Cara lajukan blog sepantas kilat

Sehari suntuk saya cari cara lajukan blog.Saya inginkan blog sepantas kilat.Baru puas.Baru seronok rasanya.Saya berharap pembaca seronok membaca blog ini.Sebab objektif utama blog ini untuk menambah rasa bahagia pembaca.Mungkin disebabkan blog yang laju dan  minimalis.

Bak kata omputih, “ Nobody Likes a Slow Website “

Blog atau website yang terbaik wajar mempunyai kelajuan loading bawah 4 saat dan atas 8 saat dikira kurang ummp.

Manusia akhir zaman semakin kurang sabar.Dulu-dulu ok jer.Mentang-mentang kita sudah memasuki kepantasan teknologi 5G.

Atas sebab itu saya telah gatal tangan untuk mengusik organ dalaman blog ini.Pelbagai cara lajukan blog telah saya cuba baik cara menukar atau memasang sesuatu.

Sebagai pengguna blog WordPress tentu proses menggunakan plug in open soure yang telah disediakan.Untuk pengguna Blogspot boleh menggunakan Theme AMP.Setakat ini saya telah menggunakan theme AMP pada blog Obses Buku.

beginilah alkisahnya cara lajukan blog

Blogger old timer

Pagi-pagi lagi saya bermain dengan konsep mencuba.Saya cuba install dan uninstall plug in yang dikhususkan untuk melajukan blog..Banyak masa juga digunakan untuk proses mencari dan mengaplikasi strategi  try and error.

WAJIB BACA :   Senarai Blogger Malaysia Yang Mempunyai Gaya Penulisan Hebat

Berita baiknya, pada pagi itu saya belum berjaya.Dalam erti kata yang lain saya berpeluang lagi untuk mencuba.

Aktiviti petang pun sama.Saya mencuba lagi beberapa plug in seperti yang disarankan baik cara auto dan manual.Hasilnya belum berjaya.Alhamdulilah koding theme blog saya lintang pukang.Berita baiknya saya akan mecuba lagi.

Saya bertekad jadi kamikaze ke atas blog sendiri.Dengan pengalaman ala-ala tikus baiki labu, akhirnya blog saya menjadi lebih teruk.Ketawa tanpa suara la jawabnya.

Peluh jantan mula mengalir kencang.Hati mula gundah gulana.Fikiran sudah berkecamuk.

Saya nak minta tolong dengan awek yang mana satu sekiranya ada masalah dengan koding blog WordPress ini.Tambahan pula theme yang menggunakan Java Script dan kod css pula agak rumit untuk dihadam minda.Inilah cabaran apabila tidak ada awek dalam circle webmaster.

Pada malamnya, saya cuba lagi.Ada plugin yang saya delete dan ada juga yang saya reinstall balik.Kod Theme blog yang berkelaru pada bahagian head saya perbaiki dengan salin semula dari sumber asal.Pada masa itu sudah hilang idea juga.

Oleh kerana impian saya untuk melajukan blog sepantas kilat semakin membara, saya cuba lagi.Saya akui susah untuk berhenti mencuba selagi belum berjaya.

Adakah begini ciri-ciri orang akan menjadi kaya di dunia dan akhirat ?

WAJIB BACA :   Kes Studi : Artikel blog Yang Orang Tak Suka Baca.

Kalaulah Thomas Edison masih hidup dan duduk sebelah saya, tentu dia mengaru kepala yang berambut serabai.hehehe

Prinsip kami sama.Mencuba dan terus mencuba dalam mengharapkan ada kilauan emas di hujung terowong.

Alhamdulillah setelah tikus membaiki labu keletihan, barulah saya jumpa teknik yang mudah untuk lajukan blog iaitu menggunakan Plug in AMP.

Makhluk AMP ini bermaksud Accelerated Mobile Pages.

Cara lajukan blog ini saya tulis ringan-ringan sahaja.Bukan artikel bersifat “how to”.Untuk pengguna WordPress boleh mencuba plug in AMP yang latest.Cara setting juga mudah.

Nasihat saya berhati-hati kerana penukaran ke AMP akan menjejaskan beberapa plug in yang lain serta urat saraf yang berkaitan dalam blog.

Jangan hairan kalau kod Google Analytic tidak berfungsi lagi dan juga kod Adsense turut terkena kejutan budaya.Itulah yang berlaku dengan blog saya sekarang ini.

Dalam masa terdekat, saya biarkan dulu sehingga saya rajin semula ala-ala tikus jadian membaiki labu.

Dulu makhluk AMP hanya sah digunakan pada mobile.Sekarang sudah boleh digunakan pada website.Sebelum ada AMP kita disarankan guna mobile friendly theme supaya blog laju kaw-kaw.

Kini AMP sudah menggantikan teknologi berorientasi kepantasan dan kelajuan dalam kedua-dua segmen.

Sekarang mari kita lihat screenshot hasil percubaan saya sehari suntuk.Saya buat ujian menggunakan lima litar pandu laju berikut:

WAJIB BACA :   Projek Amal Blogger Jadi Projek Besar

1.GT Metrik

Alhamdulillag dapat keputusan straight A.Kalau masa sekolah boleh mohon biasiswa untuk di over sea.hehehehe

2.Pingdom Tool

Kelajuan loading blog bawah dari satu saat iaitu 690 mili second .Biar betul angka ni.Jangan nak buat prank sudah.Kalau betul alhamdulilah.

3.PageSpeed Insights

Saya uji pada mobile dapat 96 peratus.Tool ini Google yang sediakan.Bolehlah percaya sikit-sikit.

Ujian pada segmen kelajuan website pula sudah mencecah markah 100 peratus.Dulu-dulu masa sekolah adalah sekali sekala dapat markah 100 peratus dalam subjek Sejarah dan Sains.

4.Test My Site – Think with Google

Kelajuan loading page artikel juga didapati sekitar 2.3 saat.Boleh la tu dan saya terima dengan redha.Buat apa nak cerewet sangat.

5. webpagetest.org

Ujian litar ini agak asing buat saya.Namun keputusan boleh tahan iaitu saya dapat angka 1.5 saat.Alhamdulillah kerana target saya untuk dapat blog laju sepantas kilat sudah tercapai.

Kesimpulan

Secara realitas kepantasan kilat lebih laju kerana diukur dalam kelajuan cahaya dan tidak wajar sama kepantasan dengan blog.

Adakah blog pada masa akan datang menggunakan kelajuan cahaya ?

Wallahualam.

Akhir kata selamat mencuba dan nikmatilah kelajuan blog saya sepantas kilat la sangat.

Terima kasih sudi membaca.

p/s: Just share and keep in touch with me to subcribe Youtube Channel 

Comments 19

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge