Ada sesiapa yang setuju bahawa miskin itu mahal? Kedengaran macam pelik, tak logik dan ada kemungkinan tidak benar.
Baiklah, saya cuba kupas dengan ringkas topik ini untuk meletakkan pendirian pembaca bahawa ia bukan pelik, ada logik dan memang benar.
Cuma tidaklah betul seratus peratus.
Itukan pendapat.
Kita mulakan dengan tempat tinggal.
Orang miskin sukar membeli rumah.
Mahu atau tidak mahu terpaksa menyewa bilik atau rumah seumur-umur.
Kesudahan tiada hak milik tempat tinggal. Tetapi wang habis hanya kemudahan tempat tinggal secara sementara sahaja.
Sekarang topik paling asas yakni makanan.
Orang miskin makan ala kadar bahkan tidak mencukupi. Jika membeli barang pun dalam kuantiti yang sedikit yang mana ia tidak jimat pun.
Nak beli banyak tidak mampu.
Jadi beli sikit-sikit yang akhirnya guna duit yang banyak dalam masa panjang.
Kos tinggi di situ.
Begitu juga dengan kenderaan.
Rata-rata orang miskin tidak memiliki kenderaan yang bagus sebagaimana orang kaya.
Kalau guna kereta pun mungkin kereta terpakai yang pasti kos baik pulih memang tinggi.
Duit terpakai untuk baiki sana dan sini sehingga sukar ada lebihan tunai dalam tangan.
Hutang lagi ada.
Bila sebut tentang hutang pula, orang miskin akan guna pelbagai barangan elektronik yang bayar ansur-ansur.
Tempoh pembiayaan bukan tiga bulan malah ada yang mencecah tiga tahun,
Sedangkan barangan elektronik tersebut jika dibeli tunai jauh lebih murah berbanding ansuran bulanan.
Sekali lagi orang miskin akan merasai kehidupan jadi mahal.
Cukup tak penerangan ringkas ini.
Artikel ini tidak bertujuan atau berniat untuk memandang rendah orang miskin kerana saya juga masih berada dalam ‘kasut yang sama’.
Fahamkan bahawa miskin itu ujian dan kaya juga ujian. Rezeki kita semua hanya Allah SWT yang bagi.
Selebihnya jom layan grafik hasil janaan NotebookLLM dan Youtube.
Segmen harian potret AI

I am standing at the minbar inside Masjid Nabawi in Madinah. The background shows the iconic green and gold architectural details, intricate Islamic geometric patterns, and soft glowing chandeliers.
Warm spiritual lighting fills the mosque, creating a serene and sacred atmosphere.
I am delivering a prayer sermon with calm confidence and deep sincerity. Natural hand gestures while speaking, realistic posture, subtle facial emotion, expressive but composed body language.
Ultra-detailed skin texture, cinematic lighting, shallow depth of field, professional DSLR photography style, sharp focus, 8K realism, spiritual ambiance.
