Homestay Bajet Kota Samarahan iaitu Aminah hostel senang cari.Lokasinya amat strategik kerana terletak dalam kawasan luar bandar yang pesat membangun.Lebih tepat lagi berada di Kampung Sindang Baru Kota Samarahan.
Jaraknya lebih kurang 3 minit perjalanan ke pusat membeli belah Summer Mall jika menggunakan kenderaan sama ada kereta atau motosikal.
Paling menarik juga kerana berada di kawasan tiga pusat pengajian tinggi utama di Sarawak iaitu UNIMAS,Uitm Sarawak dan IPTAR.
Homestay bajet Kota Samarahan
Saya dan Ishak Hasimi berkesempatan untuk menemui anak kepada pemilik Aminah Hostel.Nasib tidak menyebelahi kami untuk bergambar dengan pemilkinya.
Beliau merupakan usahawan Melayu yang menjalankan perniagaan tersebut bersama isterinya.Berdasarkan perbualan kami ternyata mereka mahu membawa konsep perniagaan keluarga (Family Bussines) dan amal ibadah.
Memang terbaik dan unik sungguh konsep perniagaan yang mereka cuba ketengahkan.
Informasi Aminah Hostel
Aminah Hostel telah dibuka kepada penggunjung dalam bulan April 2016.Setakat ini telah menyediakan penginapan Homestay 6 bilik.Ada empat bilik untuk Family Room dan dua bilik lagi untuk jenis Single Room.
Bilik tersebut dilengkapi pendingin udara,kipas,meja dan rumah tamu yang luas pada bahagian luar.
Kami juga difahamkan pihak Aminah Hostel turut menyediakan pakej katering untuk para penggunjung selain kemudahan cafeteria iaitu Aminah Cafe pada tingkat bawahnya.
Lebih menarik lagi cafeteria itu boleh dikunjungi oleh orang ramai untuk rehat santai sama ada untuk perjalanann ke Asajaya atau ke Kuching.Itulah yang menariknya apabila berdekatan dengan laluan utama.
Waktu Operasi
Waktu operasi Homestay Samarahan di Aminah Hostel adalah 24 jam.Waktu check out dan check pada pukul 12 tengahari.
Bagaimanapun jika ada pengunjung yang datang pada tengah malam masih boleh dipertimbangan dengan syarat ada kekosongan
bilik.
Harga yang ditawarkan bermula dengan RM70 semalam.
Memandangkan Aminah Hostel masih baru jadi masih banyak kemudahan yang perlu dinaik taraf supaya lebih sempurna.
Memang benar kata anak pemiliknya ketika kami bertanyakan impian bisnes pada masa yang akan datang.
Mereka mahu menaiktaraf kemudahan yang sedia ada agar memberi kepuasan kepada pelanggan.
Biarpun pada padangan kasar kami kelengkapan dan kemudahan yang sedia ada sudah mampu memberi keselesaan,kepuasan dan
keselamatan.
Tentunya amat berbaloi kepada pelanggan yang ingin menginap di
Homestay bajet kota Samarahan ini
Memandangkan Aminah Hostel cuma ada enam bilik maka para pengunjung disarankan untuk membuat tempahan awal.Pihak pengurusan Aminah Hostel memberi jaminan perkhidmatan First Come First Serve untuk para pelanggan.
Jika nak bermalam lebih dari satu hari boleh berunding dengan pengurus Aminah Hostel.
Perkara yang sungguh menarik juga ialah pemilik Aminah Hostel memberi peluang pekerjaan kepada ahli keluarga sendiri.Kebetulan pula pemiliknya mempunyai tujuh orang anak dan mereka bekerjasama mengendalikan pusat homestay tersebut.
Para penggunjung yang berminat untuk menginap di Homestay Bajet Kota Samarahan boleh menghubungi pengurusnya iaitu :
Encik Awek Bin Haji Bushrah
Pengurus Aminah Hostel
Tel :019-847 5540 atau 010-8039693
Whatsapp : 0111-8907294
Alamat :Lot 1490 ,Kpg Sindang Baru,
Jalan Dato’ Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan.
[Edisi kemaskini 18/11/2019]
wah, itu hotelnya indah ya pak, terbaik !
ya..sangat indah.
harga juga murah begitu
Menarik… Hostel di sewa mengikut bilik… RM70 semalam kira ok harga tersebut…
Anuar recently posted…Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?
harga bajet..
lagi pun kawasan akan menjadi bandar
banyak kemudahan seperti cafetaria tu mmg memudahkan pengunjung. tempat pun strategik
ya..betul tu..
tak perlu pergi jauh sangat..
namun dikawasan sekitarnya banyak juga tempat makan
nampak mcm baru siap bangunan ni….bagus utk family vacation ke Kuching..
ketika artikel tersebut ditulis..baru siap,
sekarang dah usia setahun
Aamiin dan terimak kasih juak atas doa ya..
selain pusat pendididkan…
pusat membeli belah pun dah banyak
wah menarik
terima kasih share
ya..menarik.,
sama-sama tu
Home stay memang menjadi pilihan berbanding hotel bagi keluarga
senang nak masak
Mazni Azmi recently posted…Petua awet muda dari doktor & Pakar kecantikan ini selamat & berkesan!
homestay boleh bebas berbanding hotel..
ya..
masih harga bajet
Baje tbajet pun tapi nampak kemas
yang penting selesa untuk leuarga
nak masak pun boleh
Ibu Zaid recently posted…Patutlah Tanda hampir bersalin penting! Rupa rupanya ini sebabnya
kelebihan homestay..
boleh guna untuk masak
Luas Homestaynya, kemudahan pun lengkap…
Noor Azlan recently posted…AMP Blogger Template: Kelebihan dan Kekurangan
memang luas…
ada enam bilik tu.