Sebelum itu saya mohon maaf kerana mengabaikan blog sejak sekian lama kerana asyik mentelaah cara mudah belajar video AI.
Ini tidak bermakna saya terus meminggirkan dunia blogger kerana di sinilah saya bermula untuk mengenali dunia maya tanpa sempadan.
Bagaimanapun saya tidak akan menulis terlalu panjang atau berjela-jela lagi sebagaimana 10 tahun kebelakangan.
Sebab saya tahu, pelawat organik semakin beralih ke aplikasi AI berbanding terus mencari di Google. Bahkan di Google sekalipun informasi dari AI sudah berada di rangking pertama.
Oleh sebab situ saya seru dan saran geng blogger juga untuk bergerak serius mendalami AI baik untuk imej mahupun video.
Saya bersyukur kerana sudah menemui lubuk untuk belajar video dengan cara paling praktikal.
Tidak perlu masa yang lama untuk faham dan saya pasti ramai lagi boleh buat dalam masa yang amat singkat video AI yang diingini.
Hasil yang saya dapat boleh dinilai dan diteliti melalui beberapa video di bawah.
@007swk Projek futuristik
@007swk Projek orang gua
@007swk Projek baby bersembang.
Jika berminat atau tercari-cari lubuk cara mudah belajar video AI boleh ke pautan ini.
Amboi, macam-macam diterokanya. Lepas tu, upload di TikTok ya. Selamat ya, Encik Hanafi. 😊
In shaa Allah..
terima kasih atas sokongan moralnya
Salam singah..tahniah ..belajar itu sepanjang zaman..teruskan usaha..
wsalam tuan
Ya…betul.
Belajar itu proses sepanjang hidup
Uncle jadi tukang tonton sajalah…
Biar orang lain belajar
Bukan jadi satu kesalahan uncle.
masing-masing ada hobi tersendiri tu
Rajin kitak explore benda2 AI tok. Bagus la, ney tauk ada peluang kerjaya atau boleh jadi guru ajar AI di Sarawak 😄
nak peluang kerjaya …rasanya kmk masih suka kerja hakiki..
kalau guru AI mungkin boleh dipertimbangkan juga
Nektok semua AI xda gago gik org nk shoot video… idea ya yg pening utk molah prompt
bena ya.
save cost banyak mun molah AI
cuma antara AI dengan yang asli…
Asli tak boleh lawan juak
Rindu juga dengan tuan blog ni, lama tak ke udara..selagi ada daya , mybe kita lihat2 jg blog kawan2 . terutama bila ada masa sengang..tapi urus blog dari kita saja sebenarnya kan..semoga sihat bersama keluarga tersayang ya..
Terima kasih tuan Etuza.
Memang lambat ke udara sekarang..terlalu asyik dengan AI
apa-apapun saya akan tetap cari masa untuk blog juga
ternyata kita sama, baru bisa update blog setelah sekian lama bang 😁. cuma kalau Abang disebabkan sedang belajar video AI, saya Krn mata tengah bermasalah 🤣.
seruuu sebenarnya belajar AI ini. apalagi membuat foto dan video. menarik kan, bisa Macam2 yg dibuat. semudah jentikkan jari.
fanny_dcatqueen recently posted…HOTEL BUKITTINGGI: DOUBLE D SYARIAH, BUKAN SEKEDAR GUEST HOUSE BIASA
Ya…saya sibuk dengan AI sekarang selain memang ada kerja hakiki.
Apa-apapun semoga Fanny kembali sihat dan jaga kesihatan mata sebaiknya
saya memang suka benda2 mcm ni
cuma masa tu laa… sbb sy ni jenis yg menghadap 1 benda tu, sekaligus…
kitonyo sibuk dgn kerja hakiki🤣nk cari ms utk belajar tu…. 😬
Fokuskan dulu kerja hakiki.
Kalau tidak huru-hara jadinya
Namun kalau sudah lama…rasa teruja itu mampu dikawal dengan baik.