Maxim merupakan perkhidmatam e-hailing yang berasal dari Rusia dan kini sudah bertapak di 16 buah negara termasuk Malaysia.Nampaknya Maxim Malaysia ini seperti pesaing kepada Grab dan Mycar.
Alhamdulillah saya baru-baru ini ada kesempatan untuk mencuba perkhidmatan terbaharu ini.Dalam masa sehari saya naik Maxim tiga kali untuk pergi ke tiga distinasi yang berbeza.
Sebelum ini saya memang ada menulis tentang Grab dan MyCar.Saya berusaha menzahirkan pandangan peribadi untuk perkhidmatan Maxim ini.
Bagaimanapun saya perlu berhati-hati kerana saya tidak mahu menyatakan perkara negatif hanya bersandar kan pengalaman kali pertama.
Untuk makluman saya merupakan pengguna tegar e-hailing sejak zaman kewujudan Uber lagi.Hanya Uber yang menjadi perintis e-hailing ketika itu
Seperti kebanyakan e-hailing yang lain, aplikasi Maxim perlu dimuat turun terlebih dahulu.Daftar seperti biasa sebagaimana aplikasi yang lainnya.
Inilah pandangan saya buat pertama kali guna Maxim.Saya membuat penilaian kepada lima aspek berikut:
Table of Contents
Apps Maxim
Apps Maxim sangat friendly user kerana features sangat ringkas.Mereka yang pertama kali guna akan cepat faham segala fungsinya.
Bagaimanapun terdapat ruang penambahbaikan kepada sistem apps Maxim.Agak berkecelaru ketika akses kepada pemandu.
Sistem boleh detect pemandu yang pertama dan tiba-tiba detect pula pemandu Maxim yang kedua.Masa menunggu akan berganda.
Misalnya baru-baru ini saya menempah perkhidmatan Maxim.Ada detect Maxim yang pertama dan masa menunggu dipaparkan 8 minit.Tidak lama kemudian detect lagi Maxim yang kedua sehingga masa menunggu berubah menjadi 10 minit.
Nasib baik saya bukan dalam keadaan urgent.Kalau tidak boleh juga naik angin kus-kus hehehehe.
Kecepatan akses
Saya dapati masa meunggu 10 minit seperti lama.Mungkin jumlah pemandu Maxim ketika itu masih belum ramai.Saya faham situasi tersebut.Tak pelah
Dalam sistem app Maxim kita diberi pilihan untuk ad on.Jika mahu lebih cepat tambah caj.Lagi tinggi caj tambahan lagi pantas mereka respon untuk mengambil kita di point tertentu.
Bagus juga untuk menambah pendapatan pemandu terutama kepada penumpang yang berpendapatan tinggi.Mereka tidak kisah kerana wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya untuk kepantasan kepada mereka.
Doakan saya termasuk dalam kategori berpendapatan tinggi.
Keadaan kenderaan
Kereta pertama saya naiki pada untuk perkhidmatan Maxim pada hari itu betul-betul baru.Kerusi dibahagian belakang masih berbungkus plastik.
Bagaimana pun untuk kereta trip kedua agak baru dan kereta trip yang ketiga saya naiki agak lama.Kereta tersebut masih selesa walaupun Axia dan Viva.
Difahamkan Maxim belum mengenakan syarat yang ketat lagi sebagaimana Grab.
Sejujurnya sebagai penumpang memang saya suka kereta yang baru, bersih dan selamat.Inilah nilai duit yang saya laburkan untuk perkhidmatan mereka.
Harga tambang
Sangat murah berbanding perkhidmatan ehailing yang lain.Saya sempat membuat perbandingan dengan membuka tiga app sekali gus untuk memantau harga.
Dalam bab ini Maxim menang dengan penawaran harga murah.Saya percaya jika mereka kekalkan harga murah begini, permintaan untuk khidmat Maxim boleh berganda dalam masa yang singkat.
Biasanya rata-rata pengguna ehailing belum mampu beli kereta dan ini menunjukkan mereka bukan golongan yang berduit.Tidak dinafikan pengguna sebenar e-hailing adalah pelawat dalam negeri atau pelancong luar negara.
Jadi harga murah adalah pilihan utama untuk penjimatan kos pengangkutan.Harga mahal untuk perkidmatan berkualiti dan keselamatan terjamin.Walaupun bab keselamatan bukan perkara yang boleh dibuat kompromi.
Personaliti pemandu
Perkara ini terlalu subjektif.Saya selalu terjumpa pemandu yang mempunyai kemahiran memandu kompeten.Tidak mahir jalanraya dan kurang berdisiplin semasa memandu.
Contohnya sibuk berwasap dan sibuk berwechat.Sebagai pemandu saya faham itu adalah tabiat yang sukar untuk dielakkan kerana berada dalam kereta tidak sebahagia dalam kamar tidur.
Tentulah tidak adil untuk saya melabelkan pemandu yang mana satu berbuat demikian.Mereka mungkin berpindah dari Uber ke Grab atau dari MyCar ke Maxim.Mungkin berpindah dari semua e-hailing tersebut.Siapa yang tahu dan mereka membawa tabiat yang sama.
Penutup
Begitulah pengalaman saya menggunakan khidmat e-hailing Maxim Malaysia.
Rasa excited bukan lagi persoalan kerana saya sudah biasa menggunakan e-hailing ini.
Lainlah kalau kahwin baharu hehehehe.
Jumpa lagi dan jangan lupa follow blog ini serapat yang boleh.Terima sudi baca dan sudi follow.
Dekat Tawau dah ada Maxim ni tapi kt LD belum ada, so belum pernah naik lagi. Adik kata lebih murah berbanding Grab. dah banyak pilihan skrg ni selain taxi, grab, maxim, mycar pun ada. tinggal pilih:)
lagi banyak pilihan lagi banyak persaingan..
bagus kepada pengguna
Teman prefer GRAB Car sahaja… kalau urgent sangat guna apps Drive Sendiri jer… :d
IzNy recently posted…Kuliah : Solat jangan di tangguh
sendiri drive lagi bagus untuk memastikan masa tidak terbuang waktu menunggu
Baru zumal tahu kewujudan Maxim ni. Perlis rasanya belum sampai
kalau ada …boleh cuba bro.
sebab jimat berbanding yang lainnya
mula-mula ingatkan maxis tadi heheeh… rupanya sistem e-hailing, memang tak pernah mencuba… sangat jarang guna perkhidmatan begitu sejak duduk kl nih sebab selalu memandu ke mana-mana
memandu bagus kalau ada kenderaan sendiri..
untuk keselamatan terutama perempuan la
kamek baru pertama kali dengar pasal maxim tok dari fesko utm..sidak nyebut guna la maxim untuk ke fesko, dapat diskaun kelak, lalu heran kamek…apa maxim tok koh? rupanya kedak mycar, grab etc…bagus juak mun lebih murah dari e-hailing yang lain
sunah sakura recently posted…No, I’m Not Okay
aok..
lebih murah buat masa tok.
sik tauk la kelak-kelak.
kinek ada promotion RM7 untuk first time naik
saingan hebat utk Grab. boleh juga try ni sebab kat KL ni mungkin ramai dah jd pemandu maxim…
jika perlu boleh la try sekali sekala..
kalau pergi KL boleh cuba la..untuk mereka yang baharu datang
Baharu tahu dah ada satu lagi pilihan ehailing.
Thanks for sharing.
Mrs. A sangat jarang guna perkhidmatan ehailing ni tu yang suka baca pengalaman orang manalah tahu esok lusa nak guna takdelah blurrr tahap dewa kans..
Mrs. A recently posted…Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 (’88/’90)
ya..Maxim adalah ehailing yang keempat
mungkin disebabkan saya kurang gemar drive menjadi ehailing pilihan utama.
drive kereta hanya kerana perlu dan tiada pilihan sahaja
Lama-lama nanti kerajaan akan kuatkuaskan undang-undang untuk semua perkhidmatan e-hailing
ahmadyani recently posted…Ebook Baru Panduan Lengkap Bagaimana Jual Barang Di Lazada
kuatkuasa undang-undang bagus untuk kebaikan semua pihak
rasanya nak ke KL lagi siapa tahu suatu hari kan guna maxim
jalan dan makan recently posted…Jamur Merang Saus TIram Lezatnya dapat gizinya juga dapat
ya …mas boleh saja.
yang pentimg travel dengan selesa dan selamat
Saya pun baru nak guna Maxim ni. Biasa guna Grab saja. Tambang Maxim jauh lebih murah berbanding tambang Grab, namum dari segi ketepatan data peta, Grab jauh lebih bagus.
ya betul tu…
Maxim murah tetapi belum stabil
Grab setakat ini masih ok
segi ketepatan data peta maksud awak??
boleh awak jelaskan?
nivle recently posted…Cara mudah bisnes online yang ramai orang tak sabar nak tahu
gratis bor
untuk driver MAxim ke..
ya pergi la KL lepas wabak Covid-19 berakhir dengan jayanya
Saya masi guna Grab sbb x rajin belajar guna apps baru – slow learner kalau bab apps, hihihi.
Zurainny Ismail recently posted…Lifelong Learning with TED Talks and LinkedIn Learning
Grab lebih stabil berbanding Maxim.
jika keadaan genting..better guna sistem yang stabil kerana kita tidak mahu rugi masa.
kalau nak santai-santai guna sahaja Maxim..apa salahnya
Bgaimana nak install maxim car…tlg ajar saya
cari app maxim di Play Store untuk mereka yang guna telefon jenis Android
Maxim lebih murah cuma sistem tidak begitu stabil.
rasanya sebagai alternatif sesuatu yang wajar
boleh saya tahu, dari mana dapat maklumat tentang latar belakang maxim? contohnya, apps ni seperti yang sudah djelaskan berasal dari negara rusia.
Sis boleh semak di Wikipedia …namun info dalam portal tidak begitu lengkap