Kerja Dari Rumah Yang Paling Mudah

Kerja dari rumah memang jadi impian ramai.Anda juga menginginkan kerja dari rumah yang paling mudah.Tutup mata dan goyang kaki.Kerja selesai dan gaji masyuk.Kalau ada seronok juga umpama dunia ini ana yang punya.

Persoalannya ada atau tidak?

Jika jawapan anda: ada. ——> Tak semestinya salah.

Jika jawapan anda: tidak —–> Tak semestinya betul.

Tidak wajar saya berdebat dengan anda.Namun dalam artikel ini,anda akan mendapat gambaran sebenar.

Adakah kerja dari rumah ?

Paling mudah atau paling susah.

Secara realitinya tiada kerja yang paling mudah.Kerja yang paling mudah mungkin tidak menghasilkan pendapatan lumayan.

Saya kata mungkin kerana soal rezeki kita lain-lain.

Ada yang mudah.

Ada juga yang sukar.

Peluang Kerja Dari Rumah

kerja dari rumah

Saya membahagikan kepada dua kategori utama.

1.Secara Offline

Kerja part time dari rumah seperti buat kuih,biskut atau nasi lemak.Kerja -kerja ini dalam skala yang kecil.Tak ada kedai pun tidak kisah.Boleh dimasak dari rumah dan dijual depan rumah.

Itu sahaja sudah memadai.

Saya perhatikan orang orang berniaga gerai makanan di kawasan perumahan saya.

Gerai-gerai bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Begitu juga dengan pasar malam.Setiap minggu pasti ada dan memang meriah suasananya.

Situasi ini sangat bagus.Boleh menambah pendapatan untuk isi rumah.

Ini kisah saya sendiri.

Saya pernah mencuba untuk membuat mini karipap.Bakar pula memggunakan mikroware.

Apa yang berlaku ?

Sudah tentu mini karipap saya keras,rentung dan hangit.Tulah pengalaman terindah kot dalam usaha mencari pendapatan lebih.

2.Secara Online.

Blogger memang menjadikan online sebagai media pengantara.Rata-rata blogger beroperasi di rumah untuk kemaskini blog masing-masing.

Ada juga yang  buat  di pejabat waktu rehat.

Blogger buat kerja online di rumah misalnya.Kerja dari rumah menaip artikel blog.

Kalau adapun dari pejabat memang blogger tersebut sudah tahap pro.Saya berharap jadi begitu jika sudah kuasai ilmu blogging SEO.

Semoga harapan saya menjadi kenyataan.

Nak belajar SEO disarankan untuk merujuk kepada  Blog Pakar SEO tempatan

Kebaikan kerja dari rumah

kerja dari rumah

Kalau kita dongak ke langit.Kita akan nampak bulan dan bintang terutama pada malam hari.

Betul tak ?

Tetapi kerja di rumah tanpa modal tidak menjanjikan bulan dan bintang.

Maksudnya tiada yang paling mudah.Perlu ingat pelbagai kebaikan yang boleh kita dapat jika bekerja dengan cara ini.

Antaranya seperti berikut :

1.Banyak masa bersama keluarga

Wajar sekali untuk kaum isteri dan kaum ibu.Isteri lebih masa belai suami [rugilah kalau suami tak suka].

Ibu pula banyak masa untuk anak-anak.Mereka puas tengok anak-anak membesar depan mata.

Sambil bekerja sambil mengurus rumahtangga.Nak jadi super mom gitu.

Banyak masa juga untuk melayan >> Facebook untuk jana income.

2.Jimat belanja petrol dan tol.

Orang yang bekerja dari rumah tak perlu ke pejabat setiap hari.Kalau nak ke pejabat pun sekadar ke pejabat pos.

Jika tak nak sekali boleh upah runner yang buat.Lagi mudah nak buat kerja.

Kirim barang yang orang beli la tu.

Sekarang harga petrol naik dan terus naik.Kadang-kadang sahaja turun.Itupun sedikit sahaja.

Sekiranya pergerakan diluar rumah kurang maka penggunaan minyak petrol dan tol pun kurang.

Dapat juga berjimat.

3.Mengurangkan kesesakan jalanraya

Point yang sangat penting.Kurang jammed maka kurang stress.Orang yang dapat peluang pekerjaan di rumah telah mengurangkan kesesakan jalanraya.

Mereka perlu tidak stress dan memberi laluan  pula kepada orang yang bekerja rutin ke pejabat setiap hari.

Pengalamaan sendiri.

Saya kalau jumpa jammed mesti stress.Kalau stress mesti jammed jalan tu.Lama kelamaan saya dah tidak kisah dan saya anggap lumrah kalau berada di jalan raya.

Untuk elakkan jammed,jangan keluar dari rumah.Kulit pun putih.

Tak perlu guna produk UV protection.

Tak perlu bersolek tebal-tebal.

Cuma bersolek bagi suami sudah memadai.

4.Mengatasi pengganguran 

Zaman untuk menunggu kerja kerajaan sudah berlalu.

Zaman sekarang pula susah nak dapat kerja tetap sebegitu.

Saya pernah dua kali temuduga kerja kerajaan tetapi saya tolak kerana nak merasai kebebasan masa bekerja dari rumah.

Anda yang tengah cari kerja boleh mencuba kerja online dari rumah.Manalah tahu ada rezeki kat situ.

Tak la mengganggur lama-lama.Kesian mak bapak.Anda boleh usha kerja online hanya guna facebook.

Boleh rujuk >>NiagaFB

5.Masa yang fleksibel

Bahasa mudahnya boleh bekerja tanpa terikat dengan cara kerja ‘nine to five’.

Tatkala orang tidur kita boleh bekerja.Orang bangun kita tidur.Itupun kalau anda nak cara begitu.

Pendek kata kerja dengan masa fleksibel memang seronok giler.Nak cakap pun tak guna.

Apa yang pasti memang memudahkan kerja.

Sendiri mau rasa la.

Kelemahan kerja dari rumah

bekerja dari rumah

Dalam dunia ini semua perkara ada pasangannya.Kalau yang cantik pasti ada juga yang jelek.Begitu juga kalau ada kebaikan pasti terselit keburukannya.

1.Sukar untuk berdisiplin

Tidak dinafikan bukan semua orang boleh berdisiplin.Jika kerja di rumah masa untuk santai dan rilek lebih terasa.Kesannya mutu tidak seberapa.

Pengurusan masa tidak cekap menyebabkan urusan kerja tertangguh.Maklum sahaja tiada bos untuk mengawal selia.

2.Tiada rakan sekerja

Bagi sestengah orang bekerja sama satu pasukan amat menyeronok.Jika kerja di rumah terpaksa kerja sorang-sorang.

Nak gelak pun terpaksa sorang-sorng.Mesti la tak best terutama untuk mereka jenis suka bergaul.

3.Gangguan dari ahli keluarga

Ahli keluarga seperti anak-anak mudah untuk menghilangkan fokus semasa bekerja.

Anak minta susu.Suami minta buat air atau sebagai.Lebih parah kalau suami nak minta layan mesra.

Tolak jadi derhaka.

Setuju kerja terganggu.

Tak pe.

Keputusan ditangan sendiri.

Jika selalu berlaku setiap hari  maka tugas akan tertangguh.Ok la kalau semuanya faham dan sedar tugas masing-masing.

4.Orang pandang serong

Khusus untuk para suami yakni kaum lelaki.Mungkin jiran kata memikul biawak hidup.

Untuk elak salah faham wajar untuk bergaul dengn mereka dan terangkan pekerjaaan kita memang dari rumah.

5.Kurang selesa

Tidak semua kita mampu memiliki rumah yang selesa dan bagus.Ada juga yang terpaksa menyewa di rumah yang kecil dan padat kawasannya.

Suasana yang begini memang bising.Kurang fokus untuk berkarya atau menulis copywriting.

Kalau ada dipejabat seronoklah.Ada aircond dan kerusi meja yang selesa untuk buat kerja.

Kesimpulannya

Bekerja di rumah adalah paling mudah jika kita tahu caranya.

Namun jangan pula ambik mudah kerana tanpa disiplin diri yang kuat kita tidak akan ke mana-mana.

Dah nama bekerja dari rumah [gurau bercampur serius]

Sekiranya anda  ingin tahu apakah pekerjaan yang boleh diceburi dari rumah jom baca artikel 7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular.

Akhir kata nikmati kehidupun ini dengan kerja dari rumah. 

(Visited 210 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Kerja Dari Rumah Yang Paling Mudah

  1. Aku sempet kerja di rumah selama 1 thun setengah
    jadi penulis freelance dan jasa design untuk klient
    tapi karna bosan, tidak ada teman kurang sosialisasi
    jadi mutusin untuk kerja di luar lagi

  2. Alhamdulillah so far dah masuk tahun ke-3 kerja dr rumah. Walaupun hasilnya tak banyak compare dgn kerja dengan org dulu, tp ras bahagia tu yg plg utama. Dpt spend masa dgn anak dan family.

  3. Kerja kat rumah ni memang paling mudah tapi paling mencabar sebab takde siapa nak pantau kita.

    Kalau duk layan lemau, macam tu lah ke sedahnya.

    Satu padi adalah part disiplin dan pembahagian masa. Kalau mak-mak yang ada anak kecil, lagi perlu bijak nak letakkan priority agar bisnes berjalan lancar tapi pada masa yang sama, anak dan pasangan serta rumahtangga terjaga dengan baik.

Leave a Comment

CommentLuv badge