Saya dah lama khatam buku bertajuk “ Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”.Memang bagus cuma belum terbaik.Isi kandungan berkisar kepada perbicaran soal jodoh.
Amat elok untuk dibaca oleh mereka yang tengah mencari jodoh atau sedang mempertahankan jodoh masing-masing.
Gaya bahasa yang digunakan santai dan mudah dihadamkan oleh minda.Ketebalan cuma 331 mukasurat.Boleh dikatakan tebal juga.
Dalam buku tersebut terbahagi kepada 33 bahagian.Ia diterbitkan pertama kali pada tahun 2012 dan kini ( buku yang saya beli ) adalah cetakan yang yang keenam.
Penulisnya ialah Sakinah Salleh, seorang perunding motivasi, kaunselor dan dan jurulatih pelajar sekolah dan penuntut universiti.
Rasanya itu saya yang boleh saya kongsikan kali ini.Jika nak lebih boleh cari sendiri di kedai buku yang berdekatan.
Jika ada pertanyaan boleh sahaja saluran pada ruangan komen.
Sepertinya ulasan buku ini menceritakan signal-signal atau kode seseorang menunjukkan rasa suka kepada seseorang, ya … agar lebih peka menangkap signal itu, buku ini jadi panduannya.
Buku yang menarik.
betul mas..
memang buku yang menarik..
biasalah tentang jodoh
rasanya penah baca sikit / sekejap tu pun sbb singgah booth ms pesta buku selangor. hehe
tu tandanya ada minat nak cari jodoh jugalah hahaha
Kena bagitau adik-adik muda yang tengah nak cari jodoh ni 🙂
Wan Syahida recently posted…Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya
hahaha…
bukan setakat adik muda je..
akak-akak yang single juga perlu
Dulu sebelum kahwin, saya selalu beli buku panduan macamni. Risau nak buat keputusan..tapi sekarang alhamdulillah..
alhamdulillah..
pengalaman tersebut boleh diperturunkan kepada anak-anak pula
menarik untuk orang yang sedang usaha mencari jodoh. apply mana-mana tips kalau menjadi untung juga ye.
syaratnya rajin mencuba..
usaha tangga kejayaan
Menarik juga untuk dibaca tu..
sejujurnya memang menarik..
tak menyesal kalau dah dapat memiliki
sepertinya saya butuh buku ini dan kemungkinan akan saya cari nanti di toko buku.
saya tidak ada dijual lagi tak ?
boleh cari secara online