Pada mulanya saya tidak berminat untuk sertai Reunion Dinner ini. Namun orang rumah sangat beriya-iya maka saya turuti sahaja dengan hati terbuka.
Reunion dinner ini berlangsung pada 16 Novmber 2024 di BCCK sekitar jam 6.30 petang sehingga 10 malam.
Dengan bayaran RM80 sekepala tentulah masih berbaloi dan tidak juga membebankan. Soal bayaran nombor dua dan perkara pertama mestilah mencipta pengalaman mengimbau kenangan.
Saya sudah meninggalkan syarikat tersebut sejak 15 tahun yang lepas. Ternyata banyak perubahan berlaku kepada geng lama.
Ada yang masih bekerja di sana. Ramai juga yang sudah ada kerjaya lain.
Malah ada yang menceburi bidang perniagaan kerana faktor umur dan minat masing-masing.
Sejujurnya saya agak kaku dan kurang mesra dengan tetamu yang ada. Maklum saja mereka berpakaian yang malu saya nak sebut. Hehehe.
Ditambah lagi saya pergi bersama orang rumah dan juga ketidaksesuaian umur separuh abad begini dengan aksi yang gila-gila remaja.
Tiada acara sangat menarik kecuali makan-makan dengan menu yang sederhana. Selain itu ada ucapan big bos lama, karaoke, joget orang berusia dan sesi fotografi.
Selebihnya bertanya khabar dan sembang ringkas dengan rakan-rakan sekerja lama.
Apa-apapun terima kasih kepada penganjur dan rakan-rakan yang masih sudi menegur saya walaupun kami sudah berpisah lama serta bawa haluan masing-masing.
Semoga semuanya sihat, panjang umur dan dianugerahkan kebahagiaan hingga hujung usia.
Selebihnya saya kongsikan beberapa keping gambar sebagai koleksi dalam blog ini.
Bagusnya, syarikat lama pun ada reunion lagi..
ya lah tuan…
tapi yang organize tu bekas pekerja yang aktif hehehe
Wahhhh…walaupun dah lama meninggalkan office tapi masih diingati. Maknanya majikan lama tu masih terus appreciate staf2nya
ammi recently posted…Saya tak segigih itu
Yang itu saya tidak pasti tetapi dinner ini perlu bayar untuk datang hehehe
Wah! meriah sambutanya. Ramai yang sporting hadir reunion tu
Mrs. A recently posted…Wordless Wednesday – Gojes
betul…mungkin nak mengenang zaman dulu-dulu masa bekerja
Hadir di acara reunian membuat kita terkenang masa kita bersama bekerja di kantor itu ya Mas.
Sekian lama berpisah dan bertemu lagi dengan teman kerja, ah ya tentu saja banyak perubahan baik secara fisik maupun haluan mereka saat ini.
Selamat mengenang masa lama ketika bekerja di kantor tersebut Mas.
Salam,
Titik Asa recently posted…Makna November Bagi Kami
Terima kasih mas..
memang pergi dinner reunion begini mengimbas kenangan yang lalu
Wow! Ramainya!
Ohhh… tempat jumpa jodoh!
~uncle gedek! recently posted…November 21, 2024
hahahaha…kisah lama uncle
bukan saya saja…rasanya 40 peratus buat macam tu
Bagus juga idea tu. Reunion staff lama syarikat .. boleh dipertimbangkan utk dianjurkan juga nanti.
Mohd Shubhi Abdul recently posted…Semua orang diberi modal untuk berubah. Terpulang samada nak belanjakannya atau tidak.
Betul tuan..boleh untuk hubung silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan
waaah ramai juga yg datang ya bang 👍. sebenarnya saya pun tipe tak suka datang reuni, apalagi kalo saya tak akrab dengan orang2 yg datang. JD tengok mood juga.
sama kita bang, ketemu jodoh di kantor pertama 😁. tapi bedanya kantor lama kami tak pernah adakan reuni seperti ini 😄
Fanny Nila recently posted…KULINER GEORGIA: MAKAN SIANG DI GUDAURI SKI RESORT, KAZBEGI
Sebab lama tak kontek dan tiada keep in touch masa bekerja dlu…sebab tulah jadi begitu
rasa menyesal di kemudian hari pun ada
wahhhh best nyaaaa
sy suka reunion macam ni
terasa macam berada dalam keluarga yang besar…
lama jg tu ya dah 15 tahun…
best tu memang tidak dinafikan
cuma ramai sudah kelihatan tua dan kurng menarik lagi seperti muda-muda dulu hehehe
Sesekali acara begini bagus diadakan, dapat terus bersilaturrahim bagi yang mungkin dah lama tidak berjumpa.
Betul juga dan bukan selalu untuk ada peluang begini