Seawal jam 6.00 pagi admin bertolak dari rumah. Dengan menggunakan kudrat dua kaki, admin melangkah penuh semangat dalam trip solo dari Dalat ke Kuching.
Jam 6.15 pagi tiba jeti. Speedboat sudah sedia menunggu penumpang.
Speedboat berangkat ke Sibu tepat jam 6.30 pagi. Dengan 13 penumpang dewasa dan 5 orang penumpang speedboat yang berkuasa 300 hp laju meluncur sungai yang tenang.
Kebetulan pula air pasang jadi perjalanan sangat lancar.
Trip Solo Dari Dalat Ke Kuching
Bagaimanapun perjalanan solo kurang nikmatnya. Tiada teman untuk berbicara dan bercanda.
Jam 7.50 pagi speedboat kami mengalami kerosakan. Enjin speedboat terpaksa tukar propeller baru.
Kami berhenti betul-betul di tengah sungai. Lebih kurang 10 minit kemudian masalah sudah selesai.
Alhamdulillah.
Perjalanan diteruskan semula sehingga Speedboat kami selamat tiba di Terminal Penumpang Sibu kira-kira jam 8.15 pagi.
Keadaan tidak begitu sibuk kerana jam masih awal lagi. Ramai pengguna yang lain masih dalam perjalanan terutama dari bahagian Kapit,Song dan hulu-hulu Batang Rajang.
Admin terus bergegas ke kaunter tiket Ekpress iaitu pengangkutan air yang utama ke Kuching.
Bagaimanapun tiket sudah habis terjual. Berkali-kali juga admin minta kepastian dan ternyata tiket yang berharga RM55 sudah tiada lagi.
Masa perjalanan ke Kuching cuma 5 jam sahaja berbanding bas Express.
Ini bermakna admin perlu mencari laluan alternatif. Pilihan seterusnya ialah bas Express. Dari Terminal Penumpang Sibu admin terus bergegas ke stesen bas yang berdekat untuk mendapatkan bas transit ke terminal bas utama.
Tambang cuma RM1.40 untuk tempoh perjalanan 15 minit.
Jam 10.15 pagi admin sampai di terminal dan mendapati keadaan agak lengang. Kebanyakan orang ramai masih beraya ataupun kawasan di Sibu memang golongan minoriti menyambut Hari Lebaran.
Tanpa membuang masa admin ke kaunter untuk membeli tiket ke Kuching berharga RM50.
Bas pilihan tentulah Bus Asia kerana keselesaan, kebersihan dan keselamatan.
Menurut pemerhatian admin, pengurusan bas ini terbaik.
Alhamdulillah bas bertolak tepat pukul 10.30 pagi seperti yang dijadualkan.
Sekitar jam 11.30 pagi bas ini singgah di terminal bas Sarikei. Di sini berbondong-bondong penumpang bas.
Dengan kapasiti 45 penumpang rasa bas dah mula penuh.
Patutla agen tiket mengatakan satu tiket sahaja yang ada tinggal pada masa tersebut. Rata-rata penumpang dari Sarikei. Kebanyakan bercuti sempena Hari Raya biarpun bukan orang yang merayakan hari raya.
Dari Sarikei sehingga Jelukong admin tidur -tidur ayam. Sebelah menyebelah penumpang lelaki dan orang bekeluarga.
Sampai di Jelukong bas kami berhenti sekitar 15 minit. Di sini ramai yang melepas hajat masing-masing termasuk admin sendiri.
Maaf ya. Tandas tidak bersih kerana kemasukan adalah percuma. Mungkin itulah harga yang patut kita dapat.
Di sini juga admin sempat membeli dua bungkus Sneaker dan sebotol air soya dengan harga gila-gila iaitu RM12.
Belasah sahaja kerana perut sudah lapar tahap gaban. Yang penting halal dan bukan makanan terlarang.
Perjalannya diteruskan sehingga sampai di destinasi sebenar iaitu Kuching Sentral sekitar jam 6.40 petang.
Perjalanan 8 jam memang memenatkan punggung tau!.
Penutup
Untuk sampai ke bilik sewa murah admin menempah Grab dengan bayaran RM14 sahaja di Bandaraya Kuching.
Trip solo dari Dalat ke Kuching betul-betul berakhir jam 8.00 malam.
Perjalanan 14 jam dari kampung halaman ke Kuching bukan pilihan terbaik buat admin.
Namun demi mencari kehidupan yang lebih baik admin akur dan redha menempuhinya.
Mungkin selepas ini lebih gigih untuk Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Dalam 7 Ebook Terlajak Laris
In shaa Allah.
- Kemas kini 28/5/23
bro kena cepat cari jodoh ni supaya bila kemana-mana tidak kesejukan hehe
komen yang win….
kalau baca di FB pun ramai juga cari jodoh hahahaha
First time dengar nama tempat Dalat ni.
nama Dalat ada juga di Vietnam..
tapi Dalat yang ini di Sarawak hehehehe
Wah mahal juga kos perjalanannya untuk sampai ke destinasi tapi ada ongkosnya ok je
adalah dalam RM100 untuk satu trip..
kira masih murah berbanding saya guna flight dalam RM200 lebih
Nggak ada yang dipeluk yah ? Mending meluk bayangan sendiri ckck, pasti nggak bisa hehe
buat apa lah peluk bayang sendiri..
mana ada enak gitu hahahaha
Alhamdulillah, tinggal satu tiket saja…naik pengangkutan air lebih cepat dari naik bas..
betul tuan..
jimat 3 jam masa perjalanan
Jauh perjalanan…luas pandangan 🙂
Perjalanan 14 jam pasti memenatkan, lebih2 lagi jika berjalan solo…isshhkkkk
Selamat hari raya & maaf zahir batin.
apa boleh buat..
moga ada pengganti yang lebih baik
hai admind…sneaker tu sampai dua simpan untuk modal memikat yer?gurau saja bro…jgn marah…hehe
kalau ada yang nak dipikat apa salahnya
saya jeles x dpt naik bot… hahaha
hahahaha..
pergilah ke Sarawak.
travel ke area pendalaman yang guna bot