Bebas Hutang Bank Untuk Elak Kemiskinan

Salam.Selamat sejahtera buat pembaca budiman.

Bebas hutang bank adalah nikmat yang sukar untuk digambarkan.Persoaalannya bagaimana dan caranya untuk mendapatkan nikmat tersebut.

Topik hutang merupakan trauma.Ada yang berdebar dan berpeluh dengan perkara yang melibatkan hutang duit,hutang budi dan hutang ‘body’ [tak nak ulas lanjut]

Berikut adalah berapa artikel yang pernah saya tulis sebelum ini berkaitan hutang piutang.Berpeluh juga nak susun balik kerana saya pernah menghasilkan lebih 600 artikel sebelum ini.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua

bebas hutang bank

Rahsia Untuk Bebas Hutang

Sejujurnya saya kurang suka dengan hutang.Namun baru-baru ini saya jumpa dan temui info tentang 8 rahsia bebas hutang.Info ini saya perolehi dari majalah Keluarga Harmoni keluaran Oktober 2011 hasil penulisan Nurul Huda Zulkifli.

Saya berharap penulisan artikel yang saya ubahsuai ini memberi manfaat kepada pembaca dalam menangani hutang piutang mereka.

Hutang wajib kena bayar kecuali si pemberi hutang telah meredhakan wang yang dipinjam itu sebagai sedekah.Namun jangan harap kalau ada yang berbuat demikian.

Ingat kerana hutang juga adik beradik boleh putus persaudaraan.Apatah lagi kalau dengan kawan-kawan maupun sahabat karib kita sendiri.Risiko putus kawan sangat
tinggi.Jadi lebih baik jangan berhutang atau memberi hutang jika tersimpan niat untuk tidak membayar hutang tersebut.

Seandainya terpaksa berhutang yakni meminjam dari institusi kewangan bawah selian bank negara malaysia maka amalkan 8 rahsia yang saya akan kongsikan dalam point-point dibawah.

Rahsia ini boleh membebas kita dari hutang jika kena dengan caranya.Lebih tepat lagi cara melunasi hutang dengan cepat.

1.Sedar diri kita berhutang

Kalau tak sedar diri tu tengah berhutang maka segeralah bertaubat.Sebab orang yang berhutang mesti sedar bahawa dirinya tengah berhutang dan berusaha untuk mencari jalan keluar untuk mengatasinya.Kalau dah lama sedar Alhamdullilah.Selepas ini rutinkan diri untuk solat subuh berjemaah di masjid supaya rezeki lancar dan luas.

2.Kira jumlah hutang yang ada

Catatkan keseluruhan jumlah hutang yang kita milki.Semak dan rekodkan terperinci bersama caj faedah.Cara ini memudahkan kita pelan bajet untuk memnbayarkannya sebaik yang mungin.Malah sebelum mencarum takaful pun jumlah hutang mesti disenaraikan agar wakil takaful boleh mencadangkan berapa premium yang boleh
disumbangkan.

3.Buat anggaran pendapatan

Paling ideal kalau 30 peratus jumlah pendapatan untuk membayar hutang.Misalnya kalau pendapatan RM1000 maka jumlah untuk membayar hutang adalah RM300 sebulan.Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keadaan.Jika sebahagian besar jumlah hutang sudah dilangsaikan maka buat bajet baru untuk tabungan berbentuk Pelan Perlindungan Pendapatan pula.Maklumat lanjut boleh didapati dari perunding kewangan
yang berdekatan anda.

4.Bertindak untuk bayar segera

Tidak kira apa jenis hutang pun jika ada berkemampuan tolonglah bayar dengan segera.Tindakan bijak dalam pengurusan hutang boleh mengundang kemurahan dan keberkatan rezeki.Apatah lagi kalau semua hutang termasuk bebas hutang bank sudah langsai maka ketenangan fikiran dan perasaan akan lebih terasa.Jangan sesekali menangguh tempoh membayar hutang terutama melibatkan liabiliti tinggi seperti pinjaman rumah dan kereta.

5.Cari pendapatan tambahan

Pada hari ini kita sudah tiada pilihan jika pendapatan asyik tidak mencukupi.Buatlah apa-apa perniagaan sampingan.Jika tidak pun cari kerja Part Time untuk menampung ketirisan pendapatan.Lebihlabih lagi jika kita menanggung hutang yang banyak dan bertimbun.Kerjaya utama jangan pulak diabaikan.Saya cuma galakkan anda untuk mencari alternatif agar pendapatan yang kita miliki itu tidak menyesak nafas selepas membayar hutang.

6.Menahan nafsu berbelanja

Saya pasti ramai yang kalah dalam bab ini.Sebut nak shopping mesti seronok tak terkata.Namun perlu ingat bahawa matlamat utama kita pada ketika ini ialah untuk melangsaikan hutang sebaik mungkin.Boleh berbelanja namun jangan keterlaluan sehingga terlebih bajet dan hilang kemampuan untuk membayar hutang.Dalam tempoh ini tahan dahulu nafsu untuk membeli perkara yang bersifat kehendak.

7.Menurunkann taraf hidup

Kita mahu atau tidak mahu, langkah menurunkan taraf hidup mesti dilakukan.Jika dahulu ada dua buah kereta maka sekarang hanya guna satu sahaja kereta.Seandainya dulu menyewa rumah dua tingkat maka sekarang duduk pula rumah setingkat sahaja.Begitu
tabiat makan diluar.Pada masa sekarang kurangkan atau tiadakan terus.Memang cara ini sangat mencabar terutama ego orang yang pernah hidup senang.

WAJIB BACA :   Cara cari barang dan produk popular pilihan ramai

8.Terus hentikan tabiat berhutang

Jika ada kad kredit serah kembali pada bank atau campak sahaja dalam sungai Sarawak.Alternatif yang ada guna kad ATM yang ada fungsi debit kad pun memadai.Tutup peluang untuk membuat hutang yang baharu.Katakan kepada diri bahawa selepas ini
berbelanja mengikut kemampuan dan memberi komitmen untuk mencarum dalam Pelan Kad Perubatan lagi bagus.Kita tak minta masuk hospital namun jika dah ditakdirkan juga kita sudah bersedia dan mendapat layanan kelas pertama di pusat panel perubatan.Malah tidak menyusah anggota keluarga yang lain pula.

hidup tenang walaupun berhutang

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Saya seronok membaca buku ini.Saya syorkan kalian untuk mendapatkannya.Saya berani berkata demikian kerana saya telah mempelajari sesuatu ilmu yang amat berharga dalam buku yang saya akan review selepas ini.

Kita lihat harganya dulu.Baru RM20.00 untuk harga di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak hanya berharga RM22.00.Agak murah tetapi ilmu yang bakal kalian perolehi lebih tinggi daripada itu.Kalian akan berasa sangat beruntung dan menyesal kerana tidak memperolehi awal-awal lagi iaitu pada cetakan pertama 2010.Cuma buku yang berada dalam tangan saya ini adalah edisi kemaskini yang dicetak pada tahun 2011.

Buku ini ditulis oleh Shamsuddin Kadir.Siapakah beliau?

Shamsuddin Abdul Kadir merupakan jurulatih dan penceramah kewangan serta motivasi kerjaya.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pakar dalam pelbagai bidang seperti kewangan,pentadbiran,pemasaran,operasi dan hartanah.

Satu perkara hebat yang beliau usahakan sekarang ini ialah mempelopori Teori Smart Kaya.Satu teori yang sangat bagus dalam membongkar cara untuk kaya dengan apa yang ada ditangan anda.Segala info selanjutnya kalian boleh layari web rasmi beliau di www.shamsuddinkadir.com

Bagi mereka yang bukan berlatarbelakang kewangan tiada masalah untuk membaca buku ini.Bahasa yang digunakan mudah difahami.Orang yang tak berpelajaran tinggi macam saya senang faham.Tiada istilah jargon yang pelik dan ajaib.Pendek kata membaca topik kewangan seperti membaca buku cerita.Best kan!

Buku ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian utama.Setiap bahagian saling berkaitan.Tujuannya supaya idea utama pembincangan buku ini masih berada pada landasan utama.Penulis sedaya upaya untuk memberi kefahaman kepada pembaca betapa pentingkan usaha mengurangkan hutang demi meningkatkan taraf hidup manusia.

Dalam bahagian kedua dan ketiga pula banyak membincangkan bab hutang.Apa yang paling menarik buat saya ialah panduan untuk membebaskan diri dari hutang.

Pesan saya cuma satu.Dapatkan buku ini segera di pasaran selagi stok masih ada.Jika tak kalian akan terus menggigit jari dan tergaru-garu kepala mencari idea untuk selesaikan hutang.Segala kemelut yang melanda benak kalian akan terungkai jika buku ini sudah berada dalam genggaman kalian.Tak percaya.Belilah satu hari ini juga.

Satu topik yang mesti kalian ambil tahu ialah merancang kewangan.Penulis bersungguh-sungguh untuk berkongsikan ilmu tersebut dalam buku ini.Baca satu persatu dan amalkan seawal yang mungkin.Tak boleh tunggu lama-lama.Jika nak tunggu juga maka ia boleh merana dibuatnya.

Berita baik! >>>Lubuk Duit Online

Dengan ketebalan halaman 182 mukasurat saya pasti ramai yang suka nak baca buku ini.Lebih menarik lagi setiap halaman buku ada fakta yang dipersembahkan secara kreatif.Amat sesuai dibaca oleh mereka yang sentiasa sibuk atau buat-buat sibuk dengan media sosial.Dalam apa itu jangan abaikan masa begitu sahaja tanpa menambah ilmu dalam apa jua bidang yang diminati.

Sekiranya kalian nak dapatkan buku ‘’Hidup Tenang Walaupun Berhutang’’ layarilah website atau toko-toko buku yang berdekatan dengan rumah kalian.

WAJIB BACA :   Cara Memasarkan Produk Di FB

Hutang itu ibarat seperti api.Bila kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan.Namun bagi saya,lebih baik jangan berkawan dengan hutang atau kawan-kawan yang kaki hutang.Jika nak juga sesuatu barang jangan berhutang.Apa kata tunda dulu sehingga cukup duit untuk membelinya secara tunai.

Mulai dari saat ini kalian berlatih untuk katakan tidak kepada skim bayaran mudah atau skim susah nak bayar hutang.

bebas hutang

Cara Untuk Elak Jadi Miskin

Kemiskinan atau kekayaan adalah pilihan.Kita yang berhak memilih pilihan ini.Walaupun pada hakikatnya miskin atau kaya adalah takdir ketentuan Allah sebagai platform ujian keimanan seseorang.Namun perlu ingat bahawa kita telah dianugerah kekuatan akal untuk mengatasi ujian tersebut.

Secara peribadi saya kurang gemar menggunakan perkataan miskin.Saya lebih cenderung untuk menggunakan istilah belum kaya.Namun demi menyampaikan mesej penting saya bersikap dinamik dan adil dalam perkara ini.

Berikut ialah cara untuk elak menjadi miskin hasil pandangan Tuan Shamsuddin Kadir yang saya petik dari buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.Saya ubah suai dengan gaya bahasa sendiri agar menampakkan unsur santai dan bersahaja.

# Ikut keperluan dan tolak kehendak

Musuh utama saya dan juga kalian adalah nafsu.Dengan pengaruh nafsu kita suka berbelanja mengikut kehendak.Kita akan mengetepikan keperluan.Kita berbelanja diluar kemampuan dan pendapatan.Akhirnya hidup bergantung kepada hutang kad kredit apabila gaji sudah habis dibelanja.Adanya hutang jenis ini maka bermulalah episod miskin dalam kehidupan.Penyelesaian yang mesti dilakukan ialah ikut keperluan dan tolak kehendak dalam semua perkara.

# Utamakan gaya hidup sederhana

Tak guna menunjukkan gaya mewah dan berprestij jika tahap kewangan masih sepoi-sepoi bahasa.Selain itu tidak bagus juga terlalu berjimat sehingga mengetepikan keselesaan hidup.Bersederhana dalam serba serbi namun masih mementingkan kualiti hidup yang terbaik.Sebab mencari yang terbaik tidak semestinya mengguna barangan atau perhidmatan termahal.Jadi konsep sederhana itu dapat mengelakkan kalian menjadi miskin.

#Berbelanja mengikut bajet

Kita semua suka shopping.Saya pun begitu.Namun beberapa ramai dari kalangan kita menyenaraikan barangan dari rumah sebelum pergi ke pusat membeli belah.Jika ada baguslah.Saya tabik spring untuk kalian.Sebab utama berbuat demikian untuk mengelakan situasi over budget.Jika berlaku maka bimbit-bimbit kemiskinan mula mengintai hidup kalian.Sebulan dua tak apa.Masalahnya kalau sikap dan tabiat yang sentiasa over budget sepanjang hidup maka layaknya kita jatuh miskin sedikit demi sedikit.

# Bayar tunai untuk mendapatkan barang

Jangan tergoda dengan skim bayaran mudah.Skim ini bermaksud mudah berhutang tetapi payah membayar.Tambahan pula skim bayaran mudah cuma mengayakan tauke kedai tetapi memiskinkan pelanggan yang kurang cerdik.Buang jauh-jauh mitos kalau tak berhutang mana ada barang.Sekarang ini kita ubah cara berfikir bahawa bayar tunai dengan apa sahaja barang yang nak dibeli.Jika tak cukup duit, tunda dulu dan kumpul duit sehingga cukup.

# Menabung secara konsisten

Buat simpanan duit di Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam.Selain itu boleh menabung dalam Amanah Saham Nasional untuk keperluan masa hadapan.

Tabiat menabung ini tak boleh macam chipmore.Sekejap ada maka sekejap dah tak ada.Ingat tak kata-kata cikgu Matematik kita dulu.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Bayangkan kalau duit dah jadi seperti bukit maka kehidupan kita akan melonjak naik menjadi orang kaya budiman.

Saya tahu bukan mudah nak simpan duit namun jika tak nak miskin pada masa akan datang maka pilihan yang ada ialah mesti menabung dan terus menabung duit yang ada.(kalau tak ada duit kita cerita lain pulak)

Sekarang saya harap ada pembaca yang faham cara untuk mengelak menjadi miskin.Sekali saya tegaskan bahawa elakkan tabiat berhutang.Sebab hutang menjerumus seseorang ke lembah kemiskinan.

Kalau nak kaya sekalipun mesti juga melalui beberapa panduan yang telah saya bincangkan di atas.Elak berhutang dan tingkatkan tabungan simpanan wang atau emas dan cara melunasi hutang dengan cepat

WAJIB BACA :   Mengapa Saya Peluk Agama Islam ?

Jika ada pendapat yang sudi dikongsikan maka jangan malu dan segan untuk memberi komen.Manalah tahu komen kalian memberi manfaat kepada orang lain pula.

hutang lapok
Fakta Hutang Yang Membebankan Fikiran

Saya agak terkasima kerana menemui info yang sangat mengejutkan tentang hutang negara.Lantas saya tertarik untuk berkongsikan satu artikel penulisan tuan Elias Ablah.Beliau merupakan perunding kewangan di AIA Takaful dan Public Mutual.

Semoga artikel beliau ini membuka hati dan minda kita merancang kewangan dengan bijak dan berhati-hati.Tiada pilihan selain untuk mengerakkan potensi diri dalam menjana kewangan lebih kukuh dan stabil pada masa-masa yang mendatang.

Mari kita fikir dan hayati sejenak hasil penulisan beliau:

Setiap hutang wajib dibayar. Hutang rumah, kereta dan hutang kawan. Kalau hutang negara, siapa yang guna duit dan siapa pula yang membayarnya?

Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah berkenaan, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik (51% daripada KDNK), sementara 4.1% lagi atau RM26.9 bilion (2.2% daripada KDNK) merupakan pinjaman luar pesisir.

Artikel ini cuba membawa kita berfikir bagaimana untuk melunaskan hutang negara yang sebanyak ini dan titik peluh siapa yang akan membayarnya.

Ada dua cara untuk melunaskan hutang. Yang pertama melalui kenaikan inflasi yang tinggi. Kedua melalui kutipan cukai

1. Inflasi Mengecilkan Hutang

Duit hari ini akan menyusut nilai umpama anai-anai memakan kayu. Begitu juga dengan nilai hutang.
Pada kadar inflasi 4%, hutang RM 740 billion akan susut nilai kepada RM 472 billion sepuluh tahun akan datang (andaian hanya bayar bunga tanpa usik prinsipal).

Jika inflasi pada kadar 10%, hutang RM 740 billion akan susut nilai kepada hanya RM 269 billion. Penyusutan nilai sebanyak 64%.

Inflasi yang tinggi di US dan Britain selepas perang dunia kedua membantu melunaskan hutang akibat perang.

Cara ini menyebabkan nilai pendapatan rakyat juga merudum dan kesannya kepada ekonomi amat buruk. Ini pilihan akhir dan pilihan terdesak.

Namun, Bank Negara pula diunjurkan akan terus merendahkah lagi OPR. Langkah ini dilihat bersifat pro-inflasi dan menyebabkan pengaliran keluar modal yang bakal melemahkan lagi nilai ringgit

2. Tingkatkan hasil cukai untuk bayar hutang

Cara yang lebih baik ialah melalui progessive tax. Progressive tax bermaksud cukai dikenakan lebih tinggi kepada mereka yang kaya berbanding yang miskin.

Cukai pendapatan antara contoh cukai yang progressive. Lagi tinggi pendapatan lagi tinggi cukai.

Namun, apa yang kita kena pada hari ni ialah GST. GST lebih bersifat regressive. Regressive bermaksud lebih banyak cukai diambil daripada orang miskin daripada orang kaya.

Orang miskin hampir 100% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Ada pula yang guna sehingga 120% daripada pendapatan untuk meneruskan hidup. Bermakna 20% lagi datang daripada hutang.

Orang kaya pula mungkin 30% -60% pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan. Selebihnya menjadi simpanan dan pelaburan. Ataupun membeli kemewahan.

Disebabkan GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan dan orang miskin pendapatannya digunakan hampir sepenuhnya untuk perbelanjaan, maka orang miskin dipaksa menggunakan sebahagian pendapatannya hanya untuk membayar GST. Kesan kepada yang kaya hanya berkurang simpanan dan pelaburan atau kurang melancong.

Bermakna orang miskin akan membayar sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk menanggung beban hutang negara ini.

Kredit artikel kepada : Elias Abllah, Personal Finance

Jom kita tonton video cara yang ampuh untuk membayat hutang.In shaa Allah kalau dipraktikkan boleh selesaikan hutang dalam islam

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu dari berikut sebagai tanda sokongan.Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge