Kejadian ngeri kereta kena hadang

Seingat saya, ini merupakan kali kedua kereta saya dihadang ketika parking.

Kejadian pertama berlaku ketika saya mempunyai urusan di BCCK, manakala kali kedua ketika saya meletakkan kenderaan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid At-Taqwa.

Saya hairan mengapa masih ada orang yang kurang empati dan tidak memikirkan kesulitan yang dialami oleh orang lain apabila kenderaan mereka dihalang.

Lebih membimbangkan jika individu yang dihalang itu perlu beredar segera atas urusan kecemasan.

Kita teruskan ke kisah saya yang ngeri tersebut.

Kereta kena hadang

kereta kena hadang

Saya terpaksa menunggu di dalam kereta hampir satu jam, sambil mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh imam di masjid.

WAJIB BACA :   Peluang terbaik jana pendapatan kedua [edisi kemas kini]

Ketika itu solat Tarawih masih lagi berlangsug.

Salah saya juga kerana saya memilih solat Tarawih lapan rakaat berbanding si penghalang kereta tadi 20 rakaat.

Akhirnya, selepas solat witir, barulah pemilik kenderaan yang menghalang kereta saya muncul.

Beliau seorang wanita pertengahan umur,  berlalu pergi dengan selamba tanpa sebarang rasa bersalah.

Hati saya mula rasa marah  tetapi terfikir balik, jangan cetus sebarang hal yang kurang cerdik.

Ikutkan hati mahu saja hon kuat-kuat atau ambil gambar flat kereta tersebut untuk ditular ke media sosial.

Namun saya hanya mampu bersabar demi menghormati bulan mulia lagi baik.

Saya paksa diri untuk berdoa agar dosa saya yang telah terzalimi serta  beliau menzalimi agar diampuni Allh SWT.

WAJIB BACA :   Tiga cara mudah rosakkan mental manusia

Atas hal demikian saya maafkan beliau kerana  kemaafan boleh  melegakan hati yang panas mengelegak. dan mulai bengkak.

Harap jangan berlaku kepada orang lain dalam kes kereta kena hadang dan halang laluan kenderaan lain.

Itu perbuatan zalim namanya.

14 thoughts on “Kejadian ngeri kereta kena hadang”

  1. ah setuju. di sana sistem parkir kalo memang harus paralel dan akan menghalangi mobil lain, tak boleh lepas rem tangan yaa?

    soalnya kalo di sini, seandainya kita parkir dan terpaksa menghalangi kendaraan lain, rem tangan wajib lepas. cumaaaa, di Indonesia ada tukang parkir yg berjaga. JD memang tak masalah lepas rem tangan 😅

    Reply
  2. Memang ada pemandu macam ni, pentingkan diri sendiri saja, tak fikir kesusahan orang lain. Kena sabar banyak-banyak di bulan ramadan ni.

    Reply
  3. Selamba dek je dia ya?. Maaf semua takde ke?. Geram juga kita kan….Pernah dulu hubby cakap kat satu kawasan tu…ada kereta kena block. Dia hon banyak kali kereta yang block tak datang juga. Penyudahnya….dia pecahkan cermin tingkap kereta yang block kereta dia. Errr barulah buku bertemu ruas ya?.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge