Ketika menonton TV1 saya terdengar informasi berkenaan waktu makan yang betul untuk diet. Wah, ini merupakan perkara menarik dan mengujakan.
Informasi tersebut disampaikan oleh pakar nutrisi.
Beliau merupakan wanita yang sudah berusia tetapi menpunyai tubuh badan yang ideal dan masih menarik.
Ya, sebagai individu yang bakal menginjak usia separuh abad, bab kesihatan memang menjadi keutamaan saya.
Visi saya untuk menikmati sihat sepanjang hayat.
Kesihatan merupakan rezeki besar selain bahagia, tenang dan wang yang banyak.
Bukan sekadar berangan-angan dan berimpian, saya wajar realistik dengan melakukan tindakan bersungguh-sungguh.
Antaranya memilih waktu makan yang betul untuk diet.
Jangan salah anggap, diet bukan semata-mata untuk kurus.
Diet untuk sihat dan cergas.
Sebab itu saya makan tidak boleh sesuka hati dan mematuhi masa tersebut dengan betul.
Waktu makan yang betul untuk diet
Sarapan pagi
Jika nak diet jangan langkau atau skip sarapan.
Orang yang skip sarapan melemahkan kadar metabolisme.
Orang yang mempunyai kadar metabolisme rendah mudah naik berat badan.
Walaupun realitinya metabolisme badan akan merosot dengan peningkatan umur.
Jadi masa terbaik untuk sarapan adalah di antara jam 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi.
Menu sarapan pula hendaklah pelbagai setiap hari.
Jika hari ini makan nasi lemak, maka esok ganti pula dengan mihun goreng atau sup.
Makan tengah hari
Ingat waktu ideal untuk makan tengah hari antara 11.30 pagi sehingga 1.30 petang.
Elakkan makan terlalu lewat seperti pukul 2.00 petang.
Portion untuk makan tengah hari menggunakan formula suku-suku separuh.
Anak saya kata, nasi dan lauk ikan suku-suku sahaja.
Sayuran atau buah-buahan pula lebih baik separuh.
Makan malam
Bahagian yang paling kritikal ialah waktu makan malam.
Usahakan untuk makan malam sebelum pukul 8.00 malam.
Jika makan lepas waktu tersebut, tidak bagus untuk sistem pencernaan.
Bagaimana kalau pada waktu malam berasa lapar?
Jika situasi berlaku, kalian boleh minum air yang tinggi protein seperti whey protein.
Pilihan lain makan buah-buahan kerana kalori yang rendah.
Sebaik-baiknya tidur hanya lepas dua jam waktu makan.
Kesimpulan
Waktu makan yang betul untuk diet boleh kalian cuba dan amalkan bermula hari ini.
Jangan tunggu esok kalau ada peluang untuk berbuat sekarang.
Betul kan…
Berusahalah untuk kekal sihat sepanjang hayat.
Kena ikut waktu makan ditetapkan.
bagi mereka yang ada disiplin boleh ikut
insya allah sis cuba ye
alhamdulillah…terbaik kalau begitu
saya sebetulnya ga diet si..karena badan termasuk kurus..tapi menjaga pola makan memang penting tak sekedar untuk penampilan tapi juga untuk kesehatan
kekal kurus jika dalam dalam ideal BMI..
diet memang untuk sihat
Ada terbaca, untuk turunkan berat badan kena berhenti makan sebelum pukul 7 malam. Maksudnya berpuasa 12 jam sebelah malam sampai esok paginya selepas pukul 7 pagi baru sarapan.
boleh juga kerana ia seperti puasa intermitten..puasa tapi boleh mimum air
tapi sejak ikut intermitten fasting, waktu makan saya totally berubah .. saya ikut waktu yang 11-7. artinya saya mulai makan jam 11 siang, dan harus stop jam 7 malam. tak bisa makan lagi sampai jam 11 siang berikut. kalo lapar sangat boleh air putih atau buah saja.
so far lebih cocok untuk diet saya bang. jadi dalam masa 16 jam, perut terbiasa kosong untuk lambung istirahat sebentar. kalori juga lebih terjaga.
sebenernya tinggal pilih yg terbaik buat masing2 orang. bagi saya intermitten fasting lebih cocok. tak payah hitung kalori.
terpulang dengan cara atau kaedah masing-masing untuk diet.
objektifnya cuma satu iaitu defisit kalori
Oooo… diet pun ada waktu eh?
sudah bentu uncle…inilah dinamakan disiplin
untuk makan malam sy cuba makan sblm pukul 7. paling lewat sblm pukul 8. kalau dah lps waktu tu, wpn lapar sy just minum air je… tak nak.lapar lama sgt sy tido awal hehhe
wah…bagus
moga istiqamah berbuat demikian
aminnn..
Aammin..sihat itu benar
Saya selalu sarapan lambat. Lebih kurang macam komen Fanny di atas. Intermittent fasting. Sarapan pukul 10 pagi. Dinner sebelum pukul 6 petang.
Nur recently posted…Ikan keli sambal hijau
Yang itu pun boleh kerana tujuannya untuk elak lebihan kalori
breakfast tu rasa payah sikit sbb kena gi bersiap gi kerja….selalu sarapan di pejabat lps kul 9 pagi…
tak pe bro…terpulang dengan masa dan gaya hidup masing-masing
Baru kali ini saya tahu kalau skip sarapan justru melemahkan metabolisme dan justru membuat berat badan cepat naik. Terima kasih informasinya, Uncle.
Dan untuk tips dietnya, sangat berguna sekali. Karena saya ingin diet yang sehat hehehe jadi ini menjadi pengetahuan bagi saya
sama-sama kita berbahagi info…moga memberi manfaat kepada kita semua