Kedai makan di kota samarahan cukup banyak. Tidak kira untuk bersarapan, makan tengah hari atau makan malam ataupun saja-saja makan.
Pada hujung minggu lepas saya dan famili berkesempatan untuk bersarapan di kedai.
Biasa saya bersarapan di rumah.
Saya sendiri masak kerana menu sedikit berbeza dengan ahli keluarga yang lain.
Yang pasti hasil air tangan sendiri tiada tandingannya. ( masuk lift sendiri tekan hehehehe)
Sekali-sekala boleh juga ‘buang tabiat’ untuk bersarapan di kedai makan.
Kedai makan di kota Samarahan

Lagipun lokasi kedai makan di Kota Samarahan ini tidak jauh dari rumah.
Saya pilih menu rojak ayam di Restoran Habibi Kota Samarahan
Menu ini dijual gerai yang ada dalam kedai.
Harga RM7.00 untuk sepinggan.
Murah.
Puas hati makan.
Rasa juga sedap dan tidak mengecewakan.
Ada telur, cucur, hirisan ayam dan timun serta lobak yang diracik halus.
Kuahnya pula masin secukup rasa.
Ada rasa-rasa manis yang tidak keterlaluan.
Bahkan masa menunggu juga tidak lama.
Kebetulan pula belum ramai pelanggan meskipun pada hujung minggu.
Oh ya, penyediaan rojak ayam sangat mudah.
Potong sana dan potong sini.
Letak dalam pinggan dan tuang kuah ke atas rojak tadi.
Cuma penyediaan kuah agak mengambil masa.
Tapi ia sudah disedia awal.
Akhir sekali buat perhiasan supaya menarik dan memancing selera para pelanggan.
Siapkan sudu dan garfu.
Dah siap.

Setelah membayar harga, saya terus menikmati hidangan sarapan di kedai makan di kota Samarahan dengan rasa kesyukuran.
Nota kaki:
Restoran Habibi Kota Samarahan
Alamat: Ground Floor Shop House Thereon Lot 19 & 20, Lot 3812, Phase 11, Jln Datuk Mohammad Musa, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
emmm…terlihat sedap rojak ayam..sehat juga..memang kalau makan di suatu tempat…penyajian cepat,rasa nikmat ,tempat bersih dan harga murah jadi nilai tersendiri untuk bisa balik lagi kesana…selamat menikmati
ya..boleh tahn sedap juga nie..
kurang berminyak dan boleh dikatakan jug makanan sihat
Saya rojak begini kurang suka. Suka rojak buah.
Oklah kalau cepat servis.
selera masing-masing memang tidak sama…rojak buah pun saya suka
Belum pernah lagi ke Restoran Habibi sebab bila balik ke rumah mertua di sana, selalunya sarapan di rumah je. Ayah mertua suka makan nasi dicampur dalam air kopi bila bersarapan semestinya menu tu takde dijual di restoran! 😄
Kedai ini baru lagi…premis ini dulunya Restoran 1Malaysia
Wah… saya tak pernah cuba rojak ayam. Rojak biasa tu, selalu juga. Yang ada cucur udang, tauhu, kek ikan, dan lain-lain. Lain kali boleh try. 🙂
Nur recently posted…Dalam gerimis
Rojak ayam sebab dalamnya ada hirisan ayam..
yang penting rasanya sedap…lain kali bolehlah cuba rojak ayam
Tak pernah try lagi rojak ni…
hahaha…jom al try uncle
ada di jual mana-mana restoran
salam kenal dari indonesia, saya kira resto puyanya mantan presiden indonesia, Prof BJ Habibie 🙂
Kang Ismet recently posted…Membuat Keterangan Gambar (Caption) dalam Gambar
ya…salam kenal juga…mungkin ide ada bermula dari nama mantan Presiden
RM 7. 00? ( kira2 = Rp 20.000) Kurang lebih sama dengan tarif makan di daerah2. Indonesia. Terima kasih telah berbagi informasi. Selamat menunggu waktu subuh.
Harga ini murah ke mahal kalau di Indonesia ?
sedapnyaaa rojak ayam. suka kuah banjir2 mcm tu. barulah rasa puas makan 😁
Diakui rojak ayam ini memang sedap…makan oun layan tau !
Sesekali layan makan sarapan di kedai, okey jugak..Rojak saya kurang gemar tapi favourite husband…
Fieza Sani recently posted…Healing Cara Sis Untuk Merawat Hati
lain orang lain cita rasa..
biasa lelaki memang suka rojak hehehe