MCMC Nexus merupakan aplikasi yang terbaharu untuk mengkaji kelajuan dan kepantasan internet di tempat kita.
Secara jelasnya, MCMC NEXUS ialah sebuah aplikasi mudah alih untuk mengukur prestasi internet dan rangkaian bagi memastikan ia mematuhi Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).
Aplikasi ini juga disepadukan dengan aplikasi Peta JENDELA, sekali gus meningkatkan keupayaannya.
MCMC NEXUS menawarkan fungsi ujian kelajuan yang komprehensif, termasuk pengukuran bagi kelajuan muat turun dan muat naik, jitter, serta ping merentasi rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi.
Ia kemudiannya menyediakan maklumat hampir masa nyata kepada penyedia perkhidmatan dan juga MCMC, membolehkan mereka mengetahui tahap kualiti perkhidmatan.
Saya terjumpa info ini ketika melayari Threads.
Berminat boleh pasang di pautan ini.
Dulu saya suka guna FAST untuk semak kelajuan internet.
Tapi tulah, sekadar semak jer.
Rata-rata saya jumpa memang talian internet perlahan waima di pejabat ketika ramai yang guna.
Keadaan laju cuma pada waktu awal pagi saja.
Semakin malam dan tengah malam lagi perlahan.
Apa-apapun saya terpaksa reda dan bersabar dengan keadaan tersebut.
Kalau ada kemampuan mahu juga cuba Starlink.
Tengok la setelah semuanya ok terutama pergolakan di Timur Tengah sudah reda.
Ekonomi pula diharap lebih pulih dan lebih baik pada masa yang mendatang.
Segmen potret AI
