Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja…Baru-baru anak sulung mrhanafi berjaya ditawarkan untuk masuk tingkatan satu 2016 di MRSM Betong,Sarawak.Sebagai bapa memang teruja kerana impian mrhanafi ketika kecil dulu memang nak sangat ke sekolah elit begini.
Rezeki tidak menyebelahi mrhanafi.Lantas impian tinggal impian.Sehinggalah anak mrhanafi berjaya cemerlang dalam UPSR pada tahun 2015.
Kelebihan MRSM berbanding sekolah lain terletak pada tahap disiplin yang hebat dan mantap.Antaranya mereka melarang penggunaan telefon bimbit,laptop dan pelbagai gajet lagi.Bayangkan dalam zaman moden begini masih ada tempat yang mengekalkan ‘status quo’ dalam pendidikan
Baca juga : Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak
Namun begitu banyak proses yang perlu dilalui untuk mendaftarkan kemasukan anak ke MRSM.Syarat utama melihat kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka perolehi.Jika cemerlang memang ada potensi untuk berjaya.Tambahan pula kalau aktif dalam bidang kokurikulum.
Mrhanafi agak sibuk mengurus urusan tersebut.Setelah mendapat pemberitahuan melalui SMS,mrhanafi terus buka laman rasmi untuk menerima tawaran tersebut.Selain itu memuat turun beberapa dokumen dan borang untuk diisi secara manual.
Dengan tempoh masa 10 hari sebelum mendaftar mrhanafi dan isteri-isteri sedaya upaya untuk mengisi borang,membuat pengesahan salinan dokumen dan membuat pemeriksaan kesihatan anak mrhanafi dengan pegawai perubatan.Alhamdulilah satu tugas selesai semasa entri blog ini ditulis.
Tugas seterusnya membuat pembayaran yuran pendaftaran kemasukan ke MRSM untuk tingkatan satu 2016 berjumlah RM333.Itu adalah bayaran asas.Belum termasuk membeli pelbagai keperluan lain seperti pakaian sukan,keperluan sara hidup sebagai penghuni asrama dan sebagainya.Wow!Nasib baik sudah bersedia dengan sokongan kewangan.Jika tidak boleh tak tidur tiga hari dan tiga malam dibuatnya.
In shaa Allah dalam beberapa hari lagi mrhanafi dan pasangan gerek hidup akan menghantar anak lelaki mrhanafi ke MRSM Betong.Perjalanan mengambil masa empat jam perjalanan dari rumah di Kota Samarahan Sarawak.Untuk tujuan tersebut mrhanafi sudah memohon cuti.Yalahkan.Untuk masa depan anak,ibubapa rela dan sanggup bersusah payah dari proses mengandung lagi hinggalah mereka besar,dewasa dan seterusnya kahwin nanti.
Nasib baik juga ada teman sejawatan amat memahami mrhanafi.Beliau antara insan hebat yang mrhanafi hargai dan kagumi sepanjang masa.Terima kasih daun keladi.Lain kali mrhanafi akan balas kembali.Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan dia baik untuk dunia maupun akhirat.
Coretan perjalanan anak mrhanafi ke MRSM yang tak seberapa ini mrhanafi akan sambung kembali dalam entri blog yang akan datang.
Jangan lupa untuk berkunjung kembali nanti.
Tahniah bro!
Bermula episod baru anak bro untuk menjadi somebody suatu hari nanti…semoga urusan ini dipermudahkan…ameen
aamiin dan terima kasih tuan..tulah harapan orang tua yang sekarang ini..nak lihat anak berjaya..ayahnya sebagai blogger hinggusan pun tak pe..
tahniah MH. semoga anakanda terus sukses
Raihanah Ahmad recently posted…Rawatan Alternatif Bell Palsy
terima kasih dan semoga doa kalian terus mendapat perhatian dari Yang Maha Esa..aamiin
Tahniah Mr Hanafi & keluarga. Time nak pergi tu jangan nangis tau….. 😀
terima kasih..ada orang kata..laki-laki tak boleh nangis..
Tahniah MH..semoga anak akan kekalkan momentum belajar dengan tekun demi ibubapa tersayang
Noriza Rahman recently posted…Testimoni Akibat Jerawat, Muka Berparut dan Kusam
terima kasih..insya Allah sebagai seorang orang tua…kecemerlangan anak-anak sentiasa dalam pemantauan..
Tahniah, pasti Mr Hanafi bangga dengan kejayaan anak.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Bahagianya Bila Masalah Vertigo Mak Kini Pulih Setelah Sekian Lama!
terima kasih ..ada lah sikit-sikit rasa bangga.cuma kalau empunya diri tu mungkin bangga lebih…
saya pesan kepada anak-anak senakin berjaya dalam hidup maka jadikan insan yang semakin humble..itu tanda kesyukuran dengan kejayaan tersebut
MRSM atau SBP banyak mengubah kehidupan cara berfikir anak-anak. Saya sendiri dulu masuk sekolah asrama penuh ni masa form 4, dan saya tahu bagaimana hidup sekolah harian dan sekolah asrama penuh.. apa pun, saya bersyukur dapat masuk SBP.
permohonan upu recently posted…Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
betul tu..sekolah elit begini memang menjadi pilihan ramai..cuma tak ramai yang berpeluang nak pergi ke sekolah begini
MRSM dia punya sistem pendidikan cukup bagus… harapnya terus cemerlang buat anak2 yang belajar disana..
zik recently posted…Keputusan terkini JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 13.2.2016
in shaa Allah bro..jika rezeki ia merupakan hasil terbaik buat mereka
tahniah bro mr hanafi..anak saya baru darjah satu
nampaknya saya dah melangkah jauh dari segi usia anak..anak..
tahniah tuan, moga dipermudahkan segala urusan
terima kasih bro…itulah yang kita semua mahukan.