3 rahsia elak jangkitan Covid-19

Ada tiga rahsia untuk elak jangkitan Covid-19. Rahsia ini saya perolehi dari seorang pemandu Grab baru-baru ini.

Sebetulnya bukan rahsia kerana ia sudahpun terbongkar. Benda yang baik buat apa mahu dirahsiakan.

Pemandu Grab tersebut dapat rahsia ini dari beberapa kakitangan kesihatan yang pernah menggunakan perkhidmatan kereta Grab beliau.

Oh ya! Saya tulis secara ringkas. Lagipun perkara ini bukan perkara baharu lagi.

Saya sekadar berkongsi apa yang telah saya dengar dari beliau. Inilah rahsia konon-kononnya.

1.Dapatkan udara segar

Kalau boleh selalulah untuk dapat udara segar. Jangan pulak sekali-sekala.

Saya juga tidak tahu apa alasan disebaliknya.

Udara yang bersih dan segar baik untuk paru-paru. Logik tak.

2.Sanitizer apa yang berkaitan

Kalau pakaian, boleh basuh selalu.

Kalau tangan cuci atau guna bahan sanitizer.

Amalkan norma baharu ini setiap masa ketika berada di tempat awam.

3.Sentiasa guna pelitup muka

Perkara ini wajib sebenarnya.

Kalau tak pakai boleh kena kompaun.

Jujurnya bukan takut kena kompaun, tetapi takut untuk menyebar Covid-19 atau terjangkiti daripada orang lain.

Virus korona dikatakan masuk dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan.

Penutup

Rasanya itu sahaja rahsia yang saya dapat dari pemandu Grab tersebut.

Perkara biasa sahaja dan perlu diperingatkan juga untuk orang lain.

Sebab saling mengingatkan itu perkara yang mulia.

Betul tak ?

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk kita semua.

Artikel berkaitan

12 thoughts on “3 rahsia elak jangkitan Covid-19

      1. tp org kite ni… jgn harap laa nk memerap kat rumah… panas punggung kalau duduk lelama kat rumah tu agaknya hahaha

  1. saya tambah satu lagi , rahsia elak jangkitan covid: Jauhkan diri dari tempat yang sesak dan ramai orang.

  2. Setuju dengan info mr hanafi di atas. dulu GV selalu batuk2x. tapi lepas covid 19 pkp, syukur alhamdullilah batuk dah takde. rasanya punca udara kotor. skang GV selalu pakai mask, sanitize tangan, dan dapatkan udara segar seperti lalu depan kawasan hijau utk dpt oksigen fresh. so far semua ok. huhu.
    Galaksi Viral recently posted…NASI GORENG PALING POPULAR DI MALAYSIAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge