Hujan Batu Di Negeri Sendiri Yang Mengemparkan

Ada dua kejadian hujan batu berlaku baru-baru ini.Sebelumnya di Kuala Lipis.Tidak lama selepas itu pula di Kota Samarahan dan Kuching.Kejadian hujan batu tersebut agak mengemparkan kerana amat jarang berlaku.

Hujan batu terjadi melalui proses pembentukannya kondensasi wap air dingin di atmosfera pada lapisan di atas takat beku.Puncanya dari awan petir.

Dalam bahasa mudahnya, air yang berada dalam awan yang membeku menjadi ais lalu jatuh ke permukaan bumi.Ada saiz besar dan ada saiz yang kecil.

Mengikut teori sains,fenomena begini adalah hukum alam yang semulajadi sifatnya.Namun sebagai orang yang beriman hujan batu adalah bukti kekuasan Allah Yang Maha Kuasa.

Hujan batu yang turun dengan saiz yang besar memang bahaya,Boleh membawa mudarat dan kecederaan jika terkena pada manusia dan harta benda.

Dalam ada itu kita beranggapan bala dan musibah akan melanda.Memang betul sekiranya kemungkaran berleluasa tanpa ada pihak yang menjalankan tugas Nahi dan Mungkar.

Bala tidak mengenal siapa.Pakejnya adalah  semua tanpa ada pengecualian.

Artikel berkaitan

48 thoughts on “Hujan Batu Di Negeri Sendiri Yang Mengemparkan

  1. Tak pernah lagi lihat hujan batu sepanjang hidup ni. Masa kecil2 mak selalu cerita hujan batu turun di sekitar rumah tpi masih juga tak sempat nak tengok..

  2. Mrs. A pernah juga alami hujan batu ni time tu kat kampung.
    Kecoh betul Mrs. A dengan emak time tu yang kelakarnya siap makan ais tu hehehee…

  3. Ohh …, di Malaysia juga terjadi hujan es !.
    Di kotaku juga pernah terjadi, pakcik.
    Banyak genteng rumah jadi rusak.

    Semoga tak terulang lain waktu, ya.
    Menakutkan.

    1. kalau setakat cerita susah nak percaya ..

      kecuali ada gambar atau video sebagai bukti..

      sebab hujan batu adalah fenomena luarbiasa hahahaha

  4. Silap2 boleh memecahkan cermin dan tingkap juga tu dan menyebabkan kemalangan buruk. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.. aamiin.

    1. betul tu..

      inilah tanda-tanda yang nyata kebesaran Allah.

      banyak lagi tanda yang menganjak kita berfikir tentang Pencipta

  5. sy penah alami ms sekolah dulu. bila batu2 ni kena zink, bunyi dah mcm kena bom…takut jg laa ms tu…kena pulak angin kuat… yg jenis tak takut, sempat pulak diorang kutip2 batu tu… konon2 nk mkn hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge