10 cara jadi kaya dan petanda lebih kaya menurut Denny Darko

Cara jadi kaya sentiasa bermain dalam fikiran saya.Sedang asyik memikirkan cara jadi kaya, saya terjumpa satu video dari Denny Darko.Video tersebut sangat mengujakan.

Denny Darko adalah figura hipnotis pentas Indonesia yang saya kenal sejak tahun 2015 lagi. Namanya sebaris dengan figura hipnotis pentas terkenal yang lain seperti Ferdians, Uya Kuya dan Tomy Rafeal.

Ya,nama-nama ini sudah saya ketahui sejak tahun 2015.

Saya tidak mengulas lanjut siapa mereka ini. Cuma saya perjelaskan siapa dia Denny Darko menurut kaca mata saya.

Denny merupakan1st Indonesian Sand Animator, penghibur hipnotis pentas, ahli silap mata dan Tarot Reader atau pembaca nasib menggunakan kad.

WAJIB BACA :   5 pesanan hebat dari Afnan Rosli [edisi kemas kini]

Orangnya memang kacak. Ada gaya tersendiri. Punyai tone suara yang jelas dan mantap.

Yang pasti sudah beristeri dengan Vina Candrawati pada tahun 2008 lagi.

Berbalik kepada topik asalnya.

Denny telah berkongsi dengan followernya tentang topik kegemaran saya.Topik mengenai tanda-tanda orang yang akan menjadi lebih kaya dari sebelumnya.

Ada 10 tanda tersebut. Saya cuma catatkan point-point penting sahaja. Selebihnya boleh menonton sendiri video yang akan saya kongsikan pada penghujung artikel ini.

Berikut adalah point yang saya tulis semula.Huraian dan penjelasan ada dalam video tersebut.

1.Kita ditinggalkan oleh teman-teman

2.Kita berfikir mahu pendapatan yang lebih

3.Kita berhenti menabung tetapi mula membuat pelaburan

WAJIB BACA :   Apa penghalang kejayaan kepada manusia?

4.Kita berhenti menyalahkan orang lain

5.Cemburu secara sihat dengan kekayaan orang lain

6.Berhenti mengkritik orang lain di media sosial

7.Berkumpul dengan orang lebih sukses

8.Bahagia dengan memberi kepada orang lain

9.Tidak peduli dengan pendapat negatif orang lain

10.Banyak orang yang tidak suka dengan kita

Jom lihat videonya :

  • Kemas kini 15/5/24

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge