satu set lirik lengkap terhasil walaupun saya bukan komposer profesional.
Begitulah hebatnya AI membuka jalan bagi sesiapa sahaja untuk berkarya.
Bahagian muzik pula saya serahkan kepada Suno. Dalam kurang lima minit, sebuah balada epik dengan vokal lelaki AI terhasil—tempo sederhana, seimbang, dan sesuai dengan emosi lagu.
Kemudian tibalah bahagian paling mencabar: video klip. Durasi lima minit bersamaan 300 saat, sedangkan setiap scene yang dijana Grok hanya sekitar tujuh saat.
Maknanya saya perlu menghasilkan kira-kira 42 scene.
Prompt imej saya bina di ChatGPT, kemudian imej dijana di Flow Banana dan Gemini Pro. Dua akaun Flow Banana habis kuota hanya untuk imej. Bersambung pula ke Gemini Pro…dan habis juga.
Tidak ada pilihan selain menunggu keesokan hari.
Selepas terkumpul lebih 50 imej (termasuk yang dipotong untuk variasi frame), barulah saya jana setiap scene video di Grok.
Kali ini saya tidak gunakan prompt video bagi menjimatkan masa, tetapi talian internet yang perlahan tetap menguji kesabaran.
Satu demi satu scene saya tunggu hingga siap. Bila kuota Grok pula habis, terpaksa guna akaun kedua. Memang betul, ada baiknya ada banyak akaun.
Apabila semua scene lengkap, barulah saya pindahkan ke CapCut Pro untuk proses terakhir—menambah kapsyen, melaras audio dan menyusun jalan cerita. Saat itu barulah saya sedar… rupanya menghasilkan video lebih mencabar daripada menulis blog.
Alhamdulillah, akhirnya video klip Mimpi Ke Marikh berjaya disiapkan juga.
Saya muat naik ke TikTok sebagai rujukan masa hadapan—bukti bahawa AI bukan sekadar alat, tetapi teknologi yang memudahkan kita mencabar kebiasaan, melangkaui batas kemampuan, dan berkarya walaupun bukan dalam bidang asal kita.
Kadang-kadang, kita hanya perlu berani mencuba. Selebihnya, biar teknologi membantu kita terbang lebih jauh dalam berkarya di pelbagai bidang.
@code007ai Lagu Mimpi Ke Marikh lahir daripada imaginasi yang belum tentu benar, namun begitulah hakikat seni—berpijak di atas khayalan minda. Mesej yang ingin disampaikan jelas: kehidupan menuntut kita keluar daripada zon selesa, berani menghadapi cabaran yang datang bertali arus. Hidup masa kini, apatah lagi masa depan, semakin keras dan mencabar. Persiapkan diri mulai sekarang dengan kekuatan mental, fizikal, kemahiran serta ilmu yang relevan. Tanpa persediaan ini, kita akan terus tertinggal, dihanyutkan oleh arus kemajuan yang deras, ibarat taufan membadai lautan. Selamat berhibur, semoga lagu ini menjadi inspirasi. #videoklipai #hiburan CODE007
Fuh, mantapppp… mun nk berAI tok maok premium.. mun xmok berbayar terpaksa guna byk emel.. ya jak.. tahniah videoklip ktk ya… superbb
Terima kasih Kak Mim
Platform AI berbayar ya memang terbaik untuk menghasilkan konten
Mun mok free terpaksa banyak kerja sikit.
Terbaik. Saya juga ada hasilkan video klip guna AI.
wah…terbaik Fairus
Moga konsisten untuk hasilkan video
untung laa dah smpi marikh😁 sy dulu cuma duduk je kat kelas 5 marikh🤣
Sampai Marikh dalam AI jer..
tak de untung mana pun