Belajar SEO Google Search menjadi komitmen yang berterusan. Tidak boleh berhenti kerana bidang SEO sentiasa berubah.
Perubahan berlaku setiap tahun sehingga tidak terkejar oleh kita.
Eh..tunggu dulu..apa itui SEO ?
SEO adalah singkatan kepada search engine optimization .Menurut Wikipedia SEO adalah “the improvement of unpaid results”.
Dalam erti kata yang lain proses mendapatkan trafik percuma ke blog atau website berdasarkan carian kata kunci oleh pencari maklumat.
Trafik atau pengunjung adalah nadi kepada sesebuah blog.Tiada trafik maka tiada pembaca.Tiada pembaca tiada bisnes sekiranya blog tersebut ada menjual sesuatu.
SEO amat penting kepada pemilik blog dan penting juga kepada pembaca.
Sebelum ini saya pernah belajar seo pdf.Beli dari seorang sifu SEO dengan harga mampu milik.
Dah lama juga.
Ketika itu tahun 2017 dan seperti mana yang saya katakan tadi ilmu SEO sudah berubah.
Jadi saya gatal tangan ( bukan gatal dengan ramai perempuan ) untuk belajar SEO Youtube pulak.Sebetulnya pelajari SEO melalui Youtube.
Terjumpalah saya dengan seorang cewek cantik yang menerangkan ilmu belajar SEO Google Search menggunakan on page SEO.
Table of Contents
Belajar SEO Google search
Inilah topik yang menarik minat saya sebenarnya.Cewek cantik tu tolak tepi dulu.Jika teringin nak lihat cewek cantik ini terus sahaja ke videonya ye.
Saya tidak cemburu pun sebab saya sudah ada saya pilihan sendiri. ( kata adala doa)
hahahaa..sekadar gurau tau!
Belajar SEO dan SEM berbeza.SEM saya tidak terangkan dalam artikel.Nanti keliru dan pening.Bukan pembaca.Sayalah yang terkial-kial untuk menerangkan kepada pembaca nanti.
Ada pelbagai kursus SEO yang dianjurkan oleh pakar di Malaysia.Namun sejak kebelakangan ini tidak sepanas dulu.
Tiada pulak kaitan dengan Covid-19.
Saya berandaian dunia SEO sudah sejuk.Lagipun pengaruh media sosial lebih ketara dengan sistem kumpul follower, isu tular dan sebagainya.
Lama-kelamaan bidang SEO semakin terpinggir di hati para blogger termasuk saya la kot.
Bagaimanapun memang ada pihak yang menyediakan perkhidmatan SEO kepada para pelanggan dengan bayaran yang lumayan.
Di Indonesia dikenali sebagai jasa SEO.Mereka bertanggungjawab untuk meningkatkan website ranting Google para pelanggan.
Sekiranya blogger atau pembaca ataupun pelanggan tidak berminat dengan SEO, tidak juga ada masalah.
Mereka boleh menggunakan Google ads supaya website atau blog berada pada capaian utama pencari maklumat.
Syaratnya ada duit untuk dilaburkan atau dileburkan.Terpulang kepada anda sendiri.
Sekiranya belum faham bab belajar SEO Google ayuh kita lanjutkan ke penerangan berikut.
Menurut cewek cantik dalam video ini ada 9 cara untuk memastikan artikel kita berada di halaman terbaik Google menggunakan On page SEO.
1.Konten yang berkualiti
Konten yang berkualiti ialah konten yang menjawab soalan atau menemukan solusi kepada carian pembaca.
Cabaran untuk menghasilkan konten berkualiti bukannya sedikit.Perlu huraian mendalam dan spesifik.
Sebelum menulis buat kajian atau fahamkan topik yang diingin ditulis.Kaedah ini mengambil masa dan perlukan kerajinan tahap tinggi.
2.Guna permalink yang sederhana
Blogger yang bermain di platform WordPress boleh menggunakan permalink yang diingini.
Ada setting yang perlu dilakukan.Lebih mudah rujuk sahaja video ini.
Jangan pula tenung cewek tu..nanti jatuh cinta pulak.
3.Cipta headline yang awesome
Tajuk atau headline sesebuah artikel amat bergantung kepada emosi pembaca.Jika tajuk menarik dan memancing minat, tidak susah untuk mendapat klik dari pembaca.
Macam tajuk artikel ini, pasti menarik minat lelaki untuk mengetahui.Penggunaan cewek cantik itu lebih mendorong mereka untuk tahu lebih lanjut berbanding isu belajar SEO Google itu sendiri.
Tajuk artikel boleh juga dalam bentuk pertanyaan dan kombinasi nombor.Pilihlah mana yang lebih menarik.
4.Masukkan gambar yang sudah dioptimasi
Meletakkan gambar dalam artikel blog bukan sekadar untuk kelihatan menarik.Pastikan gambar relevan dengan konten.
Barulah senang mata memandang.
Gambar juga dioptimasi dengan alt text agar bot di Google lebih mudah faham.
Selain itu saiz pixel gambar perlu kecil untuk memastikan blog kita lebih ringan dan pantas mengatasi pesaing.
5.Optimum penggunaan heading dan subheading
Heading dalam WordPress menggunakan H1.Istilah lainnya tajuk besar.Guna kata kunci menggunakan H1 dalam artikel.
Pembaca boleh kesan penggunaan H1 dalam artikel ini iaitu belajar SEO Google
Untuk tajuk kecil atau subtajuk boleh gunakan H2, H3 dan sehingga H6.
Setakat ini H6 saya belum pernah guna lagi.Lainlah nak mention nama bakal bini dalam artikel.Ramai yang tak perasaan tetapi robot Google boleh kesan madah berhelah tersebut.
6.Memasukkan internal link
Internal link ialah pertautan link artikel dengan artikel yang lain dalam blog sendiri.
Google lebih mudah crawl artikel tersebut kerana ada pertautan antara satu sama lain.
Pembaca pula akan mudah mencari maklumat yang berkaitan.Sekiranya pembaca lebih lama di blog kita, ini akan merendah bounce rate .
Bounce rate rendah menandakan artikel ini lebih disukai pembaca dan Google pun tumpang seronok.
7.Lajukan blog loading
Blog atau website yang laju dan ringan adalah pilihan pembaca.
Sebab itu usahakan untuk buat blog yang laju.Lagi laju lagi bagus.Misalnya bawah 1 saat.
8.Guna tool Lsi Keyword
Dulu pernah saya guna tool ini.Satu tool yang cukup bagus untuk menganalisis kata kunci yang menjadi carian para pencari maklumat.
Boleh cuba untuk buat kajian terperinci agar mendapat rangkaian kata kunci yang menarik.
Tool LSi ada yang premium ( berbayar).Ada juga yang percuma.Guna yang percuma dulu untuk membiasakan diri.
9.Letakan fokus kata kunci dalam perenggan pertama
Saya biasa buat dan kadang-kadang memang berkesan dalam memastikan artikel berada di ranking yang menarik di Google.
Tidak dinafikan juga memang tidak berkesan pun ada.Lebih-lebih lagi bersaing dengan artikel blog lain yang lebih baik dan berkualiti.
Kesimpulan
Hingga ke hari bidang SEO masih mencabar buat saya.Semakin lama belajar semakin tak tahu pun ada.Harap ada peluang untuk belajar SEO Google secara personal coaching lepas ini.
Perlu diakui tiada jaminan untuk terus berada di halaman utama Google walaupun 9 langkah di atas sudah digunakan.
Neil Patel yang sememangnya pakar dalam SEO pun tidak memberi jaminan artikel boleh berada di halaman utama Google.Cara terbaik jangan berputus asa dan terus mencuba dengan terbaik.
Senang cerita lebih baik belajar sahaja dari Youtube dengan cewek cantik ini.
Tak percaya ke ?
Jom layan.
- Kemas kini 8/1/25
betul tu tuan, SEO masih lagi satu bidang yang saya terus pelajari sampai sekarang, kerana algoritma google berubah2 dari masa ke semasa…susah nak naik ke muka hadapan google sekarang ni..
sunah sakura recently posted…Berbunga Sudah Pokok Misai Kucing Kak Ajan
Untuk naik ke halaman utama ..perlu ada gabungan kata kunci yang rendah persaingan tetapi banyak carian..
jalan kedua…kaedah promosi di media sosial kerana ramai bakal pembaca di sana ..