Dua ketakutan yang wajib dirasai

Manusia sehebat mana pun tidak akan terlepas daripada dua ketakutan besar dalam hidup: mati dan tua.

Kematian itu pasti, sementara penuaan pula tetap dilalui kecuali ajal menjemput lebih awal.

Ketakutan terhadap mati hadir kerana kita sedar amalan belum mencukupi atau segala amal belum  diterima. Ini belum termasuk segala dosa baik besar atau kecil tidak sempat untuk bertaubat.

Ketakutan terhadap tua pula muncul apabila kita faham bahawa nikmat masa muda semakin berkurangan, malah ada yang hilang terus.

Inilah realiti yang sering cuba kita abaikan. Kita mahu menikmati hidup tanpa diganggu rasa takut, tetapi hakikatnya ketakutan itu tetap ada, menunggu masa untuk muncul kembali.

Persoalannya, bagaimana kita mahu menghadapinya dengan kematangan ilmu, kewarasan fikiran dan kiblat iman?

takut mati dan tua

Jawapan saintifik memberi kita jalan tersebut biarpun bukan yang terbaik.

Mindfulness dan meditasi, misalnya, terbukti menenangkan fikiran dan mengurangkan keresahan.

WAJIB BACA :   Tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023

Kajian menunjukkan meditasi harian mampu menurunkan hormon stres dan memberi rasa damai.

Terapi psikologi seperti Cognitive Behavioral Therapy pula membantu mengubah corak pemikiran negatif, manakala terapi eksistensial mengajar kita menerima kematian sebagai sebahagian daripada kitaran semula jadi.

Dalam Islam, kematian cara manusia yang beriman menemui Allah SWT dengan jalan termulia sebagai hamba yang disayangi-NYA.

Sokongan sosial juga memainkan peranan besar. Hubungan rapat dengan keluarga dan rakan terbukti mengurangkan rasa takut, sementara perbualan terbuka tentang akhir hayat memberi kelegaan emosi.

Begitu juga dengan aktiviti membina legasi seperti amal jariah, kebaikan berterusan Dan apa saja yang memberi manfaat kepada orang lain.

Aktiviti menulis jurnal, berkongsi cerita hidup, atau meninggalkan tradisi keluarga memberi rasa kepuasan bahawa hidup telah dihargai sepenuhnya.

Wajar pemahaman saintifik tentang penuaan membantu kita mengikis salah tanggapan bahawa tua tidak semestinya sakit atau tidak berguna lagi.

Kajian lain menunjukkan persepsi positif terhadap penuaan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

WAJIB BACA :   Kebaikan pengambilan vitamin c untuk lawan Covid-19

Ditambah pula dengan gaya hidup sihat — pemakanan seimbang, senaman, tidur cukup, dan hubungan sosial aktif — kita mampu memanjangkan tempoh hidup sihat.

Rezeki panjang umur boleh diikthiar dengan menyambung silaturrahim dan sentiasa berbuat kebaikan.

Kesedaran bahawa kita boleh mempengaruhi kualiti hidup memberi rasa kawalan dan mengurangkan ketakutan.

Di sebalik semua ini, sains menjelaskan bahawa manusia mengatasi ketakutan mati dengan mencari makna melalui budaya, agama, atau nilai peribadi.

Teori Terror Management menyatakan kesedaran tentang kematian mendorong kita hidup lebih bermakna dan menghargai masa kini.

Kajian empirikal pula menunjukkan sokongan sosial, harga diri yang tinggi, dan refleksi hidup dikaitkan dengan tahap keresahan yang lebih rendah.

Rasa takut terhadap mati dan tua adalah normal.

Dalam psikologi, ia disebut ‘death anxiety’ dan ‘aging anxiety’.

Ia bukan sesuatu yang perlu dinafikan, tetapi boleh diurus dengan kesedaran, terapi, dan gaya hidup sihat.

WAJIB BACA :   Mee Kolok Kuching Menu Sarapan Pagi Yang Menyelerakan

Menulis secara spesifik tentang ketakutan, mengubah dialog dalaman, memberi pendedahan terkawal kepada topik kematian, berlatih mindfulness, mencari makna hidup, menjaga tubuh, serta membina hubungan sosial dan spiritual — semua ini adalah langkah praktikal yang terbukti berkesan.

Makna hidup sebenar tak lain tak bukan dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, ketakutan pada kematian dan penuaan bukanlah perkara negatif.

Ia guru yang mengingatkan kita tentang makna hidup.

Saintifik sudah membuktikan bahawa dengan kesedaran, terapi, dan gaya hidup sihat, kita mampu menjadikan ketakutan itu sebagai tenaga untuk hidup lebih bermakna.

Mati itu pasti. Tua itu pasti. Yang tidak pasti hanyalah bagaimana kita memilih untuk hidup sebelum tiba waktunya.

Namun paling asas dan paling utama ialah kehidupan adalah anugerah Allah SWT dan kita kembali ke alam abadi itu adalah ketentuan yang tidak perlu dipertikai atau dipersoal.

6 thoughts on “Dua ketakutan yang wajib dirasai”

  1. bohonglah kalau fikir fasal mati kite x rasa takut… tp bla fikir pengakhiran hidup yg x pasti tu lg menakutkan… husnul khotimah atau suul khotimah

    Reply
  2. Salam singah, tidak dinafikan setiap manusia akan ke arah tua..mari lah berdoa sungguh2 mati dalam keadaan husnul khotimah.Tak apa..hakikat kehidupan jodohnya kematian..

    Reply
  3. Baguslah kalau takut mati. Jadi kita sentiasa tambah amalan kita selagi diizinkan. Tua pula, tak perlu takut. Aging gracefully, bak kata omputih. Terima seadanya kerana kecantikan, kekuatan, tak ada yang kekal.

    Reply
    • tiada yang kekal dan tua atau mati itu memang pasti.

      yelah kan…kalau sentiasa takut mati dan hidup pesimis tanpa berbuat apa-apa memang tak de makna juga

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge