Jawapannya ya dan mungkin juga tidak.
Kenapa saya berkata demikian?
Hidup ini mudah jika kita sudah setkan minda jadi mudah.
Mudah dapat duit.
Mudah cari rezeki.
Mudah dapat jodoh.
Teringat saya dengan doa kawan saya setiap kali lepas solat.
Dia minta kepada Allah SWT untuk permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Segalanya mudah dan dipermudahkan.Boleh rujuk artikel sebelum ini berkaitan Hukum Tarikan.
Namun boleh jadi susah kita kita setkan pemikiran bahawa hidup ini memang susah.
Susah hati.
Susah nak dapat kerja.
Susah cari duit
Segalanya susah kerana minda bawah sedar sentiasa bekerja dengan cara yang susah.
Isu ini timbul setelah saya terkesima melihat ada insan begitu gigih mencari rezeki.
Tengah-tengah azan Maghrib berkumandang ada lagi insan sibuk mencari rezeki.
Dia terpaksa menyelongkar sampah untuk mencari sesuatu yang boleh dijual atau diguna semula.
Tak akan selamanya dia jadi begitu.
Saya hanya mampu berdoa agar Allah murahkan rezekinya supaya tidak begitu susah dalam hidup ini.
Biarlah dia hidup senang dan kaya.
Bolehlah dia bayar zakat dan bersedekah sana-sini.
Begitulah kehidupan.
Apa yang saya paparkan cuma sekelumit contoh.
Tidak layak untuk saya menilai kehidupan orang lain.
Apatah lagi memandang rendah.
Teringat saya kepada satu artikel sebelum ini iaitu Membuka Pintu Keajaiban.
Dalam artikel tersebut saya ada menulis cara mudah mendapat rezeki dengan memulia dan membahagiakan orang lain.
Itu sahaja kuncinya.
Hidup ini mudah jika tahu cara dan aturannya.
Sekian.
Semoga ada manfaat dan jomlah kongsikan jika rasa ada bermanfaat.
p/s: Harap selepas ini ada pembaca yang sudi sertai Channel Telegram saya
Niat dan apa yang disetkan itu sangat-sangat penting.
niat kepada Allah…
perbuatan & tindakan kerana Allah.
saya percaya semuanya akan dipermudahkan
kalau positif yg kita selalu fikirkan insyallah dpt positif, kalau asik negative je… dapat yg negatif jugak
Good itulah yang saya maksudkan
Jadi Zumal kena setkan hidup ini mudah la. Kan…
ya bro..
cubalah.
tak rugi mencuba
Terima kasih bro
sama-sama bro
segalanya bermula dari diri kita dan minda kita sendiri..
sunah sakura recently posted…Wordless Wednesday: Lipad Mud Volcano, Tabin Wildlife Reserve
aok
benar ya.
Betul. Apa yang kita fikir, itulah yang kita dapat. Kan kita adalah apa yang kita sangkakan. Sebab tu, kita kena selalu positif dan bersangka baik je.
Wan Syahida recently posted…Peluang Bisnes Shaklee – 3C Yang Sangat Awesome!
good..
pandangan yang bernas
hidup ni jgn pandang mudah tu je
hahahaha…
mudah untuk spin pendapat nie
ya Allah..mudahkanlah hidup kita semua =)
aamiin…
Semoga Allah sentiasa permudahkan apa jua urusan kita semua dan beroleh keberkatan dunia dan akhirat… aamiin.
aamiin dan terima kasih tuan
Mati juga boleh jadi susah.
Wan recently posted…Siri Bercakap Dengan Duit: Pengenalan kepada buku Think and Grow Rich.
hahahaha…
macam-macam ada
Rasanya tak semudah mana. Kena berusaha juga hehe mana ada yang tergolek-golek mai dekat kita kan tapi kalau ada memang rezeki betul tu. Bertuah badan
kan..
hidup mudah adalah subjektif.
boleh jadi mudah dan boleh jadi susah