Ayam Kampung Pansuh bukan menu baharu untuk masyarakat di Sarawak. Cuma yang baharu kerana dipek dalam tin.
Produk ini dikeluarkan syarikat Lifespantree
Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan untuk mencuba Ayam Kampung Pansuh tin yang berharga RM15.90 di pasaraya Emart.
Kalau di shoppe harganya cuma RM15 setin.
Saya ada juga melihat review di Tiktok berkaitan Ayam Kampung Pansuh yang ditinkan.
@arielynnadam Ayam Kampung Pansuh dalam Tin. Macam menarik jak. Bukan paid promosi ya 😁 #ayamkampungpansuhdalamtin #ayampansuh #masakansarawak #laukkampung #ayampansuhmoden #arielynnadam #CapCut
Ayam Kampung Pansuh
Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana rasanya?
Secara jujur memang sedap tetapi tidaklah sehingga menjilat jari.
Rasa ayam dalam tin memang jauh beza dengan ayam yang dimasak dalam periuk di dapur sendiri.
Paling menarik produk ini menggunakan ayam kampung yang kita semua faham lebih berkhasiat berbanding ayam yang biasa dijual di pasaraya.
Yang lain-lain saya tidak tahu nak menerangkan lebih lanjut.
Jom saya belanja gambar.
waahhhhh ayam pansuh!
Ayam pansuh yang dimasak guna perouk pun sedap
Biasa tengok masyarakat Orang Asli yang selalu masak ayam cara begini.
Cara yang praktikal jika dalam hutan tuan
alaa nak try juga yg dlm buluh tuuuu
Ya…try jer mana tahu jadi…resepi boleh Tanya chatGPT
Kena masak dulu macam sardin tu ke, atau ready to eat? Saya tak pernah makan ayam pansuh.
kalau jenis dalam tin…makan macam sardin jer