Pendapatan selepas bersara selalu menjadi isu bualan hangat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah mencecah usia separuh abad.
Sepatutnya isu ini harus difikirkan seawal mungkin yakni sebelum memasuki dunia pekerjaan lagi.
Orang bijak merancang kewangan untuk persaraan.
Mereka menggunakan formula bajet 50:30:20 dalam pengurusan kewangan.
Orang kurang bijak pula akan berbelanja sesuka hati ketika hari gaji dan sukar untuk menahan emosi apabila berdepan dengan selonggok wang.
Itulah sikap ramai orang dan saya termasuk dalam golongan tersebut pada zaman muda-muda dulu.
Setelah puluhan tahun bekerja dan ketika usia begini, timbul kesedaran mendalam.
Berbekas rasa penyesalan.
Namun penyesalan sahaja tidak ada gunanya jika tiada tindakan susulan untuk membetulkan keadaan.
Pendapatan selepas bersara
Antara langkah wajar, saya merancang untuk terus menjadi penulis blog sebagai kerjaya terbaik selepas bersara.
Walaupun saya tahu, bidang penulisan semakin terhimpit dengan kemunculan konten yang lebih interaktif seperti video melalui Youtube dan Tiktok.
Bahkan persaingan sengit akan wujud dalam bidang ini kerana kewujudan AI ( kecerdasan buatan ) dalam penghasilan artikel yang lebih tersusun, ada fakta solid dan maklumat yang lebih komphrensif.
Malah sukar untuk membezakan yang mana tulisan asli dengan artikel dari ChatGPT.
Penulis blog boleh menjana pendapatan pasif dan aktif.
Misalnya menulis ayat jualan seperti dalam CopywritingHebat.com
Biarpun tidak seagresif dan sekencang dari platform media sosial yang lainnya.
Perancangan kedua pula saya ialah mahu menjadi jurulatih kecergasan.
Bidang ini akan mendapat pemintaan tinggi kerana trend pada masa akan datang orang mahu sihat dan takut mati ( ayat skema ).
Golongan berusia lebih fokus untuk menjaga kesihatan dan memerlukan jurulatih kecergasan untuk membantu mereka mencapai objektif.
Kini sudah kelihatan trend golongan emak-emak ligat dan aktif di pusat kecergasan dalam mengekal dan membentuk tubuh yang diingini.
Yang pasti mereka ada kuasa beli tinggi kerana golongan ini semakin kurang komitmen berbentuk kewangan.
Dalam masa yang sama mereka ingin cantik dan anggun pada mata suami.
Jadi kemampuan untuk membayar khidmat jurulatih kecergasan bukan halangan.
Peluang ini wajib diambil oleh golongan hawa sendiri dan jangan biarkan golongan adam mengambil bahagian.
Patuh syariah itu wajib di mana-mana.
Selain daripada itu saya masih berminat untuk berniaga selepas bersara dengan syarat tidak menggunakan modal duit yang banyak.
Zaman sekarang ini, modal duit bukan faktor terpenting untuk berjaya.
Bisnes digital yang dijalankan orang ini pun hanya bermodalkan bawah RM1000 sebagai permulaan.
Yang penting ada kursus selepas bersara agar pengurusan bisnes lebih praktikal atau mudah diaplikasi.
Itu kisah peribadi dan bagaimana pula dengan pendapatan selepas bersara kepada kebanyakkan orang.
Alur rezeki kita berbeza.
Saya menukilkan beberapa pengalaman selepas bersara oleh kenalan yang pernah saya jumpa.
Kenalan pertama pesara kerajaan.
Dulu pernah jadi polis dan saya tidak bertanya apa pangkat teringgi beliau sebelum bersara.
Saya perhatikan dia banyak meluangkan masa untuk beribadah di masjid.
Hidup terurus dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan rutin yang diimpikan oleh orang beriman.
Pendapatan lepas bersara dapat dari wang pencen.
Itu memandai daripada tiada langsung pendapatan atau mengharap belas ihsan orang lain.
Kenalan kedua bekas pekerja badan berkanun.
Hidupnya agak menyedihkan juga kerana wang KWSP habis digunakan membayar pinjaman perumahan tertunggak selepas pencen.
Kini menyara hidup dengan kerja amal tanpa pendapatan tetap.
Sungguhpun kehidupan nampak sukar, tapi beliau mengakui boleh hidup dengan rasa tenang dan tiada tekanan.
Kenalan ketiga pula lain ceritanya.
Selepas bersara dari pekerjaan sebagai pensyarah, kini beliau mengetuai organisasi yang disegani masyarakat.
Ada wang pencen untuk kegunaan harian.
Malah ada pendapatan baharu yang lebih gah untuk simpanan beberapa tahun yang mendatang.
Tidak semua ada peluang menduduki carta tertinggi dalam kerjaya selepas bersara.
Kesimpulan
Pendapatan selepas bersara boleh jadi semakin banyak.
Namun majoritinya semakin sedikit dan tidak mencukupi.
Apa yang boleh kita lakukan sebelum bersara ialah merancang kewangan walaupun realiti tentang ajal entah sempat atau tidak.
Had umur tertinggi untuk kita masih hidup mungkin dalam lingkungan 80 tahun sehingga 90 tahun.
Jika bawah daripada umur tersebut memamg biasa dan kita hanya perlu bersedia sebelum pergi buat selama-lamanya.
Setelah pergi dari alam ini, pendapatan kita sudah tidak bermakna lagi melainkan pahala dan rahmat kurniaan Illahi.
Wallahualam.
selagi muda berusahalah giat dan mengatur keuangan agar tak menyesal kemudian hari,jika sudah berumur / pensiun,mau mencari pendapatan pun agaknya tak bisa seperti dulu,apalgi kesehatan mulai menurun ,tapi tak boleh patah semangat
begitulah aturan hidup..
kalau betul perancangan dan terus ada kerja …in shaa Allah hidup mudah untuk dijalani
Uncle kaau boleh hari ni nak bersara… tapi takde persiapan! ahahhaah
bekerjalah sampai kudrat masih ada uncle hehehe
bersara akan menyebab masa begitu panjang tanpa kerja
Tidak sangka MrHanafi hendak jadi jurulatih kecergasan. Kenalah banyak stamina mengajar orang kan?
ya…saya mahu kerana nak bantu orang jadi sihat dan memiliki tubuh badan yang menarik
Saya dan suami merancang nak jadi tuan tanah kedaun (cerita P. Ramlee). Tiap-tiap bulan, kutip sewa. Rumah dah ada. Tapi, nak jadikan homestay. Kami duduk rumah kecik pun takpe. Mudahan-mudahan hajat saya, dan Encik Hanafi juga menjadi kenyataan. Aminn…
Nur recently posted…Dalam gerimis
bagus juga perancangan tu..
bila sudah ada rumah honestau senang juga nak promote bila ada blog..
semoga impian dan hajat kita kesampaian
saya plan nak buka dobi. so bisnes bleh pantau dr jauh dan kudrat pun x byk… hehe insya allah…
Aamiin…semoga berjaya nanti.
ada juga income replacement selepas retire
ya, menjadi blogger mmbuat kita byk berfikir utk menulis content…pernah terbaca kena jg kesihatan mental utk elak dementia…sekrg byk passive income – jd affiliate, digital marketing…dulu ada plan nak buka tadika tapi mcm malas pula, ..haha..
kalau ada modal dan sanggup modal hangus ( jika tidak berjaya) atau modal jadi untung jika bisnes menjadi…on saja kalau nak bukak bisnes…kan