Alkisahnya belajar menulis ayat cinta

Ini kisah 30 tahun yang lepas.Berkerut juga dahi untuk cuba mengingat kembali peristiwa yang sudah berlalu terlalu lama.

Saya ketika itu masih di tingkatan lima.Penampilan masih comot tetapi popular kepada pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Senang sahaja tipsnya.Tawarkan diri untuk berada di hadapan pelajar ketika perhimpunan sekolah.

Oleh kerana saya popular, jadi peluang untuk digilai gadis pingitan juga tinggi.

Beginilah kisahnya.

Saya diminati dan meminati si M ( nama samaran ).

M ini baru tingkatan tiga dan selayaknya jadi adik.Saya pula jadi abang kerana sudah berada di tingkatan lima.

Hubungan perasaan kami berputik dari hari ke sehari.Kami tidak dating berdua atau bertiga sebagaimana budak-budak sekarang,

Kami dating hanya menggunakan lembaran kertas.

Bahasa mudahnya, menulis surat cinta yang menggunakan ayat berbunga-bunga.

Sesiapa yang membacanya pasti khayal seketika.

Hidup bagaikan terawang-awang di langit nan biru.Mungkin boleh landing seketika atas bulan yang sedang mengambang.

Inilah gambaran ketika membaca bait-bait bicara dalam surat cinta tersebut.

Kisah orang lama.hahaha.

Surat M tidak juga hebat sangat.Biasalah budak tingkatan tiga.

Saya pun tidak ingat lagi bagaimana larasĀ  bahasa danĀ  susunan mesej surat M.

Apa yang saya ingat surat saya untuk M.Sebab saya yang tulis.Menulis lebih menguatkan ingatan berbanding sekadar membaca.

Nota untuk pelajar :

Jangan belajar sekadar membaca.Buat catatan dengan menulis untuk memudahkan ingatan.

Ketika pelajar lain sibuk mentelaah pelajaran, saya pulak sibuk menulis ayat cinta untuk M.

Tulisan tangan sahaja.Belum ada komputer pada masa itu.Telefon bimbit pun tidak terlintas bagaimana rupanya.

Sebelum menulis saya cuba membayangkan muka si M.Tak juga cantik sangat.

Tapi boleh tahan juga.hehehehe.

Setelah mendapat feel maka jari saya yang runcing dan lentik ini menari-nari atas hamparan kertas.

Dengan menggunakan sebatang pen biru jenama Kilometrico saya menulis penuh penghayatan dan perasaan.

Menulis dengan berhati-hati tanpa mahu meninggalkan sebarang kecacatan seperti typo dan kesalahan tatabahasa.

Punyalah gigih menulis untuk menyatakan perasaan kepada M.

Pada suatu hari, operasi berbalas surat cinta ini diketahui pengetua sekolah.

Surat saya dirampas.Saya dihukum dengan membaca depan kelas.

Punyalah malu.Hanya Tuhan yang tahu.Jika muka saya ditoreh dengan pisau pada masa itu , rasanya tiada setitispun darah mengalir.

Saya tidak ingat lagi bagaimana reaksi rakan sekelas yang lain.

Mereka mencemuh atau bersimpati juga saya tidak dapat pastikan.

Apa yang mampu saya ingat, saya menggigil sekujur tubuh.Bagaikan ada malaikat maut tengah melimpas jasad saya ketika itu.

Nasib baik tidak terkencing dalam seluar.Kalau tidak bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Selepas kejadian itu hubungan perasaan saya dengan M berakhir.

Dia pindah sekolah kerana mengikuti ayahnya bertugas tempat lain.

Kisah itu saya noktahkan.Tiada apa yang menarik kerana semuanya sudah menjadi kenangan yang tidak bisa diubah.

Kesan menulis semakin sebati dalam diri saya.Keupayaan saya berkomunikasi semakin baik.

Tidak juga terbaik.

Saya mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti kebahasaan.

Cuma saya pelik karangan Bahasa Melayu saya tidak pernah masuk majalah sekolah.Sedangkan itulah impian saya untuk menjadi penulis ketika zaman sekolah.

Kini saya bersyukur.Dari belajar menulis ayat cinta sejak 30 tahun dahulu menyebabkan saya jatuh cinta lagi.

Eh silap ! Saya gurau.

Saya memilih kerjaya sebagai blogger untuk meneruskan minat menulis.Bukan ayat cinta lagi tetapi ayat pemikat jodoh.

Hahahaha.

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk 22 Ramadan 1441H.

8 thoughts on “Alkisahnya belajar menulis ayat cinta”

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: