Media Sosial Lubuk Mencari Kawan

lubuk mencari kawan

Kawan sangat penting.Tanpa kawan hidup akan rasa kesunyian melainkan anda sudah ada teman istimewa.Yalah kan.Ada teman istimewa yang sudi untuk berkepit dengan anda siang atau malam.Opss.Teman istimewa tidak semestinya merujuk orang berlainan jantina.Paling bagus kalau ada kawan yang sudi menangis dan ketawa bersama.Cuma elakkan kawan kalau makan ramai-ramai tapi bayar sorang je.Lainlah dah jadi tauke.Kira no hal punya.

Media sosial sekarang ini menjadi fenomena yang mengisi segenap ruang kehidupan.Tidak keterlaluan juga media sosial bagaikan pencuri masa seseorang antara suami dengan isteri,majikan dengan pekerja,adik beradik dan kawan-kawan.Persoalannya  media sosial bagaikan pisau.Jika untuk memotong sayur maka itu tujuan yang baik.Jika untuk mencederakan seseorang maka tujuan itu membawa kes jenayah.

Saya bukan anti media sosial.Saya merupakan pengguna tahap sederhana.Malah dengan penggunaan media sosial saya boleh berhubung dengan kawan-kawan lama dan baru.Lebih-lebih lagi sekarang ini saya merupakan blogger dan juga Brand Partner Bestmobile.Melalui media sosial saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.

Dalam masa yang sama media sosial adalah lubuk mencari kawan yang sudi untuk menjadi Brand Partner Bestmobile.Jangan hairan ada juga yang tak sudi kerana konsep dalam Bestmobile sering dikaitkan bisnes cari orang.Tak best la cari orang.Sana dan sini menjadi tukang canang.Malu ada.Leceh pun ada.Alangkah baiknya diam-diam dan hidup low profile.

Bagi saya pendapat begini tak salah.Tak ada denda pun.Cuma secara peribadi pendapat atau pemikiran begini cenderung kepada selfish.

Bisnes yang mencari orang tetapi yang sebetulnya cari kawan untuk berkongsi kebaikan adalah murni.Dia mahu atau tidak adalah hak masing-masing.Sendiri mahu ingat bahawa berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan orang lain merupakan kebajikan yang tiada tolok bandingnya.

Teringat saya ayat power seorang leader dalam bisnes networking kira-kira 15 tahun dahulu.Katanya kita bantu orang lain untuk diri sendiri.Pada dasarnya saya tak berkenan dengan ayat begitu.Lebih baik kita bantu orang lain kerana nilai keikhlasan.Sebab orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah orang terbaik antara terbaik.

[Admin]

Media sosial merupakan  satu platform terbaik untuk membina jaringan kawan-kawan.Namun begitu media sosial boleh bertukar menjadi media ‘so sial’ apabila pengguna menjadi kurang bijak.

>>>Dapatkan Info Bestmobile Brand Partner<<<

Artikel berkaitan

10 thoughts on “Media Sosial Lubuk Mencari Kawan

  1. Makin banyak prabayar sekarang buka peluang buat duit secara online. Tapi kebanyakkannya underground, tu pun boleh tarik user ramai. wow!

    Kawan tetap kawan, jangan buat tahi sudah. Jaga silaturrahim sesama kawan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge