Kuatkan Hati Untuk Sepanjang Hari

Kuatkan Hati Untuk Sepanjang Hari…Hidup ini kalau tiada dugaan tak seronok.Tiada cabaran untuk fikiran dan perasaan.Sebab itu dugaan atau cabaran memang diwujudkan untuk menguatkan hati.Orang yang berjaya hati mereka sangat kuat.Emosi mereka sangat stabil.Jarang tersentuh hati dan mampu kuasai emosi supaya tetap tenang.

hati yang kuat

Dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang dah masuk hari ke lima,mrhanafi memberi fokus untuk kestabilan emosi.Perkara yang remeh temeh ataupun yang tiada memberi manfaat tidak wajar untuk dikenang.Sebab kalau dikenang boleh menguris hati dan perasaan,

Hati yang terlalu sensitif tidak bertempat tiada gunanya.Kehidupan yang bahagia dan gembira sukar untuk diperolehi.Pernah tak ada orang kata ‘happy go lucky’.Orang begini sangat positif dan mampu meraih kejayaan dalam keadaan paling sukar sekalipun.

Jadi hari ini mrhanafi nak latih hati supaya kuat.Latih hati supaya tidak cepat emosional walaupun cacian,makian dan sindiran paling pahit untuk didengar.Anggap sahaja kata-kata itu satu suplimen untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.Lupakan yang pahit dan kenangkan yang manis.Itu dah cukup untuk memberi kekuatan pada hati.

{sekilas pandang}

Hati yang kuat atau emosi yang stabil amat diperlukan dalam menjalani kehidupan ini.Jika tidak mrhanafi atau mungkin juga pembaca sukar menikmati kehidupan ini dengan rasa bahagia,tenang dan syukur.

In shaa Allah kehidupan yang mrhanafi sebutkan ini akan menarik rezeki sebagai yang ada dalam buku dibawah ini:

(Visited 29 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Kuatkan Hati Untuk Sepanjang Hari

Leave a Comment

CommentLuv badge