Hibah Pendapatan Adalah Hadiah Terbaik

Hibah Pendapatan bukanlah perkara baharu.Namun ada yang baru tahu.Baru dengar dan ada juga baru ada kesedaran untuk mengetahuinya.

Mahu atau tidak hibah adalah cara terbaik untuk orang tersayang.

hibah pendapatan

Hibah adalah hadiah yang ditentukan untuk penerimanya dan diistihyar semasa hidup oleh si pemberi.

Biasanya hibah suami untuk isteri.

Hibah isteri kepada anak-anak mereka.

Jarang-jarang isteri declare hibah untuk suami.

Tak tahu kenapa ?

Kelebihan hibah ialah proses mendapatkan wang dengan cepat dan mudah tanpa melalui probet atau surat kuasa mentadbir.

Bila nak dapat?

Tentulah selepas suami kita dah ‘pergi’ .

Ada cara pengiraan hibah yang simple.

Kita ikut 2 formula ini.

Formula modal cair

Katakan Ahmad yang berumur 30 tahun mempunyai gaji RM2500  setiap bulan.

Jadi Ahmad perlu menghibahkan sumber pendapatan yang berjumlah RM600K untuk keluarga tersayang.

Sekiranya ada apa-apa berlaku kepada Ahmad seperti meninggal dunia atau hilang upaya kekal maka waris layak dapat wang yang dihibahkan.

Kita letakkan anggaran selama 20 tahun.

Kita lihat contoh dibawah.

1.Gaji Ahmad x 12 bulan x 20 tahun =Nilai hibah

(RM 2500 x 12 bulan x 20 tahun = RM600K)

Formula modal tersimpan

Ali pula suka formula kedua.

Katakan Ali tiada gaji tetap setiap bulan tetapi gaji purata tahunan adalah RM30K.

Dari jumlah RM30K ini kita buat andaian Ali menyimpan dalam ASB atau Tabung Amanah.Setahun cuma ada 5 % dividen.

Sebagai contoh,

[Gaji Ali x 12 bulan] bahagi 5 % = Nilai Hibah

(RM30K ) bahagi 5 % = RM600K

Mungkin ada berpendapat tak perlu hibah.

Harta dan wang simpanan banyak.

Persoalannya si pemilik harta sudah meninggal dunia maka segala aset dan harta akan dibekukan.

Kalau iPad 4 WiFi tak perlu.Itu barang kecik je.

ipad 4 mini

Ilmu HIBAH secara lengkap akan ditulis pada masa akan datang.

Itu pun kalau saya ada idea.

Saya tak nak berjanji.

Kesimpulan.

Ingat hibah.

Ingat hadiah.

Jika rasa sayang dengan waris maka hibah adalah cara terbaik untuk kelangsungan hidup mereka .

Tak pun.

Hibah boleh membantu menyelesaikan hutang kita yang tertunggak.

Saya tertarik dengan peribahasa ini.

“Harimau mati meninggalkan belang,

manusia mati meninggalkan hutang.”

Tak la roh kita ‘sangkut’ ketika kita sudah tiada lagi berada di dunia fana ini menuju alam abadi.

Bersedia awal lebih baik dari menyesal kemudian.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak buat hibah pendapatan.

Jawapannya boleh dijawab oleh [ brader hensem tu.]

Sekian,jumpa lagi.

-mrhanafi-

 

p/s : jomlah bantu saya dengan beberapa langkah berikut

1.Join group whatsapp

2.Like Facebook Fanpage

3.Share artikel ini

4.Komen la apa yang patut

(Visited 99 times, 1 visits today)

36 thoughts on “Hibah Pendapatan Adalah Hadiah Terbaik

  1. saya percaya cara pertama lebih mudah. cara ke dua yg buat sulit ialah pendapatan tak semestinya kekal RM30 ribu setiap tahun. kadang2 pendapatan bukan gaji lupa nak rekord.

Leave a Comment

CommentLuv badge