Cerita sekeping gambar (Siri 3)

Gambar di atas adalah Sekolah Quran Malaysia yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh NGO Aman Palestin.

Dana adalah hasil sumbangan dan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin sejak sekian lama.

BANTUAN KECEMASAN GAZA —- > 

Namun selepas peristiwa 7 Oktober 2023 atau lebih dikenali perang Taufan Al-Aqsa , sekolah ini telah menjadi tempat perlindungan kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan perang tersebut.

Penduduk Gaza lumpuh setelah kehancuran masjid, rumah kediaman, hospital dan pusat perlindungan seperti sekolah dibedil, dibom dan dijarah oleh rejim pengganas Zionis laknaltullah.

Berikut adalah situasi terkini Sekolah Quran Malaysia seperti mana saya petik dari sumber Telegram Hadis Palestine

WAJIB BACA :   Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Sekolah Quran Malaysia adalah sepenuhnya tajaan Aman Palestin hasil daripada sumbangan dan wakaf para penyumbang. Terkini, keadaan di Sekolah Quran Malaysia:

Sekolah ini menjadi tempat pembelajaran kanak-kanak di Gaza sebelum meletusnya perang Taufan Al-Aqsa

Apabila perang meletus, sekolah ini menjadi tempat perlindungan kepada lebih 4000 orang rakyat Gaza yang terpaksa berlindung disebabkan serangan oleh Tentera Rejim Isr4el

Pada kejadian pada malam 15 November, Tentera Rejim Israel telah menceroboh kawasan luar sekolah tersebut dan berlaku pertempuran dengan Tentera Pembebasan Palestin yang menghalang pencerobohan tersebut

Tentera Rejim Israel telah melepaskan tembakan rambang sehingga terkena rakyat Gaza yang berlindung di Sekolah Malaysia ini

Akibatnya lebih 20 orang cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh Tentera Rejim Israel. Mangsa-mangsa kecederaan telah dihantar ke hospital yang berhampiran iaitu Hospital Syuhada Al-Aqsa, Deir Balah

Dari segi kerosakan ke atas sekolah, Ahamdulillah sekolah masih lagi dalam keadaan baik. Para penghuni yang berlindung di Sekolah Quran Malaysia masih terus tinggal di sana

Ketika ini rakyat Gaza di sana bergelut dengan pelbagai kesusahan dan sekatan yang tidak masuk akal. Lakukanlah peranan kita dengan harta yang kita ada, jawatan yang kita miliki untuk membantu membebaskan Gaza dan keseluruhan Palestin.

Sumber: Aman Palestin

 

WAJIB BACA :   Homestay Bajet Kota Samarahan Tentunya Aminah Hostel

 

16 thoughts on “Cerita sekeping gambar (Siri 3)”

  1. saya berusaha untuk tak membeli produk Israel dan sekutunya, entahlah masih banyak perdebatan, tapi setidaknya itu salah satu cara yg bisa saya upayakan untuk memberi dukungan terhadap saudara kita.

    Reply
    • tahniah ada usaha ke arah itu..

      mereka menzalimi rakyat Palestin sejak 1948 dan sekarang masa sudah tiba untuk kita memboikot bisnes mereka..selagi ada alternatif…pilihlah bukan produk Israel

      Reply
  2. rasa helpless sgt bila baca apa2 kisah psl palestine ni, apatah lg bila tgk gmbr2 yg tragis…apalah daya kita, buat apa yg termampu jer..solidariti, doa, boycott.. Allahul musta’an

    Reply
    • Jangan berhenti berdoa..

      ada sebab mengapa Allah belum datangkan segera kemenangan di Palestine agar umat Islam segera insaf dan bersatu bawah satu akidah

      Reply
  3. saya tak dapat bayangkan kalau sekolah ni juga jadi sasaran laknatullah tu. semoga Allah lindungi sekolah ni dan rakyat Palestin secara amnya. aminnn

    Reply
    • Sebab mudah faham…elakkan anak-anak Palestin jadi pandai dan berilmu

      Musnahkan tempat mereka belajar supaya rakyat di sana tersu mundur

      Reply
  4. Harini tak tertahan tengok video anak kecil yang teraniaya di Palestin, termenangis kat sudut dapur. Semoga Allah beri balasan paling buruk pada Israel dan sekutu termasuk US, UK etc

    Reply
    • Saya sarankan blogger Zarini untuk mengurangkan pendedahan info atau berita berkaitan Gaza.
      Bukan tidak boleh tapi untuk menjaga kesihatan emosi sendiri sebab jiwa kita tidak sekuat mereka

      Reply
  5. semoga saja sekolah ini bisa bertahan , tidak rusak dibom oleh tentara2 laknat itu 😭. RS Indonesia pun dah kena dibom mereka hanya karena menganggab ada Hamas bersembunyi 😭

    semakin banyak saja kita berdoa demi kemerdekaan Palestin . rasa sesak tiap kali melihat korban anak2′ dan warga sipil yg menderita 😭

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge