Kisah gelandangan ini saya tulis ringkas sahaja.Lagipun tidak terniat langsung untuk membuka pengalaman gelandangan yang pasti ramai tak nak tahu.
Ada siapa tak yang nak tahu kisah orang yang susah, tidak berjaya atau hanya menjadi kisah anak gelandangan dalam hidup ini.
Jawapannya saya sendiri tak tahu.
Lain la kisah kejayaan.
Orang berjaya mendapat perhatian.Orang belum berjaya siapa yang nak tahu kisah mereka.
Mari kita perhalusi.
Maksud gelandangan merupakan seseorang, sering kali papa kedana, yang mengembara dari tempat ke tempat tanpa rumah atau pekerjaan atau pendapatan tetap.
Gelandangan boleh digambarkan sebagai “seseorang tanpa kerja tetap yang merayau dari tempat ke tempat dan hidup dengan mengemis”; gelandangan adakah keadaan seseorang itu.
Tiada sesiapa pedulikan mereka waima keluarga sendiri.Apatah lagi mereka yang hidup sebatang kara.
Yang ada mungkin kata..
Oh kesian.
Sabarlah ya.
Ujian itu semua.
Dah nama nasib badan.
Memang betul dan saya akui pembaca tidak salah untuk berkata demikian.
Berbalik kepada tajuk.
Baru-baru ini saya balik dari pejabat seperti biasa.Waktu sudah menghampiri Isyak.
Tanpa membuang masa, saya bergegas untuk solat berjemaah di surau berdekatan.Seusai solat saya ke kedai makan.
Macam biasa kehidupan orang yang solo, tidak sempat untuk masak di rumah maka kedai makanlah yang menjadi dapur kedua.
“ Bos, tolong tapau saya nasi ayam kukus sebungkus” ringkas dan bersahaja saya buat pesanan kepada abang penjual.
“ Siap “ …lagi ringkas sahut abang tersebut dengan senyuman menguntum dibibir.
Sementera menunggu pesanan siap, saya duduklah sebentar di meja gerai tersebut.
Dalam masa yang sama juga kelihatan seorang pakcik duduk santai minum air.
Kebetulan hari hujan gerimis.Pengunjung yang lain belum ramai.Suasana kelihatan tenang dan menyenangkan.
Mata saya terus tertancap atas meja, tempat pakcik tersebut berada.
Secawan kopi yang sudah habis airnya.Tinggal sahaja sisa-sisa terakhir.
Secawan lagi masih setengah ada isi ‘jus langit’
Ada yang gelar sebagai ‘sky juice’
Pergh..
Layan juga orang tua nie walaupun pekena jus langit getus hati kecil saya mulai berbicara.
“ Dah solat ke ? “ tanya saya spontan.
Sambil tersengih orang tua balas “ belum lagi”.
Itulah permulaan perbualan kami.Tanpa sedar saya mula berminat untuk terus mengetahui siapa beliau.
Saya banyak menyoal ala-ala wartawan .Orang tua tadi hanya menjawab apa yang disoal.
Sungguhpun begitu saya sempat mengorek kisah beliau.Biasalah tu, kalau dah nama blogger setiap cerita boleh sahaja untuk ditulis.
Pakcik yang saya temui ini rupanya gelandangan.Hidupnya hanya tidur di tempat letak kereta di sebuah hotel.
Tiada rumah dan tiada keluarga.
Dulunya pernah berumahtangga tetapi ditinggalkan isteri.Mereka tidak dikurniakan anak.
Sejujurnya saya segan nak bertanya punca perpisahan mereka.Dia hanya mengaku kena tinggal isteri dan kini terus hidup menduda.
Sebelumnya dia ini pernah ada rumah pusaka orang tua.Namun abangnya telah menjual tanpa pengetahuan dia. Bahkan tanpa memberi sesenpun duit kepada dia.
Tindakan abangnya itu telah memberi kesan mendalam.Dia amat marah dan sehingga kini masih menyimpan perasaan tidak puas hati.
Saya dapat tahu dari luahan dan ekspresi mukanya yang melukiskan seribu kedutan
Kata pakcik ini, dia hanya mampu beristighfar untuk memulihkan semangatnya yang jatuh akibat ujian hidup tersebut.
Alhamdulillah itulah yang dilakukan ketika duduk di masjid.
Mesej yang boleh saya belajar dari kisah beliau ialah kesukaran melupakan masa silam memberi kesan pada masa kini dan masa hadapan.
Ayat pertama yang keluar mulut beliau tatkala saya bertanya tempat tinggal adalah,
“ saya ada masalah”
Ya.Saya kata kepada beliau bahawa setiap kehidupan memang ada masalah dan masalah itu adalah cara Allah untuk memberi makna kehidupan ini.
Mesej ketiga yang saya dapat dari kisah gelandangan beliau adalah jangan tinggalkan amalan beristighar.
Mungkin dengan amalan tersebut telah mengerakkan hati saya untuk berjumpa beliau dan memberi sesuatu kepadanya.
Mungkin pada masa itu beliau kelaparan dan bukan jenis manusia yang meminta-minta.
Saya akui malu kepada diri sendiri kerana beranggapan orang yang susah adalah orang yang meminta-minta.Realitinya tidak semua demikian.
Pesanan nasi ayam kukus saya sudah sampai.Perbualan kami berakhir.
Saya sempat menghulurkan beberapa keping RM sebagai tanda terima kasih saya kepada beliau kerana sudi berkongsi kisah gelandangan ini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan segan untuk follow blog ini rapat-rapat.
Sebelum tu saya sarankan juga baca artikel ini >>Pengalaman Sebenar Jadi Insan Gelandangan
*Kemaskini-23/4/2020
setiap gelandangan itu ada kisah mereka yang sendiri, ramai je orang yang kerja bagus tapi hidup sebagai gelandangan. Kalau di Kl ni ada disediakan Pusat Transit Gelandangan KL untuk mereka menumpang tidur dan makan. Cuma mereka yang tahu dan boleh mengubah kisah hidup mereka
mudah-mudahan kita dan kelurga dijauhkan dari ujian begini…
kesian kurang selesa.
nak mandi pun susah apatah lagi untuk aktiviti lain
alhamdulillah, kadang2 hati memang runsing memikirkan sangat ramai orang susah kat luar sana yang tak ada tempat berteduh dan sentiasa mengikat perut…macam mana nak bantu selesaikan ya supaya jumlah mereka berkurangan…
sunah sakura recently posted…Hari Berbaring Sedunia
tiada cara lain selain sidak pun berusaha mengubah hidup.
kawal pemikiran dan usaha dengan jalan agama.
jika tidak juga berjaya maka itulah ketentuan Allah.
selagi belum ajal..usahakan sedaya upaya.
Ada pelbagai kisah sedih di sebalik kehidupan gelandangan ni kan.. mcm2 kisah sedih & boleh dijadikan pengajaran..
kita boleh ambil iktibar dr kisah2 mrk.. moga kehidupan pakcik tu di permudahkan…
aamiin dan doakan juga untuk pakcik blogger ini..
dari hidup solo jadi double hehehehe
Begitulah dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh insan-insan tertentu.
ya bro.
moga kita dijauhi dari perkara begini
Semoga menjadi ikhtibar, tiada siapa pun yang mahukan hidup susah apatah lagi menjadi gelandangan.
Ujian juga kepada kita yang senang apakah yang patut dibantu.
Terima kasih MrH berkongsi kisah melalui pengalaman sendiri memang menarik.
Mrs. A recently posted…Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
ya…mari kita usahakan agar kehidupan ini lebih baik.
berusaha beramal kerama di situlah punca rezeki yang terbaik
Kisah yg menyayat hati dan nurani….
Introducer current acc recently posted…New Approval of maybank business current account of EDAYU EMPIRE from kelantan.
sedih mama baca semoga kehidupan gelandangan di malaysia ni berjaya dibela
ya memang..
ujian untuk mereka dan ujian juga untuk kita yang berdekatan
Realitinya, memang banyak yang kita boleh ambil iktibar daripada gelandangan ni. Seribu satu kisah.
iktibar dan pengajaran agar kita terhindar dari mengalami apa yang mereka lalui..
Allahu. mengetahui kisah mereka seperti ini memang membuka mata hati untuk kekal bersyukur kepada Allah Taala atas limpahan rezeki dan nikmat kepada diri ini 🙁
itulah mesej yang sepatutnya bila saya buka cerita begini..
Susah senang kehidupan dunia yang fana.memberi seribu warna kehidupan.
Loan business enterprise 2019 recently posted…PINJAMAN PERIBADI STANDARD CHARTED BANK HINGGA 250K UNTUK PERNIAGA DAN KAKITANGAN SWASTA.
semoga kita dijauhkan dengan musibah dan ujian kehidupan begini