Table of Contents
Buat Blog Dapat Duit
Secara logik memang boleh.Secara praktikal sudah tentu boleh.Sebab dan musabab akan saya kupas dalam artikel ini.Namun tak akan la nak dapat dua ringgit sahaja.Mana cukup.
Kasi tau la caranya untuk dapat lebih?
Sebelum itu fahamkan maksud blog.Kalau tak tahu maksud blog maka susah nak faham dan anda akan salah faham sampai bila-bila.
Blog ialah diari online yang ditulis oleh penulis blog.Mereka dikenali dengan gelaran blogger.Ada banyak gelaran untuk blogger.Antaranya :
1.Parenting Blogger
2.Lifestyle Blogger
3.Traveler Blogger
4.Foodie Blogger
5.Storyteller Blogger
6.Affiliater Blogger
7.Event Blogger
Dalam kategori di atas ada blogger yang boleh dapat duit dengan banyak iaitu Affiliater Blogger.Sebab mereka hari-hari promosi barang dan hari hari dapat komisyen.Syaratnya mereka mesti mahir ilmu blogging seperti setting bina blog ,SEO,copywriting,marketing dan media sosial.
Punca tak dapat duit dari blog
1.Tidak mahir SEO
Tanpa SEO sesebuah blog seperti air kopi tanpa gula.Dah la tawar pahit lagi tu.
Tanpa SEO, blog akan susah mendapat targeted pelawat.Tulislah berapa cantiknya artikel jika tiada pelawat yang tepat maka hasilnya akan zero.
Pelawat datang ke blog kita melalui pintu SEO.Jika tiada pintu yang luas dan banyak bagaimana pelawat nak lalui pintu tersebut.
Penyelesaiannya belajar asas SEO blog dan beli ebook Actionable SEO khasnya untuk blogger yang bermain di platform WordPress.
2.Penulisan kurang berkualiti
Inilah seni menulis yang sukar dipelajari tetapi boleh dikuasai.Saya belajar seni menulis blog bertahun-tahun lamanya.Bukan seminggu atau sebulan dua.Itupun masih belum mencapai tahap memuaskan.
Bayangkan laptop yang saya guna untuk menulis blog sejak 4 tahun pun dah uzur tetapi penulisan saya masih biasa-biasa sahaja.Adapun kemajuannya belum lagi saya rasa berpuas hati.
Jadi sebagai blogger jangan berputus asa untuk terus berlatih menulis.Dalam masa yang sama jangan kurang membaca apa sahaja bahan ilmiah yang bermutu.Ingat hanya Muthu kenal Maniam.
3.Lemah kemahiran pemasaran
Ada kawan saya kata.Kawan yang kata itu bukan pembaca blog ini.Ada blog ada segalanya.Realiti sebenar ada blog belum tentu ada semuanya.
Selepas penulisan blog yang berSEO dan berkualiti tinggal satu langkah lagi.Yang pasti bukan langkah kiri.
Langkah itu ialah hebahan konten blog ke seluruh buana dan penghuni maya.Biar semua tahu.Orang yang tak nak tahu pun terpaksa juga tahu jika selalu kena promosi seperti iklan ayam atuk janggut putih.
Bila semuanya dah tahu maka peluang untuk penjualan apa-apa produk atau perkhidmatan boleh berlaku.
4.Sukar untuk membuat perubahan
Perubahan apa yang kita nak.Sudah tentu perubahan sikap dan tabiat.Orang kata jangan buat itu.Namun masih juga buat itu.Akhirnya tiada apa yang kita dapat selain habuk.Lebih teruk habuk pun tarak.
Dalam dunia blogger banyak evolusi yang pantas dan sukar untuk diadaptasi.Misalnya blog mesti ada mobile friendly.Yang terbaharu ada theme AMP.
Saya melihat tabiat ini adalah perkara universal yang bukan dalam dunia blogger semata-mata.Misalnya sikap acuh tak acuh jika disimpan elok-elok maka sampai bila-bila sikap itu melekat dengan kita.
Trend makan bersuap dalam blogger masih ada.Mereka memang manja.Tidak mahu berkerja keras dan cuma nak ambil jalan pintas seperti copy and paste without credit artikel blog.
5.Rezeki belum tiba masanya
Soal rezeki,jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT.Begitulah juga dengan rezeki kita sebagai blogger.Jangan rasa gusar dan bimbang.Tenang sahaja kerana ketenangan itu penting untuk menarik rezeki.
Jika tak percaya boleh baca luahan wanita cantik ini dalam Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah
Apa perlu saya buat sekarang?
Tarik nafas dalam-dalam.
Duduk diam-diam.
Tutup sebelah mata rapat-rapat.
Itu sahaja buat permulaan sebelum saya mengsyorkan sesuatu yang hebat.
Sekarang buka kedua-dua mata dan minda.
Jom layari >>>Banyak Duit Adalah Lambang Kebebasan
Bagus betul info mrhanafi ni. Mama Rasa mama punya masalah mmg tang SEO Tu. Ilmu pun takde hihi. Momblogger Salah satu jenis blogger x
boleh saja..
apa-apa gelaran pun tidak apa…
sebab basicly memang blogger hehehe
Betul dgn blog memg bleh buat duit asalkan tau caranya
awak tahu tak?
saya tak tahu sangat la
hehehe
tambahkan aja mas mungkin saatnya buat chenel youtube.
bloger harus sampingan yotuber sekarang ini
feedback yang bagus..boleh aja mas terima kasih ya.
Moga terus suksess Bro HB
Saya pun masih lg belajar
terima kasih dan bro HB dah hilang lah hehehe
Samalah, masih memperbaiki diri lagi dalam penulisan dan seo. Nak buat duit online ni memerlukan fokus fokus.
tukar theme ke bang? simple je tgk
saya dah lama guna theme ini..cuma adjust layout sahaja..
apa-apapun fokus sangat penting bro.
ye, tenang sahaja dan teruskan belajar perbaiki mana yang kurang.InshaAllah…
ya..betul tu..