Buat baik sangat susah, buat jahat senang sekali

Sekali baca macam peribahasa moden pulak tajuk blog saya pada kali ini,

” buat baik sangat susah, buat jahat senang sekali.”

Peribahasa lama biasa kita dengar : “buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali”.

Namun masa sekolah sekolah dulu saya ubah peribahasa ini menjadi :

“buat baik sekali sahaja dan buat jahat berkali-kali”

Maaf.Saya suka bercanda.

Sekarang masih berlangsung PKP.Tempoh dilanjutan sehingga 12 Mei.Selama dua bulan masyarakat di Malaysia duduk rumah.

Tiada sebab selain untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Setakat info 25 April 2020 terdapat 3762 pesakit telah sembuh dari jangkitan Covid-19.Hanya 98 kematian berbanding 5742 yang disahkan positif.

Untuk peringkat dunia sudah hampir 3 juta dijangkiti virus bahaya ini.Jumlah kematian pula sudah mencecah 200 ribu orang.

Itu kisah Covid-19.

Saya ingatkan kepada diri sendiri  untuk terus berada di rumah.Kaedah ini didapati terbaik untuk putuskan rantaian wabak ini secepat yang boleh.

Negara yang paling berjaya kawal Covid-19 akan paling cepat memulihkan sektor ekonomi mereka.

Ok.

Berbalik kepada dua isu yang hangat sekarang ini.

Pertama isu tuntutan pelarian Rohingya menjadi tular.

Kedua isu Ustaz Ebit Liew kena kecam.

Dalam isu Rohingya saya cuma berpendapat, mereka adalah manusia teraniaya di tanah air sendiri.Kalau tidak mengapa perlu menjadi pelarian di negara orang.Mereka perlu dibantu secara berjemaah bersama negara lain bawah kelolaan UNHCR.

Sebagai netizen dan warga media sosial, mengutuk dan mengecam sudah sebati dalam budaya kita hari ini.Lama-kelamaan akan sejuk dan berakhir macam tu sahaja.

Belum reda isu Rohingya, timbul lagi kisah Ustaz Ebit Liew yang dikecam kerana turun padang menyantuni golongan asnaf.

Ada pihak yang tidak puas hati kerana tindakan begini memalukan pihak tertentu.Sedangkan Ustaz Ebit sudah buat kerja amal begini sejak dulu lagi.Baik secara sembunyi atau secara terang-terangan.

Pihak ini rasa terkilan kerana netizen mula menunding jari kepada pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan mereka.

Mengapa perlu mencari kesalahan berbanding cara penyelesaian?

Dalam isu ini saya mengambil dua sisi pandangan.

Sisi positif dan sisi negatif.

Dari sisi positif tindakan Ustaz Ebit memang wajar.Allah pilih beliau untuk membantu golongan asnaf ini.Bukan saja-saja mereka dapat bantuan begitu melainkan Allah yang hantar.

Dari sisi negatif pula, ujian berat untuk orang yang berbuat baik.Tindakan membantu orang orang susah perlu lalui prosedur dan tatacara yang betul.Langgar hukum ini buat baik dilihat sebagai buat jahat.

Beginilah cara manusia menilai.Masing-masing ingin mendapat perhatian manusia berbanding kerana Allah Taala.

Berbuat baik kerana Allah Taala tidak mengira depan atau belakang manusia.Yang penting golongan yang dibantu dapat manfaat.

Malah mereka tidak kisahpun ada atau tidak pujian melakukannya kerana keikhlasan semata-mata.Ikhlas tanpa berharap apa-apa.

Jelas, buat baik menjadi perkara yang susah pulak.Buat jahat sangat mudah.Bahkan terbuka untuk semua orang.Tidak kira siapa kita.

Namun cuba fikir guna hati nurani.Buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.Ini penilaian dan ganjaran dari Allah SWT.

Sekian dulu curahan hati saya ini.Tak tahu kategori yang mana; baik atau jahat.

Selamat berpuasa dan duduk rumah.Sabar itu indah.Tenang itu anugerah.

3 Ramadan 1441H

6 thoughts on “Buat baik sangat susah, buat jahat senang sekali”

  1. Kes Ustaz Ebit Lew ini memang ramai sangat yang cemburu dan rasa iri hati. Golongan ini kadang memang tak boleh lihat orang melakukan perkara kebaikan.

    Sekurang-kurangnya ada juga insan yang baik hati membela golongan yang susah.
    Ikhtiar MY recently posted…Hikmah Ramadan 1441 HijriMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: