Hari Ahad.Saya dalam dilema.Nak tulis blog ke tidak atau biarkan sahaja saya bercuti hari ini.
Sehari sebelum itu, saya membeli barang di kedai hardware.Kedai lain banyak dah tutup.Kedai hardware ini sahaja tidak tutup.Hari Ahad pun buka tapi petangnya saya tak pasti.
Hari cuti umum.
Hari Sarawak.
Tarikh jatuhnya pada 22 Julai 2017.Sejujurnya tak nampak sangat sambutan.Ramai yang belum tahu kot.
Saya tanya tauke “Haiya tauke,tidak cuti ka ini hari?”
Tauke cina kedai hardware tersenyum seraya memandang wajah saya dengan mesra.
“Itu aaa,kedai boleh tutup tapi ini mulut mana boleh tutup maa”
Saya tergelak.Tauke pun gelak.Kami berdua ketawa dengan tafsiran maksudnya berbeza.
Betul kata dia.Namun saya faham sebagai seorang usahawan.Biarpun berbeza lapangan.Saya pula berada dalam perniagaan dari rumah atau lebih tepat lagi bisnes online dari rumah.
Jenis perniagaan online mesti beroperasi 24 jam dan 7 hari semingggu serta 12 bulan dalam setahun.Tahun depan dan tahun akan datang.Terus bertahan dan berkembang.
Saya kagum sejenak tatkala melihat bangunan kedai hardware tu.Besar dan barang sangat banyak.Barang semua ada.Jimat masa dan senang dalam urusniaga.
Itulah jenama dan reputasi kedai hardware terbesar dikawasan tempat saya tinggal.Satu sahaja kekurangan kedai tersebut ialah harga barang yang ditawarkan mahal berbanding kedai-kedai lain.
Timbul persoalannya mengapa masih ramai pelanggan datang kedai tersebut?
Sebab jenama bisnes itu sendiri.Bisnes dia dah jadi buah mulut orang kerana banyak pilihan dan dibuka setiap hari.Pembeli bukan sekali sahaja datang tetapi berkali-kali serta bertambah setiap bulan.
Akhirnya saya belajar sesuatu.Saya mesti bina jenama sendiri dan kukuhkan jenama dalam minda pengunjung dan bakal pembaca.
Perkara dasar untuk menjadi membina jenama blog adalah konten berkualiti dan saluran publisiti serta promosi.
Saya semak balik alat bantu untuk menaikkan jenama blog saya.Sekurangnya-sekurangnya blog saya boleh dikenali tanpa susah payah saya menerangkan dengan panjang lebar.
In shaa Allah.
Sebut mrhanafi orang akan kaitkan dengan blog yang gitu dan yang gini.Umum sangatkan atau blog mrhanafi untuk stori tips bisnes online.
Berikut adalah apa yang telah saya lakukan untuk menaikkan jenama supaya matlamat bisnes online 2017 tercapai.
Konon-kononnya la :
Sehingga tarikh saya menulis blog ini,fanpage ini berjaya mendapat likes 146.
Sikitnya.
Memang sikit kalau dibandingkan dengan Friendlist Facebook saya dah cecah had iaitu hampir 5K.Nasib baik saya ada dua akaun Facebook
Akan datang saya akan buat FBad untuk menarik lebih banyak Likes yang berkualiti.Itupun bergantung dengan bajet.
Ada duit maka ada segalanya.
Kalau diikutkan hati dah tak nak buat grup wasap banyak-banyak.Telefon pulak menjadi lagging.
Grup wasap Pembaca Blog yang saya tubuhkan ini bertujuan untuk mengumpul pembaca dari golongan pengunjung organik dan rakan blogger sendiri.
Boleh juga untuk bertukar pendapat dan sumber rujukan jika ada bertemu kemuskyilan dengan topik berkaitan apa yang saya tulis dalam blog.
Lama dah tak guna ayat panjang.hehehe
3.Minisite rasmi mrhanafi dot com
Memandangkan saya masih terkapai kapai dalam bajet maka saya memilih tool percuma.Biarpun belum terbaik namun tool percuma lebih baik dari tiada.
Betul tak ?
Saya menggunakan template percuma dari blogspot 2 minisite.Platform pula blogspot.Semuanya percuma dan buat sendiri.
Kelebihan saya menggunakan minisite rasmi ini untuk proses tular di media sosial.Orang lain promosi produk.Saya pula promosi jenama.
Saya tidak berharap sangat orang akan baca minisite tersebut tetapi saya percaya orang akan trigger jenama mrhanafi dot com apabila terpancul di mana-mana media sosial.
Kesimpulannya
Waktu mula-mula menulis tadi saya tidak tahu nak tulis tentang apa.Saya tulis secara offline.Saya menulis tanpa mengkaji kata kunci,allintitle dan pelbagai resepi SEO yang lain.
Dalam bahasa mudahnya saya menulis dengan main belasah.Mesti blogger ramai yang buatkan.
Jangan padang belakang kepada mereka.Blog mereka ada jenama tersendiri,ada iklan Adsense,Innity dan Involve Asia.
Blog saya apa yang ada ?
Saya biarkan pembaca blog untuk bagi komen.Jangan malu-malu.
Sekian.Salam sayang dari mrhanafi.
Mula2 nak naikkan jenama sendiri memang susah tapi kalau promosi yang konsisten macam tuan, saya yakin jenama mrHanafi ni bakal dikenali ramai
Dedaun Comel recently posted…3 Cara Untuk Gagal Dalam Setiap Perkara
in shaa Allah..
berkat masin mulut Tuan memang akan jadi..
Yup.. Branding diri memang sangat penting terutama kita yang nak buat bisnes ni.. penting untuk orang kenal jenama kita, servis kita.. lagi mudah sekarang sebab semuanya hujung jari je kan?
memang mudah..
tetapi persaingan agak sengit juga terutama kepada mereka yang lebih mahir dan ada modal untuk dilaburkan dalam pemasaran jenama
Semoga terus sukses tuan. Tak dapat buat 3, 2 pun jadi. Janji ada perubahan
tulah..
perlahan-lahan menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain
Bagus idea dan usaha yang ditunjukkan oleh Mr. Hanafi..
Semoga Blog Mr. Hanafo boleh menjadi jenama terkenal satu hari nanti… Sebaris dengan blogger-blogger ternama seperti denaihati, Amanz, Oh Media, Paultan, dan lain-lain…
Anuar recently posted…Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
terima kasih tuan kerana memberi sokongan dan galakan yang padu..
saya aamiinkan hehehe
Semoga terus success
terima kasih atas sokongan..
Mrhanafi seorg yg berpengetahuan luas Dan blog mrhanafi menjadi rujukan mama Dalam dunia blogging Dan juga kehidupan seharian.
ye ke..?
yalah tu.
sejujurnya saya tak punyai apa-apa yang hebat..
pembaca dan rakan blogger yang hebat
apa-apapun terima kasih bagi pandangan ikhlas
Bina jenama perlahan-lahan. Biar orang yakin dengan jenama kita 🙂
sabree hussin recently posted…Iklan kerja data entry online dan office based yang boleh dipercayai
tulah tuan..
sangat-sangat ambik masa