Mee Kolok Sarawak segera memang sedap untuk dicuba

Mee Kolok Sarawak antara menu yang popular dan diminati ramai. Selain itu terdapat juga Laksa Sarawak, kek lapis Sarawak dan banyak lagi.

Namun ada sesuatu yang menarik kali ini kerana saya  berpeluang untuk merasai pertama kali Mee Kolok Sarawak segera.

Harga saya tidak tahu kerana mi tersebut ada orang bagi.

Yang saya nak tahu rasa dan nikmat makan mi tersebut.

Mee Kolok Sarawak Segera

Kalau makan di kedai memang mi kolok antara yang sedap dan nyaman.

Ini dalam paket. Memang rare dan patut kita semua cuba.

Secara jujurnya Mee Kolok Sarawak segera ini sedap juga walaupun belum dapat menyamai rasa mi kolok yang dijual di kedai.

WAJIB BACA :   Broadband M bermasalah bikin panas hati [ Edisi kemas kini]

Rupanya macam mi Goreng Sedap atau mi Indomie. 

Cara penyediaan juga sangat mudah.

Rebut dalam air panas yang mengelegak. Toskan hingga kering.

Letak dalam pinggan dan campur semua perisa atau perasa yang ada.

Mee Kolok Sarawak

Antaranya bumbu, kicap dan minyak.

Gaul sama rata dan makan.

Mee Kolok Sarawak

Itu saja. Mudah bukan.

Saya harap Mee Kolok Sarawak segera boleh dijual di dalam platform WOWNations.

4 thoughts on “Mee Kolok Sarawak segera memang sedap untuk dicuba”

  1. ohhh tp ini dlm bentuk digoreng, bukan yg kuah ya bang. mie Kolok yg saya pernah coba di KL ada kuah. memang sedaaap sangat. harap2 produk yg mie instan ini ada dijual luas . teringin nak coba 🙂

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge