Inilah 2 website untuk rujukan boikot produk

Usaha dan tindakan boikot produk yang bersekongkol dengan rejim zionis laknatullah amat dituntut sekarang ini.

Ia adalah usaha selepas doa dan bukti solidariti mengecam perbuatan zalim dan luar perikemanusiaan mereka.

Tindakan boikot produk boleh memberi implikasi besar kepada syarikat yang berkaitan dan negara yang berkenaan.

Ya, memang diakui kesan dan implikasi negatif juga akan terpalit kepada mereka terbabit.

Ini menyebabkan orang yang terlibat hilang pekerjaan, bisnes merudum dan terputus sumber rezeki.

Tapi percayalah rezeki itu luas.

Satu pintu tertutup in shaa Allah sembilan pintu rezeki lain akan terbuka.

Perbuatan boikot produk adalah ikhtiar.

Kita anggap saja sebagai sumbangan dan tanggungjawab untuk pertahankan kesucian agama Islam.

WAJIB BACA :   Duduk diam rezeki datang sendiri

Sebagai umat Islam, kita tidak reda dengan perbuatan yang penuh kezaliman, keganasan dan kejahatan yang melampaui akal fikiran.

Bagi mereka yang non-muslim anggap saja tindakan boikot produk sebagai dasar kemanusiaan yang bermaruah tinggi.

Boikot produk

boikot produk

Jom kita lihat website yang menyenaraikan produk yang boleh diboikot.

1.BDS Malaysia

boikot produk
https://bdsmalaysia.com/

BDS Malaysia merupakan sebahagian daripada gerakan global yang mengajak untuk memboikot, melupus dan menyekat untuk memberikan tekanan kepada Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberhentikan penjajahan terhadap Palestin, pengiktirafan terhadap hak asasinya dan menghormati hak -hak rakyat Palestin

2.Boycott The Witness News

boikot produk
https://boycott.thewitness.news/categories

The Witness ialah organisasi berita dengan jangkauan global – memberikan suara kepada mereka yang tidak bersuara dan mempunyai kuasa untuk bertindak, bebas sepenuhnya daripada pengaruh politik dan komersial serta
berfungsi untuk mengupas isu tanpa henti dan berani.

WAJIB BACA :   Cara Buat Fanpage Yang Superstar

 

Comments 28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge