Tips asas SEO Malaysia untuk Newbie

Tips asas SEO Malaysia untuk Newbie

Tips asas SEO Malaysia yang saya kongsikan ini sangat praktikal untuk tahun 2020.Sejujurnya mudah untuk diikuti terutama Newbie dalam SEO sama seperti saya ( tak mungkin saya malu untuk mengaku masih belajar SEO).

Newbie ialah mereka yang baharu bermula atau perantis.

Sebelum itu, rakan blogger perlu memahami beberapa jargon atau istilah asing untuk bidang SEO Malaysia walaupun info ini sesuai untuk peringkat Asia.

Antaranya keyword, rank, SEO, meta tag dan lain-lain lagi.Sudah tentu saya tidak dapat mengelak dari menggunakan beberapa jargon dalam artikel ini.

SEO Malaysia

belajar buat blog

Tips SEO Malaysia yang akan saya kongsikan mudah dipraktikkan terutama mereka yang berada dalam platform WordPress ataupun Blogspot.

Saya yakin sesiapa sahaja boleh mencuba.Cuma untuk berada di carian utama Google dengan keyword yang sengit memang la mencabar.

Pesan saya,

“Cuba bermain dengan keyword yang rendah persaingan.Tidak apa sebagai permulaan.”

Pesan Neil Patel,

“ belajar SEO perlu passion dan jangan mudah mengalah”

Menurut Neil Patel lagi, cara untuk rank SEO di carian utama Google perlu melalui tiga tips ini.

Kenal tak dengan Neil Patel ?

Kalau belum kenal, saya perkenalkan kepada anda.

Neil Patel juga dikenali dengan gelaran SEO Guy.Beliau merupakan blogger, pakar pemasaran digital dan usahawan yang berjaya dalam dunia online.

Berasal dari keluarga India dan lahir di England.Membesar di Amerika dan mencipta nama di sana.

Neil Patel mula menjana duit dalam dunia online sejak berusia 15 tahun lagi.

Cukuplah.Yang penting buat pembaca dia adalah pakar SEO dan kita boleh belajar dari beliau melalui Youtube, blog dan media sosial yang lain juga.

Kita sambung semula.

Google sentiasa mengemaskini algotrima SEO setiap tahun.Terdapat 200 kriteria yang menentu artikel kita berada di carian utama Google.

Carian utama bermaksud di halaman pertama.Jika berada di halaman kedua memang jarang-jarang orang akan klik

Inilah tiga tips yang perlu dilalui dalam memastikan artikel kita berada di halaman utama Google.Walaupun tiada jaminan 100 peratus sekurang-kurang ada peluang berada pada tempat yang sepatutnya.

Tips pertama : Tulis Deep Konten

Fuhh!

Jika dulu-dulu menulis konten dengan ada keyword cun memang akan naik di halaman utama.Namun sekarang Google mahukan artikel yang lengkap.Huraian mendalam dan penuh bermanfaat.

Mereka mahu pencari maklumat puas hati.Mereka mahu pencari maklumat berada lama di artikel tersebut.Lagi lama lagi bagus sehingga Google menyediakan syarat Bounce Rate.Maksud bounce rate dalam bahasa yang mudah ialah tempoh masa berada dalam blog kita

· Bounce rate rendah = tahan lama
· Bounce rate tinggi = cepat keluar

Artikel yang bagus dalam minimum 500 patah perkataan.Lagi panjang lagi baik.Tujuannya supaya blog kita ada bounce rate yang rendah.

Pengalaman pencari maklumat diambil kira atau User Experience ketika melayari blog kita.Jika mereka puas hati, gembira dan suka ada kemungkinan mereka tahan lama berada dalam blog kita.

Inilah sebab kita perlu menulis konten yang mendalam dan lengkap.Satu cabaran buat blogger yang menitiberatkan pencapaian SEO.

Tips kedua : Maksimakan meta tag/description

Ayat pancing kepada enjin carian dan mata pencari maklumat.Gunakan sepenuhnya dan sebaik yang mungkin.

Pastikan pada bahagian meta tag ini mempunyai keyword yang ingin kita kupas dalam artikel nanti.

Saya bagi contoh artikel ini.

SEO Malaysia

Biasanya meta tag boleh sahaja ayat pertama dan kedua dalam artikel.Panjangnya maksimum 160 patah perkataan.

Untuk contoh ini saya tidak pasti dapat rank dengan cepat atau tidak.Sebab blog saya ini tidak power sangat SEO.

Nak bagi contoh artikel lain segan pulak.Ada juga artikel saya yang bertahan pada ranking pertama SEO dari dulu lagi.

Asas SEO Malaysia

Lain-lain artikel biasanya tidak rank pada kedudukan yang cantik dan ada juga jatuh pada kedudukan menggerunkan.

Tips Ketiga : Google Control Console

Sebelum guna tool ini tolong verity owner domain blog dulu.Kerja setting ini macam rumit dan leceh sedikit bagi mereka yang baharu.

Dulu-dulu kita Cuma submit URL.Kini kita submit url artikel mengguna Google url inspection.

Berita baiknya, tool dari Google ini percuma sahaja.Kalau berbayar ramai yang geleng kepala.

Mungkin ada yang bertanya mengapa perlu guna tool ini.Ada tak yang lebih baik.

Kita rujuk semula tujuan kita menulis artikel.Tujuan utama mestilah supaya dapat Rank yang terbaik di carian Google.

Dapat organik trafik yang sentiasa datang dan pergi untuk mendapatkan solusi kepada masalah yang mereka alami.

Jika mereka bahagia, kita akan dapat pahala dan yang pasti telah melaksanakan tugas sebagai blogger.

Tugas blogger yang mulia ialah memberi manfaat kepada orang lain.

simplu27 / Pixabay

Penutup

Pembaca ada pilihan sama ada untuk menggunakan SEO Malaysia atau media sosial untuk mengetengahkan blog masing-masing.

Pilihan di tangan sendiri.Jika saya tentulah menggunakan SEO kerana dengan SEO sahaja artikel ini berada di halaman utama Google tanpa buat promosi setiap hari.

Pilihan lain juga ada iaitu Adword atau FBad.Semua ini perlukan modal duit dan modal perlu untuk dapat untung jika pembaca yang menulis blog untuk tujuan bisnes.

Tepuk dada tanya minda.Nak buat apa terserah sebab masing-masing ada misi tersendiri ketika memilih menjadi blogger.

Jom share dan boleh subcribe saya di Youtube. 

20 thoughts on “Tips asas SEO Malaysia untuk Newbie”

  1. Saya baru nak belajar pasal SEO ni.
    Terima kasih sebab berkongsi.
    Kena teroka banyak lagi dan slow-slow.
    Takut laju sangat nanti, tercicir ilmu.

    • bagus dan cuba mana yang termudah dahulu.

      belajar fahami demand keyword.

      boleh lihat bagaimana saya bermain keyword di bahagian tajuj dan meta tag..

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: