Apakah ketakutan terbesar dalam hidup ini ?

Mungkin ada di kalangan kita mengalami ketakutan terbesar dalam hidup. Mungkin diakui secara nyata atau diakui diam-diam dalam hati.

Setuju atau tidak ? Kalau setuju jom teruskan bacaan artikel ini hingga ke noktahnya.

Kalau ditanya dengan saya, sudah tentu saya takut dengan tiga perkara ini.

Ketakutan terbesar dalam hidup

ketakutan terbesar dalam hidup

 

Satu daripada ketakutan terbesar dalam hidup saya ialah kedatangan maut secara tiba-tiba.

Memang takut mati tatkala iman senipis bawang.

Memang belum bersedia mati jika luasnya amal hanya sekangkang kera.

Memang belum mahu mati kerana banyaknya dosa setinggi gunung.

Mudahan ada kesempatan masa dan ruang waktu serta diberi hidayah untuk sentiasa bertaubat.

WAJIB BACA :   Review Alcatel Onetouch Pixi3

Ironinya wajar takut mati kerana tahu bekalan amal, titik dosa dan kutipan pahala seperti belum cukup kuota.

Bahkan amal banyak mana sekalipun belum pasti Allah terima atau tidak.

Apapun selagi masih diberi kesempatan umur, in shaa Allah berusahalah untuk dapatkan reda Allah.

Keduanya, ketakutan kepada usia tua atau menjadi warga emas.

Ketika berusia 85 tahun, kita akan kurang produktif.

Tidak lagi bekerja.

Tidak  berdaya lagi melancong ke Dubai, Paris, Seoul atau Tokyo.

Tidak berupaya lagi memecut laju kereta Toyota GT 86 atau Toyota Sport Supra.

Itulah nikmat dunia dan kebanggaan sementara yang terpaksa dilupakan terus.

Bersyukurlah dengan apa yang ada walau hanya memakai jam G-Shock hitam..

WAJIB BACA :   Kembali ke gym Samarahan lepas cuti Raya 2022

Ini sebab terakhir atau yang ketiga tentang ketakutan terbesar dalam hidup saya secara peribadi.

Tidak lain dan tidak bukan tentunya membaca grup Whatsapp kerja ketika offday.

Saya percaya 90 peratus orang yang bekerja faham bahawa ketika offday tiada lagi urusan tentang kerja.

Kalau ada sekalipun, ia merupakan isu besar yang boleh mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam atau soal hidup dan mati.

Selagi perkara remeh dan isu yang boleh dianjakkan semasa hari bekerja mengapa tidak berbuat demikian pada masa tersebut.

Bukan tidak mahu ambil tahu tetapi emosi dan fikiran ketika offday untuk keluarga dan diri sendiri.

Bukan mementingkan diri sendiri tetapi masa offday adalah waktu terbaik untuk melepas segala tekanan  dan bebanan kerja buat sementara.

WAJIB BACA :   Apabila Perasaan Cinta Tidak Berbalas

Bukan sengaja melarikan diri dari tempiasan pekerjaan tapi demi kesihatan mental agar hidup lebih seimbang dan harmonis.

Jadi wajar ketakutan untuk membaca grup Whatsapp kerja masa offday boleh berlaku.

Nasib baik, telefon untuk grup Whatsapp saya letak jauh-jauh dan hanya sekali-sekala dibuka.

Kesimpulannya, ketakutan terbesar dalam hidup boleh ditangani dan diatasi dengan sentiasa bersedia, sedar diri dan bijak mencari waktu untuk diri sendiri tanpa terganggu oleh perkara yang tidak disenangi.

Semoga ada manfaat juga untuk kalian semua.

Comments 8

  • kematian yg mendadak ada yg syahid kecil tapi itulah kan, kita tak byk amal, dosa banyak…semoga kita istiqamah dlm membuat amal & sentiasa istighfar dan bertaubat..

    no. 3 tu…haha…bila tengok whatsapp pejabat naik, intai2 mcm tu je…hihi..tetiba bos telefon…yg tu takleh nak elak…huhu..

  • dulu sy takut kalau jumpa doc then doc ckp mcm ni: kami dapati awak disahkan menghidap kanser xyz di tahap 4!

    laa ni sy plg takut jadi kufur nikmat sbb antara manusia plh celaka di muka bumi adalah mrk yg kufur nikmat

  • sama sayapun takut dengan vonis ttg penyakit ataupun ttg kematian..karena amalan masih sangat sedikit.sedang dosa tak terhitung..semoga Allah masih memberi kesempatan.. amiin 🤲

  • Saya takut lipas terbang, juga takut anjing time jogging. Tapi, buat-buat berani je la.
    Beringat tentang mati tu bagus, supaya kita tak lengah-lengah solat dan kumpul amal banyak-banyak.
    Bagi saya, saya jalani hidup hari demi hari. Tak mau fikir jauh sangat, lagi 30, 40 tahun. Serah pada Allah je. Amal ibadat kita diterima atau tak, itu bukan kerja kita. Kita buat je. Anda buat, anda dapat. 🙂
    Nur recently posted…Rejeki hari iniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge