Masih setia jadi pelanggan NetKL Network

Pada tahun 2025 sudah genap 10 tahun usia blog ini. Selama itulah saya setia jadi pelanggan NetKL Network untuk pakej hosting dan domain sejak tahun 2015 lagi,

Selama satu dekad menjadi blogger di WordPress tentulah banyak kenangan pahit dan manis.

Menjadi blogger tidak semudah dan seindah seperti influencer di media sosial.

pelanggan NetKL Network

Blogger yang berdomain sendiri ada kos yang perlu ditanggung. Kos yang dikeluarkan tersebut tidak balik modal. Apatah lagi menjana untung.

Mungkin ibarat untung sabut timbul dan untung batu tenggelam.

Peliknya saya tidak menikmati untung dalam wang ringgit tetapi untung kepuasan melayan hobi menulis.

Membaca tulisan sendiri rasa terhibur, lega dan seronok lain macam. Mungkin syok sendiri yang tidak merugikan orang lain.

WAJIB BACA :   Buat Blog Baru Yang Percuma

Pelanggan NetKL Network


Kos yang saya bayar untuk melayan hobi ini masih murah sekitar RM260 setahun. Bukan setiap bulan atau setiap hari.

Yang pasti saya sudah menghasilkan ribuan konten dari perkara remeh, biasa sehingga serius.

Akhir kata doakan saya untuk mampu dan sanggup berblogging untuk beberapa tahun mendatang selagi nyawa dikandung badan.

Aamiin

16 thoughts on “Masih setia jadi pelanggan NetKL Network”

  1. Ikutkan hati memang nak pakai hosting sendiri tapi itulah agak mahal. Sepatutnya kerajaan kawal harga hosting ni supaya dapat galakkan orang hosting content sendiri. Sekarang ini untuk mudah orang guna platform percuma tetapi content pengguna dijadikan sumber untuk menentukan iklan yang muncul, mereka juga gunakan maklumat demo-grafik dan contact pengguna.
    Faizal R recently posted…Bermandikan Ink PrinterMy Profile

    Reply
  2. lady risau blog lady ni hilang dan segala nukilan lady akn hilang sepertimana ldy pernah hasilkan novel zmn anak2 dlu… bagaimana harus dilakukan?

    boleh x reply jawapan di blog ldy sb…. kalau balas di sini lady xtahu …

    Reply
  3. tak jauh beda annual fee kita bang. saya pun WP juga soalnya. beda provider saja 😄.

    dah sejak 2014. tp dulu tak segitu. LBH murah, cuma Taulah inflasi, jadi makin naik dia 😅

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge