Generasi Z (Gen Z), iaitu individu yang lahir antara 1997 hingga 2012, merupakan generasi digital yang dibesarkan dalam era yang penuh dengan kemajuan teknologi dan globalisasi.
Mereka mempunyai cara berfikir yang unik, dipengaruhi oleh internet, media sosial, dan isu-isu global.
Jika anda ingin memahami Gen Z dengan lebih mendalam, berikut adalah ciri-ciri utama yang membezakan mereka daripada generasi sebelumnya:
Table of Contents
1.Mahir Teknologi
Gen Z ialah “digital natives“ kerana mereka lahir dalam dunia yang sudah mempunyai internet pantas, smartphone, dan media sosial.
Mereka cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru tetapi juga mudah tertekan dengan maklumat berlebihan.
2. Lebih Suka Kandungan Ringkas
Disebabkan pendedahan kepada pelbagai rangsangan digital, Gen Z cenderung mempunyai tumpuan yang lebih pendek atau terdedah kepada pop corn brain.
Mereka lebih gemar kandungan pendek seperti video TikTok, meme, dan infografik berbanding artikel panjang.
3. Prihatin Terhadap Isu Sosial
Gen Z sangat peka dengan isu-isu seperti perubahan iklim, kesamarataan gender, dan hak asasi manusia.
Mereka lebih cenderung menyokong jenama yang mempunyai nilai murni dan komitmen terhadap tanggungjawab sosial (CSR).
4. Minat Terhadap Keusahawanan & Kerja Bebas
Ramai Gen Z mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi, terinspirasi oleh kejayaan usahawan digital.
Mereka lebih gemar bekerja secara freelance, remote, atau memulakan perniagaan online berbanding kerjaya tradisional 9-5.
Kebebasan atau tidak mahu teringat jadi asas pemikiran generasi digital.
5. Mementingkan Keaslian
Gen Z kurang percaya kepada iklan konvensional dan lebih tertarik kepada jenama atau influencer yang autentik, jujur, dan dekat dengan pengikut.
Mereka lebih menghargai keterbukaan berbanding promosi yang terlalu “tersusun”.
6. Kesedaran Tinggi Terhadap Kesihatan Mental
Berbanding generasi sebelumnya, Gen Z lebih terbuka dalam membincangkan isu kebimbangan, kemurungan, dan tekanan mental.
Mereka mengutamakan self-care, terapi, dan work-life balance. Sayangnya generasi ini juga sangat ramai mengalami gejala konflik emosi
7. Perspektif Global
Dengan akses kepada media sosial, Gen Z lebih terdedah kepada pelbagai budaya dan isu global.
Mereka lebih inklusif dan mempunyai pandangan yang lebih luas tentang dunia.
8. Bijak Digital tetapi Prihatin Privasi
Walaupun mereka sangat mahir menggunakan teknologi, Gen Z lebih berhati-hati tentang privasi data.
Mereka memilih platform yang melindungi maklumat peribadi dan tidak mudah berkongsi butiran sensitif.
9. Lebih Gemar Kerjaya Tidak Konvensional
Gen Z cenderung memilih kerjaya kreatif seperti content creation, digital marketing, e-sports, dan kerja gig ekonomi berbanding pekerjaan pejabat tradisional.
Kesimpulan:
Gen Z di Malaysia & Masa Depan
Gen Z merupakan generasi yang dinamik, kreatif, dan peka dengan isu semasa.
Mereka membawa perubahan dalam cara bekerja, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan jenama.
Bagi syarikat, pemasar, atau majikan, memahami mindset Gen Z adalah penting untuk menarik minat, membina hubungan, dan mengekalkan relevansi dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Adakah anda seorang Gen Z? Atau bekerja dengan Gen Z?
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!
Anak-anak saya, tiga orang adalah gen Z. Ada betulnya. Memang hebat dalam apa saja gajet, semua belajar sendiri je. Kita tak pernah ajar. Kita pula yang boleh minta dia orang ajarkan benda app ke, game ke, teknologi ke, yang kita tak tahu. 😀
Itulah kehebatan gen Z
ada juga kelemahannya kerana jiwa mereka tidak sekuat gen Y macam kita
Kmk gen Y… hihihi… anak 2 org gen Z… lahir² internet nang dh laju… sik mcm mak bpknya dolok nk connect internet tipon umah alu engaged memanjang… bila dicerita mcm pelik jak sidak, sbb sidak dah nemu wifi ne ada agik dial up tmnet agik.. hahaha
samalah kita…
Generasi Y yang melahirkan generasi Z
dolok sik kedak kinek ..
semuanya sudah maju dan kedepan dalam teknologi
sidak nei ada kenal lagik kaset, disket atau CD atau CVD
Gen Z sukakan teknologi dan terlalu cepat beradaptasi bila melibatkan teknologi ni. ini paling ketara sewaktu saya nak present pakai powerpoint, mereka semua pakai canva dan pelbagai lagi software online yg sy sendiri baru tahu kewujudan nya
Pencari Info recently posted…Ahmad Fauwaz bin Fadzil Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan
kan…sekarang dah macam-macam ada
saya memang banyak sudah ketinggalan zaman
In shaa Allah dengan ada nya teknologi yang semakin canggih, harap Generasi kita akan datang akan terus cekal hadapi rintangan
in shaa Allah.
sebab itu keimanan penting kerana cabaran perlu dihadapi dengan cara tersebut
betul tu GenZ semua nak pantas hehe
kepantasan adalah kewajiban dalam dunia sekarang.
siapa yang lambat kena tinggal
hehe saya ketua gen Z! bab kerja remote, freelancer tu betul sangat, ramai budak2 gen Z yg pandai2 kerja dgn company luar negara secara remote. walaupun saya gen Z, tapi style saya mcm lebih ke millenials kot
wah hebat awak…ketua gen Z dan tahniah kerana kerja yang lebih advanze
dunia sekarang dan akan datang..kerja remote bukan sesuatu yang pelik
bahkan pejabat yang besar gedabak sudah tidak perlu
cukup guna HP atau laptop sebagai pejabat maya
ada sisi positif dan negatif memang anak2 gen Z ini.
anak saya yg sulung gen Z. tp yg bungsu gen alpha.
mereka memang cepat sangat menyerap teknologi. bahkan lebih jago drpd saya dalam hal edit video. cepat pula tuh 😄.
tapi ada keluhan dari teman2 saya yg memperkerjakan anak gen z di kantor mereka.
staff gen z ini cepat resign. Krn mereka bosan kerja kantoran. lalu banyak mau nya. padahal kerja belum beres. Krn itu teman saya yg orang HR memang kdg malas recruit anak gen z. kalo ada pilihan gen millenial, dia lebih suka ambil staff itu 🤣
betul tu Fanny
sebagai orang yang bekerja…memang saya perasan juga keadaan tersebut
Gen Z sukar beradaptasi dengan cara orang lama bekerja
mereka suka bebas dan berinovatif dalam pekerjaan
tidak boleh dikongkong
jika ada kongkongan…mereka akan protes dengan pelbagai cara
lifestyle mengikut peredaran zaman, walaupun kita adalah gen y, bayangkan lifestyle zaman p.ramlee, zaman 70-an, dan mula mula masuk zaman tv bewarna.
begitulah seterusnya
Snapbackpacker recently posted…10 Homestay & Resort di Kundasang dengan Pemandangan Gunung Kinabalu
Itulah dinamakan revolusi manusia
pasti ada perubahan demi perubahan yang mesti dilalui oleh kita semua
bahkan kita akan melalui setiap fasa tersebut tanpa menyedari
Tulisan kali ini memang menarik untuk di baca. Penuh info yang diketengahkan untuk mengenali siapa Gen Z ini. Tapi betullah, Gen Z ni memang power dan multitasking sambil scroll TikTok, marah dunia, sayang kucing 😹 Sepertinya posting tuan Hanafi kali ini macam manual rahsia nak faham Gen Z ni… tapi kena baca cepat-cepat sebelum perhatian diorang lari!
AhmadiKatu recently posted…Kerjaya Guru di Malaysia: Dulu & Kini
Gen Z mempunyai pop corn brain juga…susah nak kekal fokus pada satu tempat untuk masa yang lama
saya Gen purba memang perlu kenali mereka kerana mereka adalah golongan anak-anak yang menuju kedewasaan
keje dgn gen z ni 1 boleh sy puji. diorg jenis cpt update sgn hal semasa. kalau borak mcm2 topik diorg still boleh follow. bkn terpinga2 mcm x tau apa
Mungkin info terkini banyak masuk dalam fikiran mereka..
jadi mudah untuk bersembang jika banyak info
Anak saya yang bungsu lahir tahun 1998, berarti dia masuk kelompok Gen Z ini nih Mas.
Beberapa ciri diatas memang saya lihat ada pada anak saya tersebut. Salah satunya demikian sangat tertarik dengan dunia digital.
Apapun semoga para Gen Z ini membawa perkembangan baik kedepannya.
Salam,
wsalam.
Gen Z bakal mewarisi apa yang kita lakukan sekarang ini..
in shaa Allah memang akan beri manfaat juga nanti.