Apa Maksud Gong Xi Fa Cai

Apa Maksud “Gong Xi Fa Cai” …Wah terasa lama tak menulis blog.Nak cakap sibuk tak lah sibuk sangat.Cuma semangat tu yang belum membuak-buak bagaikan letusan gunung berapi.Ketika mrhanafi menulis entri blog ini dah masuk hari kedua cuti Tahun Baharu Cina 2016.

Pengaruh orang Cina cukup kuat di negara ini.Semasa tahun baharu sahaja sangat nampak perbezaannya.Banyak premis perniagaan yang ditutup selama 2 hari.

Ada juga yang beroperasi seperti biasa jika mempunyai pekerja orang Bumiputera.Namun tak banyak kerana tauke-tauke kedai rela untuk memperhentikan ‘lui masuk’ pada hari tersebut.

Gong Xi Fa Cai 2016

Ucapan Gong Xi Fa Cai biasa kita dengar.Baru-baru ini mrhanafi pernah mengucapkan kalimat keramat tersebut kepada pelanggan berbangsa Cina.Mereka bertanya kembali kepada mrhanafi apa maksudnya.Tanpa rasa malu dan segan mrhanafi mengatakan itu adalah ucapan selamat tahun baharu.Rupa-rupa mrhanafi silap.

WAJIB BACA :   Pengalaman Cuci Usus Dengan Ayulax

Pelanggan berbangsa Cina tersebut dengan penuh mesra membetulkan kesilapan mrhanafi.Beliau menerangkan maksud ungkapan Gong Xi Fa Cai ialah mari berkongsi kekayaan,banyak duit dan kegembiraan.Sebab itu katanya lagi orang Cina suka berniaga kerana mereka nak berkongsi kekayaan.

Orang yang makan gaji macam mrhanafi agak susah nak berkongsi kekayaan  dengan orang lain.Kalau menjadi penyumbang  kekayaan tauke sudah semestinya,Tidak dinafikan.Sebab itu orang Cina ada sediakan ayat sugesti supaya mereka terus kaya,mewah dan banyak duit dengan ungkapan Gong Xi Fa Cai sesama mereka.

Dalam pada itu orang Islam jangan pula rasa rendah diri dengan kelebihan orang Cina yang mendominasi ekonomi.Kita apa kurangnya.Pelaksanaan sahaja yang belum tahap maksima.Orang Islam ada senjata paling utama iaitu doa yang terus menerus kepada Allah SWT.

WAJIB BACA :   20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam [ Edisi kemas kini ]

Kita ada ucapan Assalamualaikum yang membawa maksud kesejahteraan ke atas orang beriman untuk di dunia dan di akhirat.Sayangnya berapa ramai dikalangan kita yang sudi memberi ucapan ini kerana saudara semasa Islam.Kita bagaikan orang asing kepada saudara sendiri yang sama akidah dan pegangan agama.JIka tidak berubah sampai bila-bila orang Islam hanya gah pada nama namun lemah pada cara hidup.

{sekilas pandang}

Sekali lagi mrhanafi terkasima dengan gaya dan budaya orang cina.Mereka yang ada trade mark Gong Xi Fa Cai sempena tahun baharu dan terus mengamalkannya sehingga tahun baharu menjelma lagi.

Kita terus ditakuk lama jika tak berubah.Nak kaya dan hidup mewah tiada cara lain yang dah terbukti selain buat bisnes.

WAJIB BACA :   Sarawak Kini Dilanda Musim Landas

Buat pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas.Terima kasih tak terhingga saya ucapkan.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

 

18 thoughts on “Apa Maksud Gong Xi Fa Cai”

    • orang cina melihat kekayaan adalah wajib..kita melihat kekayaan sebagai pilihan..

      kalau dapat bagus..kalau tak dapat kira ok juga sebab ada kerja makan gaji

      Reply
  1. orang cina mendominasi ekonomi. saya rasa salah juga orang melayu. kat tempat saya ni 80% bisnes dimiliki cina dan pendatang asing. Banyak bisnes asalnya melayu tapi dijual kepada pendatang asing. banyak kedai dimiliki bangla atau orang aceh. sekali lagi. salah siapa?
    Raihanah Ahmad recently posted…Buta Disebabkan Diabetes: Retinopati DiabetesMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge