Benarkan lelaki dan wanita saling memerlukan.Kalau tidak dunia ini akan pincang.Tiada seri dan warna lagi.Kurang bahagia dan harmoni.
Ketika saya scroll akaun Facebook lama saya terjumpa status ini wall sendiri.
Untuk makluman, saya memiliki banyak akaun Facebook.
Ada yang masih aktif ada juga yang saya telah tinggal begitu sahaja.Ini semua atas sebab-sebab masa yang tidak mencukupi.
Beginilah statement status tersebut :
Saya terjumpa pepatah lama..
“lelaki tak boleh hidup tanpa wanita tetapi wanita boleh hidup tanpa lelaki”
Terpulang la betul ka tidak..
Pada pendapat saya kurang betul.Saya tetap dengan pendirian bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan.
Lelaki yang saya maksudnya tidak semestinya suami semata-mata.Lelaki mungkin datuk, ayah, abang, adik dan anak.
Lelaki memang ditakdirkan bersama wanita sepanjang hidup mereka.
Wanita juga begitu.Wanita memanglah ibu, isteri, kakak, adik dan juga anak.
Jelas, lelaki dan wanita saling memerlukan.Masing-masing ada peranan tersendiri dalam mewarnai kehidupan ini.
Jika menyingkap dalam sisi perkahwinan memang terserlah lelaki dan wanita saling bergantung antara satu sama lain.Malah termasuk dalam syarat sah nikah yakni ada pengantin lelaki dan perempuan.
Cuma istilah sahaja yang berubah.Lelaki merujuk kepada suami manakala wanita merujuk kepada isteri.
Peranan suami mencari sumber rezeki sebagai ketua rumah tangga.Peranan isteri mengurus keperluan di rumah.Faham peranan ini keluarga akan kebih bahagia dan ceria.
Dah ada anak…peranan bertambah.Biasa la tu.
Namun secara asasnya, hidup dalam keluarga tanpa ada suami memang kurang lengkap.
Begitu juga rumahtangga tanpa isteri tiada serinya lagi.
Ikatan perkahwinan hanya wujud apabila lelaki dan wanita saling melengkapi.Jika merasakan boleh hidup berdikari tanpa lelaki, silakan sahaja.Pilihan terletak pada tangan sendiri.
Perlu ingat, tanpa pasangan lelaki dan wanita akan menyebabkan kehidupan dilalui tanpa kesempurnaan.Nak ke atau reda dengan keadaan sedemikian.
Kesimpulan
Betul sangat ajaran dalam Islam, berkahwin melengkap separuh dari iman.Separuh lagi sabar kerana biasa kita dengar sabar separuh dari iman.
Semoga bahagia bersama pasangan masing-masing dan akuilah lelaki dan wanita saling memerlukan.
kenapa ada banyak akaun Facebook?
ya, Allah dah jadikan begitu, lelaki dan wanita saling memerlukan…
aamiin..yang penting jangan lawan fitrah
p/s: sebab nak buat bisnes pada masa itu
betul lelaki dan wanita saling memerlukan , saling melengkapi… cuma kalau yang orang biasa tulis
`lelaki tak boleh hidup tanpa wanita tapi wanita boleh hidup tanpa lelaki`
saya rasa itu biasa kita tengok, selalu nya lelaki kalau kematian isteri tak lama mereka mesti akan cari pasangan atau berkahwin semula tetapi saya tengok kalau wanita kematian suami, kadang mereka lebih suka bersendiri… (ini selalunya untuk yang agak berumur lah)
– sebab saya tengok ramai arwah makcik saya, kawan, atau arwah nenek saya tak menikah pun selepas kematian suami…
sebab bukan keperluan lagi..
lagipun hati masih cinta yang sudah pergi.
cinta ini setia sampai jannah
Iya, lelaki dan perempuan saling memerlukan.
My mother in law, sudah lama as a single parent tapi punya anak lelaki. Sampai sekarang tak bersuami lagi. Beliau tinggal dengan her grand son.
belum ada jodoh lagi tu..
simple nya tanpa lelaki, wanita tidak bsa hamil hhe dan dengan menyatukan dua insan itu dipercya dapat menyatukan rejekinya juga. bagus mas tulisan nyaa, nyaman dibaca.
terima kasih..
perempuan dan lelaki memang saling memerlukan
lelaki & perempuan saling memerlukan..saling melengkapi..tapi ramai jg wanita setia pada yg satu, walaupun pasangan sudah pergi tak kembali…
inilah dinamakan kekasih abadi..
tiada galang gantinya
tapi… ada juga golongan yang menafikan fitrah ini… so sad…
moga kita terjauh dari ujian begini
Teman setuju dengan tajuk post nie… Lelaki dan Wanita saling memerlukan antara satu sama lain…
IzNy recently posted…Petua : Merawat sakit kepala dan angin dalam badan
alhamudulillah..
memang itu realinya
saling memerlukan =)
ya betul sangat tu
how true.. itulah hakikatnya mr H
kan…
siapa boleh menafikan perkara ini