Sekarang hangat diperkatakan di media sosial bahawa lelaki yang sesuai, pilihan terbaik dan ideal untuk dijadikan pasangan hidup ialah suami provider.
Saya pun tertanya-tanya apa ke benda suami provider nie ?
Saya tidak mahu merujuk ChatGPT, Gemini atau CoPilot.
Biar saya terangkan melalui sudut pandang secara manusiawi saja.
Biar otak dan minda saya bekerja.
Kalau suruh AI (kecerdasan buatan) atau ML (pembelajaran mesin) yang buat, sel-sel otak saya tidak aktif berhubung nanti.
Lama kelamaan manusia yang sepatutnya sebagai khalifah muka bumi menjadi nyanyuk dan kurang cerdas.
Betul tak ?
Saya khususkan maksud suami provider dalam bab kewangan saja.
Suami provider ialah lelaki yang boleh memenuhi keperluan dan kemahuan isteri secara praktikal dan logikal.
Kita kecilkan lagi skop hanya kepada suami dan isteri.
Anak-anak tolak tepi dulu sebab ini adalah permulaan kepada mereka yang ingin berumah tangga.
Suami provider yang sempurna pada tahun 2026 ialah mereka yang mempunyai pendapatan minimum RM10k sebulan.
Lagi tinggi lagi baik.
Ingat jumlah lelaki yang berada di kelompok ini sangat terhad (edisi terhad).
Kebanyakan golongan ini lebih memikirkan kerjaya, pencapaian peribadi dan kurang kepada keinginan berumah tangga.
Realiti ini menjadi cabaran paling berat kepada wanita untuk mendapatkan jodoh idaman.
Begitu juga hakikat paling kelat untuk ditelan lelaki bagi mendapatkan isteri jika tidak melepasi syarat ketat sebagai suami provider.
Dah…jangan susah hati dengan kenyataan tersebut.
Jom kita breakdown satu persatu mengapa saya kata sempurna dengan pendapatan RM10k sebulan.
Agihan pendapatan ‘suami provider’
1.Rumah = RM2000
Rumah yang dibeli atau menyewa. Yang penting jangan tinggal dengan ibu bapa setelah berumah tangga kerana tinggal bersama ibu bapa menyebabkan isteri rasa kurang selesa dengan kedua mertua, ipar duai dan sebagainya.
Jumlah ini termasuk kos penyelenggaraan, kos pembersihan dan segala kos yang tersurat atau tersirat.
2.Kereta = RM1000
Kalau nak selesa beli kereta yang besar kerana boleh diguna untuk jangka panjang atau beli kereta kecil tetapi perlu dua buah.
Satu sendiri pakai dan satu lagi isteri yang guna.
Ingat jumlah ini termasuk cukai, takaful dan kos penyelenggaraan.
3.Petrol = RM600
Nak jimat petrol mestilah guna kereta elektrik atau kereta kecil dengan anggaran perjalanan tempat kerja daripada rumah dekat.
Cara memandu juga perlu berhemat dan bukan berjiwa kelajuan.
4.Segala bil = RM1000
Jika takut terlebih bayar bil, berjimat penggunaan elektrik, air, gas dan sebagainya.
Bil untuk tol akan diabaikan jika berada di Sarawak atau Sabah.
5.Belanja dapur = RM1000
Dengan harga barang kering, barang basah dan sebagainya yang sentiasa meningkat sudah tentu belanja dapur macam nyawa-nyawa ikan dengan bajet sekitar RM1000.
Jadi kurang makan yang tidak perlu dan jauhi amalan pembaziran.
6.Simpanan = RM1000
Bayangkan dengan pendapatan RM10k tetapi simpanan cuma 10 peratus tentulah belum terbaik lagi. Ingat, simpanan ini termasuk dana kecemasan, dana pelaburan saham ASB, haji, emas dan sebagainya.
7.Elaun isteri = RM1700
Pemberian elaun isteri seperti gaji minimum pekerja di Malaysia sebenarnya logik jika isteri betul-betul mahu jadi suri rumah tangga.
Elaun ini terpulang dengan isteri untuk belanja sama ada alat solek, hobi, hiburan, me time dan sebagainya.
Usah dipertikai kerana nilai duit itu semakin hari semakin menyusut.
8.Elaun kedua ibu bapa = RM1000
Ibu bapa yang masih susah perlu diberi elaun untuk keperluan hidup mereka.
Kalau mereka jenis berada, elaun boleh ditukar kepada bentuk lain seperti hadiah hari jadi, pakej umrah, melancong atau staycation yang menarik.
Dulu ibu bapa hidup susah sebab berkorban untuk anak-anak.
Namun elak jadikan ‘budaya sandwitch’ pulak. Anak tanggung ibu bapa dan anak itu juga tanggung anak sendiri. Kos hidup jadi bertambah pulak nanti.
9.Zakat = RM250
Zakat pendapatan jangan buat-buat lupa. Sama seperti zakat fitrah yang wajib kita bayar dalam bulan Ramadan yang bakal kita sambut tidak lama lagi
10.Sedekah = RM350
Sedekah adalah perbuatan yang termulia untuk menarik rezeki lebih lancar dan laju.
Setiap kali masuk masjid buat la sumbangan sama ada ketika solat fardu lima waktu dan solat Jumaat
11. Wang saku = RM100
Rasa nak tergelak dan nangis pun ada dengan jumlah wang saku sendiri berjumlah RM100. Sedangkan pendapatan RM10k sebulan.
Mana nak letak muka kalau sekadar belanja kawan-kawan minum air suam, bagi gula-gula atau keropok kepada rakan sepejabat dan sebagai.
Duit RM100 kalau dibelanja selama 30 hari bersamaan RM3.33 saja untuk sehari.
Alamak keras sungguh hidup ini dan wahai lelaki perlu tabahkan hati jika nak jadi ‘suami provider’.
Kesimpulan
Angka dan pecahan pendapatan tersebut akan berubah lagi setelah ada anak kerana komitmen sudah berubah.
Ada kemungkinan pendapatan suami boleh bertambah.
Tidak mustahil juga pendapatan suami akan berkurangan.
Malah dalam jangkaan senario terburuk, boleh jadi langsung tiada pendapatan selepas perkahwinan jika begitu takdirnya.
Sebagai lelaki perlu juga bersedia mental dan emosi jika bukan lagi jadi suami provider maka usia perkahwinan akan berakhir juga.
Itulah realiti dunia yang berpaksi kepada alam nyata dan bukan kepada keimanan dan ketakwaan.
Sebab itulah jangan terlalu obses dengan angka pendapatan tetapi biarlah percaya 100 peratus dengan rezeki aturan Allah SWT.
Wallahualam.
Segmen harian potret AI


kalau dari segi percentage lebih nampak…bila komitmen sudah mampu dan ada lebihan isteri dan anak untuk shopping kat shopee lagi provide =p
Snapbackpacker recently posted…Homestay Abah D Yan: Penginapan Tepi Laut & Latar Gunung Jerai di Yan, Kedah
Saja jer buat macam tu bro.
Kalau percentage nampak mcm bro.
Cuma saya nak sampaikan bahawa gaji besar mana pun jika cara belanja tidak bijak maka akan wujud tidak cukup duit.
Gambar AI hari ni, tak seperti prompt yang ditulis, saya rasa.
Suami provider tak semestinya gaji 10K sebulan. Kesian mereka yang bergaji kurang dari itu. Cukup itu subjektif. Allah dah tentukan rezeki untuk setiap orang itu mencukupi. Mungkin orang tengok kita serba kekurangan, tapi asalkan kita bahagia, Alhamdulillah.
Tot recently posted…Pokok bawah bumbung
hahahaha…betul juga..baru saya perasan.
BTW saya sudah perbetulkan dan tq atas feedback. Tak sangka ada juga ambik port benda nie
Saya setuju..angka RM10k yang saya buat sebagai gambaran mudah untuk pembahagian perbelanjaan.
Bahkan income juga sangat subjektif ..income kecil tapi berkat pasti hidup bahagia
Suami provider, isteri provider, nang macam² jak kinek.. makin besar periuk makin besar juak kerak nasik… so susah juak nk madah nk oo.. hidup berumah tangga tok perlu ada toleransi & give and take..
Kacak view ya eh.. klak kmk copy prompt ya ah
yelah tek.
Masalahnya orang kinek semakin pande tetapi cara fikir sik berasaskan ajaran Islam 100 peratus.
Banyak dicampuri oleh pemikiran duniawi dan materialisme
jenuh juga nak cari yang gaji 10k sebulan ni.. hihihi.. apa pun, perbelanjaan ikutlah pendapatan, jangan silap ukur baju di badan sendiri pula.. hihihi
Memang di Malaysia belum bersedia sangat untuk pendapatan RM10k..
Kalau di negara luar memang ya dan kos hidup juga pasti lebih tinggi.
Jalan selamat, hidup la suami isteri dengan cara melengkapi dan bukan mengekploitasi
Kalau cam tu… bukan uncle lah…. hehehe
Saya pun belum la uncle
tapi akan datang kot hehehe
Salam singah, baca..menarik artikal ni..jika begitu keadaan, wanita yang biasa, kesedarhanaan akan menjadi pilihan lelaki pula untuk jadi pasangan hidup, lelaki kena bijak juga mana wanita ideal baginya..jika terpilih atau dah jodoh wanita disebalik tabir mahukan suami dia PROVIDER, kenalah berusaha memenuhi kemahuan isteri..mybe ada tekanan diluar jangkaan..
wsalam.
Sebab itulah cari yang sekufu dan cara pemikiran yang hampir sama.
Kalau luar daripada itu…memang cabaran hebat dan berat.
Perkongsian hidup suami isteri bukan sehari dua bahkan selama-lamanya.
RM10K adalah menghampiri kepada kategori T20. Kalau di sektor kerajaan siapa yang di jawatan 13 ke atas yang ada gaji begini.
Subjektif isu suami provider ni kan sebab setiap situasi orang tidak sama. Ada yang isteri terpaksa jadi provider.
Semoga Allah merahmati kita semua dan tiada dakwa dakwi di mahkamah ‘sana’ bab apa yang wajib terutamanya nafkah
Itulah dunia.
sangat sukar untuk diperkatakan pasal perkara ini.
sesiapa yang faham agama, in shaa Allah akan berusaha untuk mengatasinya
Sebenarnya tak susah pun kalau suami & isteri faham bab nafkah… Islam dah mudahkan semuanya, cuma manusia saja suka benda2 yg rumit…
Ramai wanita melihat nafkah sebagai “duit” atau “gaji”.. Gaji 10K pun kalau rumah sewa pun bayar sampai 5K tetap tak cukup.. Bila gaji besar dan lifestyle pun besar semuanya rasa tak cukup..
Ada suami yg bergantung dgn pendapatan isteri sebab itu isu-isu suami provider selalu diperdebatkan… Apapun kena sentiasa bersyukur dan selalu ingat bahawa rezeki tu Allah yg bagi…
Sy dengan suami suka berdiskusi hal-hal mcm nie
Terbaik la Nurul dan wajib berbincang serta guna komunikasi berkesan dengan pasangan dalam bab provider nie.
Gunakan budi bicara dan tolenrasi agar saling meredai tindakan.
Alasan untuk guna RM10k sebagai suami provider sempurna hanya teori yang sangat cantik atas kertas. Realiti kehidupan beberapa kerat saja berada dalam kategori demikian jika baharu saja bekerja.
besar periuk nasi maka lebih besar keraknya…apa2 pun, kena manage finance wisely dan wajib ada tabung kecemasan 🙂
Fitrah manusia…bila mampu akan besar juga lifestyle
Untuk selamat selain tabung kecemasan perlu ada pelaburan yang boleh compounding duit…
lagi lama lagi baik
jika isteri yg suka meminta minta byk mana pun gaji tetap tak cukup.. jika saling faham memahami dah hidup pun berpada pada insyallah cukup.. yg penting pd keberkatan bukan pada jumlah.. apa pun setiap org tahu provider itu ditahap mana pada badan sendiri.. ☺️
Sebab itu sangat beruntung jika dapat pasangan yang Qanaah dan saling memahami.
Jika luar daripada itu, bersedia hadapi gelombang dan cabaran ekonomi dalam rumah tangga.