Wanita pada dasarnya memang mahu lelaki sejati. Tidak kira sesiapapun wanita itu kerana tanpa lelaki apalah makna hidup seorang wanita.
Ini lumrah.
Ia keajaiban kehidupan.
Hidup saling bergantung antara lelaki dan wanita.
Kehidupan orang lelaki sama sahaja.
Lelaki tidak sempurna tanpa wanita.
Begitu juga sebaliknya.
Siapa yang mampu melawan fitrah kehidupan ini.
Lantas lelaki bagaimana yang menjadi sempurna pada hati dan mata wanita.
Tentulah lelaki sejati.
Wanita pasti membayangkan betapa bahagianya hidup bersama lelaki sejati.
Ya, lelaki sejati yang menjadi suami untuk mereka dan ayah kepada anak-anak mereka.
Berikut ialah ciri-ciri lelaki sejati menurut Merry Riana:
Jujur, saya suka cara Merry Riana mengungkapkan idea tersebut.
Bersahaja dan berpuisi.
Namun menyingkap mesej yang dalam.
Merungkai sindiran yang sinis.
Ada benar.
Ada logiknya.
Info selebihnya boleh ditonton melalui channel Youtube yang saya sertakan pada penghujung artikel ini.
Saya cuma kongsikan dalam bentuk point-point sahaja untuk memudahkan pembaca lebih memahami topik ini nanti.
Lelaki sejati
1.Menepati janji seperti yang dikatakan pada wanita
2.Menjaga komitmen dengan amanah tertinggi
3.Prihatin dengan insan sekeliling
4.Kepekaan dengan keperluan masyarakat
5.Menghormati orang tua pasangannya
6.Dihormati di tempat kerja dan juga di tempat kerja
7.Menerapkan ajaran yang difahami dalam kitab suci
8.Bijak menghargai wanita yang berada di sampingnya
9.Pintar memahami persoalan pasangan
10.Tabah dan sabar hadapi ujian kehidupan
11.Fikiran yang tenang dan hati yang damai
12.Setia pada wanita yang dicintainya sahaja
Kesimpulan
Menurut pandangan peribadi seorang lelaki, saya belum tergolong dalam lelaki sejati seperti yang dinyatakan.
Saya hanya lelaki biasa yang hidup secara biasa-biasa
Teringat pulak saya dengn kata-kata CEO Volten International ” Bisnes netcommerce Volten dicipta untuk orang biasa meraih pendapatan luar biasa.
Kedengaran agak sukar diterima kerana bisa diakui wanita tertarik kepada kelebihan, kehebatan dan kebaikan yang ada pada lelaki.
Percayalah apabila terpautnya dua hati daripada insan biasa ini akan menjadikan mereka pasangan luar biasa dalam mendekati diri kepada Allah SWT.
Wallahualam.
P/s: Pautan video tentang topik tersebut seperti di bawah ini.
- Kemas kini 30922
Biarlah tak sempurna, asal boleh sempurnakan kita 🙂
dasat juga caption ini…
Kalau saya kata suami sayaada semua diatasada orang percaya tak??
Hahah
alhamdulilah..rezeki buat awak tu..
syukur banyak-banyak hahahaha
yang boleh menerima kekurangan pasangannya…
ada tuan…
cuma limited edition tu
tp pd ms yg sama, perempuan jg perlu jd sejati utk dpt lelaki sejati. tak gitu? hehehe
biasanya macam tu..
aturan Allah sangat adil
Sampai mati pun tak dapat rasanya sesuatu yang di namakan sejati kecuali pada yang Maha Kuasa.
kan…
usaha mana yang termampu