Dua bulan tenggelam dalam dunia AI: Inilah yang saya pelajari

Sudah hampir dua bulan saya tidak begitu aktif di blog. Sekali-sekala saya tetap mengemas kini konten, walaupun tidak banyak mana. Semua ini gara-gara terlalu asyik bereksperimen dengan dunia kecerdasan buatan—sama ada menghasilkan video mahupun imej.

Perkembangan teknologi AI seperti Gemini, ChatGPT, META AI dan Grok benar-benar bergerak pantas. Perubahan datang hampir setiap hari sehingga mustahil untuk sesiapa pun mengejarnya. Kadang-kadang pengguna sendiri menjadi leka, termasuklah saya.

Namun, di sebalik kesibukan itu, saya berjaya mempelajari kemahiran baharu iaitu seni bermain dengan prompt. Hasilnya, saya dapat menghasilkan tiga karya utama: drama AI, video klip AI dan movie futuristik AI versi bersiri.

WAJIB BACA :   Perbaharui domain blog dengan NetKL Network

Drama tersebut saya kongsikan setiap hari di platform Threads.
Video klip pula saya simpan dan paparkan di akaun TikTok CODE007.
Untuk movie bersiri AI episod 1, saya siarkan di saluran YouTube CODE007 Official.

Imej-imej AI juga sering saya kongsikan di status WhatsApp. Kini, saya sudah aktifkan FB Pro untuk perkongsian yang lebih konsisten, terutamanya bagi video dan imej.

Cuma satu yang saya terlepas pandang—iaitu berkongsi hasil imej tersebut di blog ini.

Bayangkan, dalam masa dua bulan sahaja, sudah banyak konten yang sepatutnya boleh dimasukkan ke sini. Namun, saya yakin tidak terlambat untuk memulakannya semula. Insha-Allah, selepas ini saya akan berkongsi imej bersama prompt sekali.

WAJIB BACA :   Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya

Jika ada yang berminat mendapatkan prompt tersebut, saya akan pandu mereka terus ke blog.

Boleh ke buat begitu?

Sudah tentu boleh. Blogger sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding netizen, influencer atau sesiapa sahaja—kerana kekuatan kita terletak pada platform blog itu sendiri.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.

Leave a comment

CommentLuv badge