Apa itu Awal Muharram ?

Apa itu Awal Muharram mungkin satu soalan yang biasa kita dengar.

Biasalah tidak semua yang benar-benar faham Tahun Hijrah berbanding Tahun Masihi.

Awal Muharram merupakan detik bersejarah. Pada masa tersebut penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Di sinilah bermula Tahun Hijrah yang kini sudah mencecah 1442H.

Sudah melepasi seribu tahun atau 10 abad atau 100 dekad.

Sambutan awal Muharram di Malaysia tentulah cuti umum. Tahun baharu.

Selain Awal Muharram, hari yang bersejarah ini juga dikenali Maal Hijrah.

Tema tahun ini, Negara Rahmah Ummat Sejahtera. Ok la kan untuk pengetahuan am sahaja.

Mungkin ada pula yang bertanya maksud Maal Hijrah. Jawapan mudah. Tahun baharu dalam takwim Islam.

Masing-masing akan mengucapkan selamat tahun baharu dan jom kita membina azam baharu.

Azam tahun baharu Masihi jangan pula sama dengan azam Awal Muharam.

Hari ini bersamaan 1 Muharram 1442. Muharram adalah bulan Islam yang patut kita ambil tahu selain bulan Ramadan. Hehehe

Saya tidak ceritakan aktiviti Awal Muharram orang lain. Saya cuma ceritakan kisah saya sendiri. Dah nama blog peribadi.

Semalam saya tidur awal. Sangat awal. Maklum sahaja awal tahun. Jam 9 malam sudah terlelap. Jam 10 sudah terjaga balik.

Terdengar bunyi ekzos motosikal besar gedabak. Saya pun tidak tahu mengapa anak-anak muda suka sangat bunyi ekzos besar.

Kalau dekat kampung yang kurang sabar orangnya, mereka akan disumpah berjemaah.

Mereka disumpah seranah untuk perkara yang tidak sampai hati saya tulis di sini.

Hati saya juga marah namun saya sumpah diri sendiri supaya jadi kaya raya. Mudahan mampu hidup di kawasan elit yang tenang dan damai. Ada rumah banglo besar dan kereta supersport mewah yang bunyi ekzosnya juga besar.

Alahai.

Mata sudah segar. Namun saya paksakan tidur semula sehingga jam 2.00 pagi. Pada pagi yang indah ini saya terbitkan dua artikel.

Satu untuk blog Obses Buku dan satu lagi blog ini. Saya berazam untuk terus giat menulis blog.

Saya sedar masa untuk blog terpaksa dikorbankan. Berblogging menuntut masa yang cukup banyak. Kalau tidak berblogging pun masa akan tetap terkorban di Facebook dan Youtube.

Alhamdulillah peruntukan masa di blog sebenarnya ada manfaat. Selain untuk berkongsi cerita, info dan ilmu, saya juga mendapat imbuhan lain seperti kitaran blogger yang suka blogwalking.

Dulu agak meriah. Sekarang juga masih ada namun tidak semeriah dulu.

Akhir kata Selamat Awal Muharam atau Salam Maal Hijrah 1442 untuk pembaca blog ini. Tanpa pembaca saya seperti penulis syok sendiri.

Selain itu terima kasih untuk pembaca dan rakan blogger yang suka meninggalkan komentar yang awesome.

Jumpa lagi.

#1Muharam1442

9 thoughts on “Apa itu Awal Muharram ?”

    • hanya bersabar boleh menenangkan fikiran..

      nak marahkan pun tidak guna juga..

      doa sahaja agar mereka faham perasaan bagaimana sakitnya tuh di sini hahahaha

      Reply
  1. Entah apa seronoknya buat motor bunyi kuat2 sampai ganggu orang lain. Tak de siapa yang rasa dia rider yang gagah perkasa bila buat bunyi motor gitu. Tak de nampak dia kacak pun kalau bunyi motor kuat2.

    Entah apa jenis kepuasan yang diaorang dapat. Padahal dapat sumpah seranah dari orang ada la.Kala orang ramai doakan yang tak baik, dah tentu2 pengakhiran nya tak baik.

    Mana lah tahu dalam ramai2 tu ada doa2 yang Allah makbulkan..

    Reply
    • ustaz sy ckp mereka yg suka kuat kn enjin motor / kereta ni sebenarnya tak ada duit…cuba tgk motor / kereta mahal… mana ada bunyi? tau2 dah lps tggl kn angin je hahahahaah

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: