Air Borneo, syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, telah ditubuhkan selepas pengambilalihan MASwings pada 12 Februari 2025. Ini menjadikan Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai syarikat penerbangan sendiri.
Tujuannya?
Untuk merapatkan ketersambungan udara di Sarawak dan menjadikan negeri ini sebagai hab penerbangan di Borneo.
Sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, Air Borneo berhasrat untuk memberikan pengalaman penumpang yang terbaik dengan perkhidmatan dalam penerbangan yang berkualiti tinggi.
Ini selaras dengan visi kerajaan Sarawak untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan premium.
Air Borneo
Air Borneo juga merancang untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa, dengan destinasi seperti Jerman, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, dan Thailand dalam radar mereka.
Mereka juga akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa lain, termasuk Malaysia Airlines, untuk meningkatkan ketersambungan global.
Sepanjang peralihan ini, operasi MASwings akan tetap berjalan seperti biasa tanpa gangguan, memastikan semua undang-undang dan peraturan dipatuhi.
Penubuhan syarikat ini dijangka membuka peluang baharu, meningkatkan akses ke destinasi domestik dan antarabangsa, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Sarawak.
Potensi :
- Ketersambungan dan Pelancongan: AirBorneo dijangka akan memperkuat rangkaian penerbangan, memudahkan akses ke Sarawak dan destinasi lain di Borneo, sekali gus merangsang sektor pelancongan dan perdagangan.
- Tambang Penerbangan Stabil: Kerajaan Sarawak ingin memastikan tambang penerbangan yang berpatutan, terutama semasa musim perayaan, untuk meringankan beban kewangan penduduk dan pelancong.
- Pembangunan Infrastruktur: Ini juga membuka peluang untuk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baru menjelang 2030, meningkatkan lagi kedudukan Sarawak dalam peta penerbangan global.
Maklumat Terkini:
- Pengerusi Interim: Datuk Amar Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai Pengerusi Interim AirBorneo, memimpin syarikat dalam fasa peralihan.
- Laluan Permulaan: Syarikat ini akan memulakan operasi dengan laluan utama seperti Kuala Lumpur, Singapura, dan Jakarta, sebelum berkembang ke destinasi lain mengikut permintaan.
- Pengambilalihan Tenaga Kerja: AirBorneo akan mengambil alih semua kakitangan dan pesawat MASwings, memastikan kesinambungan operasi.
- Sarawak bakal adakan pertandingan cipta logo: Pertandingan untuk mendapatkan corak dan logo yang tepat agar rakyat dapat pilih pandangan mereka
Dengan langkah-langkah ini, Sarawak bertekad untuk meningkatkan ketersambungan udara, memacu pertumbuhan ekonomi, dan menawarkan perkhidmatan penerbangan yang hebat kepada penumpang domestik dan antarabangsa!
semoga memberi kebaikan kepada semua.. ameennnn
In shaa Allah…aamiin
Tahniah 👍🏻
Alahmdulillah…terima kasih
sejak dah dapat petros , dah tak mo toleh belakang ‘) harap terus maju yer 😉
Ya…begitulah kerajaan Sarawak buat sekarang
menarik, barulah penerbangan domestik borneo akan jadi lebih baik
myrujukan recently posted…Treadmill Rumah Terbaik untuk Gaya Hidup Aktif Di Malaysia
Ya bro…betul tu
untung laa lepas ni x yah transit kat klia kalau nak g jakarta/singapore. boleh terbang terus…
Harap selepas ini lebih mudah penduduk Sarawak terbang ke Jakarta
Oh dulu MASwings. Moga dapat memberi manfaat kepada orang Borneo. Dapat la kawan2 Dania orang Borneo ni naik MASWings pula. Ada option lain.
Ya…dulu Maswimg tetapi kini diganti dengan AirBorneo
Dahulunya Borneo Airwways sebelum menjadi MasWing. Dan kini diambil alih semula oleh Borneo itu sendiri. Tahniah.
Encik Hafiz recently posted…Honest Review For Andorra Women and Children Hospital
Baru saya tahu sejarah Maswing..rupa-rupanya ada kisah disebalik nama tersebut
waaah saya JD teringin pula naik maskapai ini. JD rutenya utk domestik dan luar negara juga yaa. teringin juga berangkat dari KL ke sana, lalu baliknya nanti lewat pontianak Kalimantan, by bus atau bisa juga pakai pesawat kalo tak mahal 😄
Boleh sangat tu Fanny…mudahan perancangan dan impian bisa jadi kenyataan